Harini hari sabtu, aku dan mamat kerek pula baru sahaja pulang dari klinik. Semuanya kerana kejadian mengejut selepas aku pulang kerja tadi.
Okey, macam ni ceritanya...
Sebaik sahaja aku pulang dari kerja dan membersihkan diri, aku terus menyediakan makanan untuk si mamat kerek.
Secara tiba-tiba si mamat kerek muncul entah dari mana dan ia membuatkan aku terkejut. Untuk pengetahuan kalian, aku ni seketul manusia yang cepat terkejut. Maka secara spontan dan entah macam mana, aku tersiku perut mamat kerek.
Aku ulang, AKU TERSIKU PERUT MAMAT KEREK. TEPAT PADA BAHAGIAN LUKA DIA. Habis terkoyak jahitan hasil tangan aku.
Aku pun apa lagi, terus jadi panik tak tentu pasal. Makanan terus diletak atas meja. Teksi dipanggil dan kami terus memecut ke klinik terdekat. Ada juga terfikir nak ke hospital naik ambulans, tapi hospital terlalu jauh dari tempat tinggal aku dan aku rasa terlalu ngeri dengan darah yang keluar dari luka tu.
"Lain kali jangan main siku-siku orang. Siku kau tu tajam." Itu adalah kata-kata dari mulut mamat kerek dengan penuh tidak berperasaan apabila aku memohon maaf berkali-kali padanya. Aku pelik, perut dia ni batu ke apa? Ataupun dia tak ada reseptor sakit dekat kulit dia? Ye la, waktu luka dia terkoyak dia boleh aje lek-lek. Siap jual Mula kosong dia lagi.
Dan peristiwa itu membawa kami ke peristiwa mengejutkan yang ini pula, di hadapan rumah kami. Err.. rumah kami??
Ah, apa-apa lah!
Sekarang kami berdua sedang berdiri tegak dengan reaksi terkejut yang maksima. Eh, mungkin aku sorang je kut sebab aku tak nampak muka mamat kerek. Namun, makhluk yang sedang berdiri kaku di depan kami turut bereaksi yang sama. Tak lain tak bukan, makhluk tersebut adalah orang yang aku rindu; adik kandung aku; Park Jimin.
Sekarang ni aku rasa macam kena tangkap basah dengan adik sendiri. Jantung aku pulak dah macam orang yang baru habis lari marathon satu korea. Macam mana aku nak jelaskan dekat budak ni? Mesti dia dah fikir yang bukan-bukan sekarang ni.
Beberapa saat berlalu sepi. Kami semua masih kaku tidak berkutik. Kalau jiran tengok keadaan kami ni, mesti mereka ingat kami sedang membuat mannequin challenge.
"NOONA SIAPA DIA NI? APA YANG NOONA DAH BUAT?" Jimin mula bersuara sambil mendekati kami dengan langkah yang deras. Wajahnya yang marah membuatkan aku cuak. Aku hanya mampu terkaku sambil menunggu apa tindakan Jimin selepas ini.
Sebaik sahaja Jimin mendekat, dia mencekak kolar baju mamat kerek dengan kuat. Membulat mata aku dengan tindakan Jimin yang serupa Incredible Hulk. Dia makan apa kat asrama? Makcik DM bagi dia makan besi ke apa? Kena report ni!
"KAU SIAPA HAH? KAU BUAT APA DEKAT KAKAK AKU?" Jimin bersuara keras dengan matanya yang mencerlung tajam tepat pada muka mamat kerek. Mamat kerek pula tayang muka kosong. Dan ia membuatkan Jimin semakin panas hati.
Jimin mula mengangkat tangannya untuk menumbuk muka mamat kerek. Alamak, budak ni dah mula mengganas!
"Jangan Jimin!" Tangan Jimin terhenti sebaik aku membuka mulut. Dia memandang aku dengan muka tidak percaya.
"KENAPA NOONA NAK HALANG JIMIN? NOONA DAH KENA MINYAK DAGU KE APA? WOI JANTAN, KAU SANTAU KAKAK AKU KE?" Jimin mula berprasangka buruk tentang aku. Aku menggeleng-gelengkan kepala dengan laju. Dengar lah dulu Jimin!
Baru sahaja aku ingin membuka mulut, mamat kerek memaut bahu aku.
"Aku tak santau dia. Tapi dia ni kekasih aku. Dia sayang aku, dan aku sayang dia." Mamat kerek bersuara sinis.
Apa kau cakap mamat kerek? Aku kekasih kau? Aku sayang kau? Eh eh, aku tumbuk perut kau nanti.
Namun aku tiada masa untuk semua itu kerana kata-kata mamat kerek membuatkan Jimin pengsan di hadapan kami. Aku terus menerpa ke arah Jimin dengan cemas.
"Kau ni kenapa cakap macam tu?! Kan dah pengsan budak ni?!" Aku memarahi mamat kerek yang sedang ketawa mengejek. Eiiii dia ni! Aku cakap bangang kang marah.
"Aku saja je nak bagi kejutan." Mamat kerek menjawab selamba dan ia membuatkan aku geram tahap maksima. Ikutkan hati, aku dah karate leher dia bertubi-tubi sampai lunyai.
Dengan perasaan yang berdongkol geram, aku memapah Jimin masuk ke dalam rumah.
________________________
YOU ARE READING
The Encounter | KTH°
FanfictionA Fanfiction by sopeah . . . . . . . Semuanya bermula daripada satu pertemuan antara Park Chulhae dengan Kim Taehyung. Pertemuan yang langsung tidak disangka oleh mereka berdua. Ia membawa mereka ke sebuah buku baharu. Pengalaman baharu dan kenalan...