9

10 0 0
                                    


Rambut Jimin yang sedang tidur Lena disebelahku aku elus dengan penuh kasih sayang. Dahinya yang luas terlihat, menunjukkan wajahnya yang comel itu.

Aku tersenyum kecil. Sudah lama kami tidak tidur sebilik sekatil begini. Ya lah, budak ni dah besar. Nak berteman apa lagi kan?

Tapi disebabkan ada si kerek kat rumah ni, aku dan Jimin akan kongsi bilik la agaknya. Sempat lagi aku maki mamat kerek di dalam hati.

Tingkap bilik yang aku sengaja biarkan terbuka sedikit membawa masuk angin malam yang nyaman. Aku mengubah postur baringku daripada mengiring kepada menelentang. Mata pula terarah ke luar tingkap, merenung bulan yang malu-malu nak keluar.

Aku teringat semula perbualan aku dan Jimin sebelum Jimin terlena tadi.

"Jimin janganlah salah faham dengan noona, dengan Taehyung. Jimin pun tahu kan yang noona kesian dengan orang yang terdampar dekat hutan tu kan?" Kata aku dengan suara yang perlahan sambil menepuk-nepuk bahagian tilam lusuh yang bakal aku hempaskan badan.

Jimin yang sedang menutup mata di atas katil membuka matanya. Memandang ke arah aku yang sedang menyelesakan diri di atas katil bujang ini. Tak adalah sempit sangat. Kami berdua ni baka kecil saja.

"Ya, Jimin tau. Jimin percaya dengan kakak Jimin." Kata Jimin sambil memeluk aku erat. Aku tersenyum lalu menepuk bahunya perlahan. Seperti si ibu yang mendodoikan bayi.

"Habistu, kenapa Jimin asyik ungkit balik benda yang sama? Kan noona dah 'ter'kata Jimin bego tadi." Tanya aku yang kekeliruan.

Aku memandang Jimin yang selesa menyembamkan wajahnya di lenganku.

"Sebab Jimin sayang noona Jimin. Jimin risau kalau ada sesuatu yang buruk berlaku dekat noona."

Kami jeda seketika.

"Jimin...."

"...Tak nak kehilangan lagi...."

".....Noona je yang Jimin ada di dunia ni."

Aku tersentak seketika dengan ayat Jimin. Seketika kemudian aku turut memeluk Jimin.

"Noona janji noona akan jaga Jimin."

Aku menghembuskan nafas perlahan. Bulan yang masih lagi tidak menunjukkan sinarnya ditenung sambil melayan perasaan sendiri. Lama-kelamaan, aku sendiri sudah berlayar ke alam mimpi.

______________

Aku melepaskan nafas puas setelah urusan menyekat lokasi GPS aku dari satelit bumi selesai. Telefon pintar aku campakkan ke tepi dan kepala diselesakan ke atas bantal lusuh ini.

Aku perlu berhati-hati. Namun, aku rasa buat masa ini, rumah ini masih lagi selamat.
Tapi lambat-laun aku perlu pergi. Mereka pasti akan temui jejak aku jika aku berlama-lama di sini.

Tak apa, sebaik sahaja aku sembuh sepenuhnya, aku akan terus pergi dari sini.

____________


You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 29, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

The Encounter | KTH°Where stories live. Discover now