Selesai aku membersihkan diri yang kepenatan, aku bersidai di tepi jendela di dalam bilikku. Merenung langit malam yang indah dicipta Tuhan dengan bintang-bintang yang tersusun indah di langit.
Mulut aku terkunci melihat malam yang indah ini. Entah apa yang diraikan oleh alam, aku tidak tahu.
Mungkin menyambut kelahiran seorang bayi yang suci tanpa dosa dan noda?
Atau menyambut keindahan ikatan suci antara dua insan yang saling mengasihi?
Cewah.... nampaknya aku dah jadi minah jiwang sebiji macam Nina. Aku harap aku tak terpengaruh jadi minah ciaaaciaaa yang turut dimainkan oleh watak Nina.
Aku tersenyum sendiri mengingatkan gadis tinggi lampai itu. Dia bekerja di kedai itu kerana tindakannya sendiri yang mendapat keputusan yang teruk di dalam peperiksaan akhir tahunnya pada tahun lepas kerana leka berfoya-foya dengan dunia remaja.
Seronok. Aku sendiri pun tidak pernah mengalami pengalaman dalam kehidupan remaja seperti rakan sebaya aku yang lain.
Akibat dari tindakan Nina itu, elaunnya ditarik sepenuhnya dan keadaan itu memaksa Nina untuk berdikari dengan bekerja sendiri. Kelengkapan sekolah dan yuran sekolahnya pula masih diuruskan oleh ibu bapanya.
Tanpa aku sedar, aku menghela nafas perlahan. Nina bertuah kerana dilahirkan di dalam keluarga yang kaya raya. Semuanya disediakan tinggal petik jari sahaja. Dilayan bagaikan Puteri dan dimandikan dengan kemewahan sejak kecil.
Cuma pada tahun ini sahaja dia perlu mencari duit sendiri hanya untuk keperluan diri sendiri.
Namun aku tahu Nina seorang budak yang baik. Pada pemerhatian aku, Nina merupakan pelajar pintar namun terpengaruh dengan nikmat dunia remaja.
Pada pendapat aku, ada bagusnya juga ibubapanya mengambil tindakan tersebut. Kerana Nina dapat menjadi lebih berdikari. Dan aku juga harap supaya dia lebih rajin belajar. Untuk masa hadapannya juga.
Aku teringatkan juga tentang Jungkook yang selalu inginkan perhatian aku serta selalu ingin membelanja aku burger. Dia juga selalu muncul secara tiba-tiba dan menghiburkan aku dengan celoteh comelnya walaupun sudah berumur 22 tahun. Muda tiga tahun dariku.
Namun kadangkala menyampah juga dengan perangai comel dan manjanya itu kerana pada aku, mukanya lebih sesuai jika dia berperwatakan maskulin dan cool.
Tapi, aku pasti jika dia berperwatakan begitu, aku tidak akan membiarkan dia mendekati aku.
Tanpa aku sedar, hati aku yang sudah sekian lama terkunci dan sunyi tanpa kehadiran 'sahabat', mula menerima dua insan ini. Walaupun perangai mereka kadangkala memang minta kaki, namun aku sayangkan mereka.
Dan yang paling penting,
aku percayakan mereka. Walaupun pada awalnya memang susah untuk aku mempercayai sesiapa akibat daripada ketakutan aku untuk mempercayai.
Ya, aku tahu aku lemah.
Aku menutup tingkap setelah menguap beberapa kali sehingga mataku berair dan merah.
Aku terus menghempaskan badan ke atas katil bujangku yang usang. Sebaik sahaja kepalaku terhempas di atas bantalku, terus aku kembali bangun sambil mengaduh sakit.
Tangan aku menggosok-gosok kepala yang sakit akibat menghentam sesuatu yang keras.
Ni bantal ke batu?!!
Aku memusingkan badan dan mengangkat bantal aku dan aku sudah tahu kenapa kepala aku sakit apabila aku nampak objek yang berada di bawah bantalku.
Tukul; tukul yang aku letak supaya aku dapat mengetuk kepala penjahat sekiranya mereka masuk ke rumah ku.
YOU ARE READING
The Encounter | KTH°
FanficA Fanfiction by sopeah . . . . . . . Semuanya bermula daripada satu pertemuan antara Park Chulhae dengan Kim Taehyung. Pertemuan yang langsung tidak disangka oleh mereka berdua. Ia membawa mereka ke sebuah buku baharu. Pengalaman baharu dan kenalan...