Aroma sup ayam yang dimasak menusuk ke dalam hidung sebaik sahaja aku menghidangkannya di atas meja. Nasi diletakkan ke dalam tiga buah mangkuk lalu di sua ke arah dua orang manusia yang sedang duduk bersebelahan.
Aura dingin dapat dirasai diruangan dapur itu. Sunyi dan sepi menjadi latar belakang kami saat ini.
Aku menuangkan sup dan ayam ke dalam pinggan kami. Nasi dan sup bercampur dan menaikkan selera aku yang kelaparan. Terus sahaja nasi itu disuap ke dalam mulut dengan penuh berselera.
Namun Dua orang manusia yang duduk didepanku ini langsung tidak berkutik. Dengan Jimin yang masih merenung mata Taehyung tajam, dengan Taehyung yang memprovok Jimin supaya Jimin lebih hangin.
Aku ingat taktik 'makan dengan penuh selera' aku akan membuatkan mereka berhenti berperang dan makan. Nampaknya tekaan aku silap.
"Makanlah. Tunggu apa lagi?" Pelawa aku sambil menghadiahkan senyum mesra. Namun dalam hati, aku sudah geram ingin mengetuk kepala dua orang manusia ini.
Tak habis-habis lagi ke? Aku dah jelaskan semuanya kan? Takkan tak paham lagi?!
Jimin memandang aku apabila aku mula bersuara. Aku nampak yang dia ingin membidas, lalu pantas saja aku mencantasnya dengan jegilan mataku. Terus Jimin tunduk tanda mengalah.
Haa, aku dah geram ni. Baik jangan macam-macam.
"Kau pulak, tunggu apa lagi? Nak aku suap ke?" Aku menempelak Taehyung yang masih lagi ingin memprovok Jimin. Aku tak bagi makan kang...
Dan akhirnya kedua-dua manusia ini mula makan masakan yang telah terhidang.
"Jimin masih tak puas hati lagi noona. Betul ke noona dengan dia ni tak ada apa-apa?" Jimin mula bersuara apabila makanan di dalam mangkuk sudah licin. Sempat matanya menjeling ke arah Taehyung yang selamba di sebelahnya.
Yakwoh budak ni. Tak faham-faham lagi ke apa yang aku bercerita waktu dia bangun dari pengsan tadi? Punyalah panjang aku bercerita.
"Ye Jimin, betul. Noona dengan dia tak ada apa-apa." Kata aku seiring dengan kesabaran yang semakin menipis.
Jimin menganggukkan kepala dengan curiga yang masih bersisa. Aku mengangkat pinggan dengan malas apabila Jimin masih tidak meyakini kata-kata aku. Hmm, suka hati kau lah Jimin!
Selesai aku membasuh pinggan, aku bergerak ke ruang tamu. Seorang duduk di atas lantai sambil baca buku, seorang berjalan-jalan sekeliling rumah sambil membelek barang sesuka hati.
"Korang nak kongsi bilik tak?"
"TAKNAK"
Aku terhinjut akibat terkejut dengan jerkahan dua orang lelaki yang sorang baru sahaja mengalami pecah suara, yang sorang lagi pula lelaki yang memiliki suara yang dalam lagikan garau. Terkebil-kebil mata aku buat seketika.
Jimin dan Taehyung melihat aku dengan tajam.
"Kalau macamtu, Taehyung tidur luar lah." Ujar aku.
"Kau buat lawak apa, pendek? Kat luar ni sejuk. Takkanlah aku nak tidur sini?" Sangkal mamat kerek dengan serius.
"Jimin?" Aku pandang Jimin pula dengan harapan.
"Noona sanggup suruh Jimin tidur luar dari suruh lelaki ni? Jimin ni adik noona tau? Eh, Jimin makin curiga lah dengan noona ni." Sudah, budak ni sambung balik topik yang aku sangkakan dah selesai.
"Jimin, boleh tak jangan cepat sangat buat spekulasi? Lagipun, kan noona dah jelaskan dari AWAL tadi?" Aku mengeluh perlahan selepas menghabiskan ayat. Penat tahu?
"Kalau macamtu aku je lah tidur luar!"
"Apa?!" Jimin menoleh kepadaku dengan reaksi terkejut.
"No, noona!"
"Habes?"
"Lelaki ni keluar! Senang!"
"Yakwoh Jeman. Sejak bila jadi tidak berperikemanusiaan ni? Jeman kawan dengan siapa kat sekolah. Eiii noona ketuk kepala kawan kau Kang..."
"Yang noona ni asyik nak bekap lelaki ni kenapa?"
"BERAPA KALI AKU NAK CAKAP AKU DENGAN DIA TAK ADA PAPE TAK PAHAM LAGI KEEEE"
"YEEE, MEMANG JIMIN TAK PAHAM"
"BEGO"
Aku terus masuk ke dalam bilik dan hempas pintu. Malas nak layan budak 18 tahun tak cukup zat tu.
~~~~~~
Hmm, chapter ni pendek sikit. Gwenchana, longer chapter is coming soon....
Btw, gomawoyooo~!🙌
YOU ARE READING
The Encounter | KTH°
FanfictionA Fanfiction by sopeah . . . . . . . Semuanya bermula daripada satu pertemuan antara Park Chulhae dengan Kim Taehyung. Pertemuan yang langsung tidak disangka oleh mereka berdua. Ia membawa mereka ke sebuah buku baharu. Pengalaman baharu dan kenalan...