5

26 0 0
                                    

Sesudu bubur disuap ke dalam mulut aku. Kemudian aku menekup muka aku dengan kedua belah tangan. Malu tak habis lagi!

Cuma aku pelik la, macam mana dia nampak darah tu? Sikit je pun yang terbocor. Macam setitik je.

Entah-entah, dia perati bontot aku tak? Urgh!! Dasar mamat kerek pervert!  Naya aku nak jaga dia lama-lama, mau aku jadi 'bahan'.

Secara tiba-tiba aku mendengar suara mamat kerek. Aku tidak berapa dengar apa yang dia cakap, tapi dia macam panggil aku.

Aku pun bangun sambil cuba mengawal malu aku yang masih tersisa.

"Kenapa ni?" Aku menjenguk sebaik sahaja sampai di depan biliknya. Dia sudah duduk di birai katil sambil memandang aku dengan pandangan yang membuatkan aku gugup. Namun macam biasa, aku cuba berlagak selamba.

Tips untuk tidak diusik habis-habisan oleh lelaki #1: Jangan malu-malu anjirr kalau dia pandang semacam/buat ayat sawit/cakap benda memalukan. Buat selamba jee.

"Bawakkan aku masuk tandas." Pinta dia dengan nada mengarah. Apa dia ingat aku ni bibik ke apa?

Dahlah sombong semacam. Lepas tu sesuka hati makbapak dia je kutuk masakan aku tadi. Huh!

"Sudah-sudahlah tu nak mengutuk aku, pendek. Bawak aku pergi tandas cepat." Suara mendatar dia menghentikan sesi mengutuk aku. Hekeleh, kira okey lah aku kutuk dalam hati daripada dia tu, kutuk depan-depan sampai buat orang sakit hati! Mulut takde insurans betul.

Eh jap jap, dia cakap aku pendek ke tadi?

"Kau cakap aku pendek?" Tanya aku dengan muka ketat. Memang menguji kesabaran betullah dia ni.

"Ha'ah.. kenapa?" Dia tersenyum mengejek. Sengaja nak buat aku sakit hati. Mata dia pula sibuk memandang aku atas bawah dan membuatkan aku rasa seram. Apahal lelaki ni?!

"Kau tengok apa hah?!" Aku menutup bahagian dada dengan menyilangkan tangan. Muka pula, aku pasang muka garang.

Secara tiba-tiba dia ketawa. Aku tak pasti untuk apa, namun aku rasa tiada apa-apa yang kelakar pun. Dah kenapa pulak mamat kerek ni? Sawan?

"Period." Ujar dia sambil tersengih nakal. Muka aku pula sudah membahang malu. Apa benda ni nak ungkit-ungkit?!

Malas untuk melayan perangai lelaki ini, aku terus membuka langkah untuk keluar.
Sebenarnya apa tujuan dia panggil aku ni? Kata nak pergi tandas, lepastu tiba-tiba bahan aku.

Tiber betul.

"Wei, kan aku nak pergi tandas ni? Cepatlah bawak aku." Dia bersuara lagi dengan nada mengarah.

"Pergilah sendiri!" Kata aku dengan nada merajuk. Err.. merajuk ke? Tak tak, ia lebih kepada nada membantah. Terselit sikit dengan rasa malu. Huhu...

"Aku dah tak tahan ni.. kau nak aku melepas kat sini ke? Boleh je." Aku berhenti melangkah dan berpusing kearahnya dengan muka yang aku tak tau tahap bengangnya dah sampai mana. Aku period ni, baik jangan cari pasal!!

Aku rasa hidung aku dah kembang dah. Dia punya pasal la ni.

Tanpa bersuara sedikit pun, aku terus memapahnya dengan kasar dan membawa dia ke tandas dengan laju. Sesekali dia berdecit sakit dan menyuruh aku bergerak perlahan. Aku kesah apa. Rasain lorhh.. buat aku maghoh lagi.

"Tunggu sini." Kata dia sambil masuk ke dalam tandas perlahan-lahan. Terkedek-kedek! Aku tak tau lah, tapi aku rasa ada syaitan yang tengah hasut aku untuk tolak dia. Kasi tergelincir.

The Encounter | KTH°Where stories live. Discover now