4

19 0 0
                                    

Aku menoleh ke arah lelaki itu apabila dia sudah mula sedar. Dia nampak kebingungan dan aku terus bangun untuk ke dapur.

Semangkuk bubur dan secawan air aku tatang di dalam dulang. Tidak lupa juga ubat tahan sakit yang masih berbaki aku bawa.

Sebaik aku masuk kembali ke dalam bilik, aku terus dipanah dengan pandangan tajam lelaki ini. Aku cuba mengendahkannya dan berlagak biasa.

"Semalam awak kena tikam dekat perut. Kaki awak pulak terseliuh." Aku menjelaskan keadaannya. Yalah, mana tahu kalau dia lupa? Sambil itu aku meletakkan mangkuk bubur dan air di meja yang terletak di sebelah katil.

"Awak makan ya? Lepastu makan ubat." Kata aku, masih lagi mengendahkan pandangan tajamnya yang tidak lepas dariku dari tadi. Hish, kerek betul!

Dia menjenguk bubur yang aku sediakan dengan pandangan menilai. Maaflah, aku hanya mampu sediakan bubur kosong saja.

"Aku tak makan benda murah." Menyirap darah aku ssup ke atas! Apa dia kata? Benda murah??

Hei, eloklah tu aku dah sediakan makanan untuk kau tau?! Daripada aku biar kau kebulur!

Aku hanya memaki di dalam hati. Takpe takpe, mungkin emosinya tidak berapa stabil kerana dia pun baru sahaja sedar dari pengsan. Darah pun banyak juga hilang semalam. Okey Chulhae, sabar!!

"Kalau macam tu, kau nak makan apa?" Tanya aku setelah menenangkan diri yang turut hampir meletus emosi. Namun, aku sudah menukar kata ganti nama diri daripada 'awak' kepada 'kau'. Geram punya pasal.

Dia memandang aku atas bawah dengan pandangan menilai lagi. Eh eh, baru bangun dah buat perangai annoying? Jangan sombong sangat boleh??

"Takpe lah. Aku tak nak makan. Tengok gaya kau ni, macam tak mampu nak bayar ikut selera aku." Dia tersenyum sinis dan ia membuatkan aku semakin sakit hati. Dia sengaja nak buat aku mengamuk ke apa?

Ikut hati aku yang tengah membara ni, aku dah curah bubur panas ke atas luka di perutnya. Biar melecur!

Dengan hati yang sedang berusaha untuk bersabar, aku memaksa bibir aku untuk tersenyum dan mengambil semula mangkuk bubur tadi. Eiii tangan aku dah gatal nak curah kat perut dia ni!!

"Kalau tak nak makan, minum lah air. Mesti haus sebab dari semalam kau tak minum air." Aku masih lagi merisaukannya walaupun dia menyakitkan hati aku. Pada aku kesihatan dia lebih utama kerana dia baru menjadi mangsa tikaman.

Sambil kaki aku melangkah ke dapur, kepala aku mencongak-congak harga daging merah di pasar. Ya lah, daging merah kan boleh tambah darah? Bayam dengan sawi dah ada, baru beli semalam. Hmm bolehlah.

Hari masih pagi, sempat lagi untuk ke pasar.

Aku terus mencapai dompet dan bakul di rak dapur. Selipar aku sarung dan kaki terus melangkah ke pasar. Alang-alang tu aku nak singgah juga di farmasi. Cari ubat yang patut.

Sebaik selesai berbelanja perkara yang membuatkan kepala aku berpinar (daging merah dengan ubat mahal tau?), aku terus pulang ke rumah dan mula memasak.

Aroma sup daging menusuk ke dalam hidungku membuatkan aku terliur. Sudah lama aku tidak menikmati sup daging. Tup tup si mamat kerek tu pula yang dapat.

Huh, tak apalah. Harini rezeki dia, hari lain siapa yang tahu?

____________

"Handfon dengan dompet aku mana?" Tanya dia masih dengan muka kereknya setelah aku meletakkan mangkuk sup daging ke atas meja di sebelah katil.

"Tak tau." Jawab aku acuh tak acuh sambil mengangkat bahu. Malas aku nak melayan dia ni.

"Kau ambik eh?" Dia menduga. Aku mencerlungkan mata aku kepadanya. Dia ingat aku ni pencuri ke hape?

"Mana ada!" Penumbuk aku sudah digenggam. Jangan sampai penumbuk sulung aku sampai kat muka dia yang kacak tu.

Err... Kacak ke? Entahlah. Kalau kacak tapi perangai macam harom baik tak payah.

"Hmm mungkin tercicir kat hutan kot?" Okey, kalau tercicir kat hutan pun kenapa? Tak ada kena mengena pun dengan aku.

"Kalau macam tu pergilah cari."

"Kau nak suruh aku cari?" Dia mengeluh kemudian cuba untuk turun dari katil.

Dia berdecit sakit sebaik sahaja dia cuba untuk berjalan. Cepat-cepat aku memapahnya ke katil semula.

"Kau jalan ni dah kenapa? Kaki kau terseliuh! Mana boleh jalan!"

Setelah aku berkata begitu aku terdiam. Nampaknya aku dah keluarkan statement yang bodoh tadi. Dia kan tak boleh jalan? Macam mana dia nak cari hanfon dengan dompet dia kat hutan kan? Haduuu Chulhae!!

"Aku carikanlah. Kau duduk sini diam-diam." Aku terus keluar ke hutan sebaik sahaja berkata begitu.

Sesampainya di hutan, aku terus mencari barang mamat kerek di sekitar tempat aku jumpa dia semalam. Setelah beberapa minit, aku terjumpa dua benda tersebut.

Besar betul henfon dia ni. Siap ada gambar epal kena gigit lagi dekat belakang. Pelik betul.

Dompet dia pulak, masya-rakaaatttt... tebal semacam. Mesti berkepuk-kepuk duit. Orang kaya ke apa? Tapi kenapa dia kena kejar dengan ahlong pulak? Dan peliknya, takkanlah ahlong tu tak jumpa dompet dengan henfon ni?

Aku membuka dompet mamat kerek. Aip! Bukan nak amik duit dia. Aku nak tengok, dia ni siapa?

Ye la, manalah tau dia ni bapak ayam ke apa ke, naya aku!

Setelah menyelongkar dompet dia yang tebal (manyak duit looorr), aku jumpa IC dia.

Oooo... Nama dia Kim Taehyung. Umur dia sama dengan aku. Kiranya aku tak adalah kurang ajar dengan dia ber'aku-kau'.

"Nah. Aku dah jumpa." Aku meletakkan dompet dan henfonnya sebaik sahaja aku sampai di rumah. Sempat aku menjeling mangkuk sup daging yang aku tinggalkan tadi. Kosong.

Hmph, tau pulak nak makan! Tadi bukan main 'aku tak makan benda murah'. Hekeleh.. poyo!

"Kau tak payahlah nak kutuk aku." Suara dingin mamat kerek menyapa telinga aku. Aku mencebik dengan penuh perasaan geram. Ish, apasal aku emo sangat ni? Selalunya aku lek lek je.

Aku mengambil mangkuk kosong tadi dan ingin terus keluar. Mungkin aku emo sebab aku craving daging ni kot. Tapi aku tak boleh makan daging ni! Mamat kerek ni lebih memerlukannya dan aku tiada duit lebih lagi untuk membeli daging untuk diriku.

Tak apa Chulhae, tak apa...

"Darah.." suara Taehyung menyapa telinga aku lagi. Aku mengerutkan kening. Apa maksud dia dengan darah? Perut dia berdarah balik ke??

"Kenapa? Luka terbukak balik ke?" Aku menoleh ke belakang dengan perasaan cemas.

"Tu, kat bahagian belakang baju kau." Kata dia sambil menunjuk ke arah aku.

Mata aku membulat dengan muka yang membahang malu. Aku faham apa yang lelaki ini maksudkan sebaik dia berkata 'belakang'.

Tanpa menunggu lama, aku terus keluar dari bilik itu dengan laju. Malu yang tak boleh bawak bincang dah ni!

Baru aku faham kenapa aku emo...

______________

Bile period je emo,

Bile emo je period,

Bile period mesti ada lelaki nampak,

Itulah namanya
.
.
.
.
.

Lumrah kehidupan

Heuheuheu...





The Encounter | KTH°Where stories live. Discover now