Hari ini, adalah hari yang paling aku suka dalam seminggu; Hari Sabtu!
Kerja-kerja aku pada hari ini sudah selesai tepat pada pukul 3 petang tadi. Dapatlah aku berehat dengan secukupnya selepas ini!
Badan aku yang sudah segar selepas mandi, aku rebahkan ke atas katil. Tangan aku pula mencapai novel dan mula membacanya helai demi helai sambil meniarap.
Ye.. aku tahu anak dara tak elok meniarap. Lagi-lagi sambil angkat kaki macam ni. Orang kata, kalau meniarap sambil angkat kaki, nanti mak ayah jadi mendiang!
Setelah beberapa bab aku membaca, aku mula berasa lenguh akibat meniarap terlalu lama. Kaki aku pun sudah didaratkan di atas katil.
Aku bangun dan mula melakukan beberapa regangan badan sambil bergerak ke dapur. Tekak terasa haus pula.
BANG!!
Aku tersentak dan sedikit terhinjut sehingga membuatkan air yang aku tuang tumpah di atas meja. Hampir sahaja jag yang penuh dan berat itu terlepas dan menghempap kakiku.
Tangan mengurut dada. Huiiii... Hampir luruh jantung aku dibuatnya!
Siapa pula yang main tembak-tembak malam buta ni?! Okey, tak adalah malam buta sangat. Baru pukul 9:27 malam. But still!
Aku melangkahkan kaki aku ke jendela yang terletak di hadapan singki. Mata aku melilau ke sekitar hutan yang terletak beberapa meter dari rumahku melalui celah tingkap yang aku buka.
Aku nak cerita satu rahsia ni, dengarlah...
Hutan belakang rumah aku ni memang hotspot kejadian bunuh-membunuh. Macam mana aku tau?
Aku selalu dengar bunyi orang jerit, bunyi tembakan dan tangisan. Kebanyakannya kes ah long. Manusia, bila terdesak inginkan wang, apa sahaja mereka sanggup lakukan hatta meminjam secara tidak sah!
Namun aku tahu bukannya seratus peratus salah mereka. Keadaan mereka sendiri yang sangat memerlukan.
Kita tidak tahu, mungkin mereka sangat memerlukan duit untuk membuka perniagaan. Pada awalnya, mereka ingin meminjam pada bank, namun disebabkan pendapatan semasa mereka yang tidak melayakkan mereka meminjam, mereka terpaksa menggunakan cara singkat; meminjam dari ah long.
Ataupun, mereka terdesak memerlukan wang untuk rawatan keluarga tersayang yang sudah nazak dan memerlukan rawatan segera. Bukannya mereka tidak berusaha meminta bantuan dari pihak kerajaan atau pihak hospital, namun disebabkan ramai lagi pesakit lain yang turut memerlukan. Mereka perlu menunggu tempoh yang lama.
Jangan lupa, rawatan itu perlu segera. Jadi mereka terpaksa menggunakan khidmat ah long.
Ah... Aku benci semua itu. Aku sedih mengenangkan nasib mereka yang sebegitu. Dan ia membuatkan aku berasa lebih bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. Cukup untuk menyara kehidupan aku.
Dan jika ada rezeki lebih, tidak akan aku lupa untuk berkongsi dengan yang lain. Tidak salah untuk berkongsi rezeki yang Tuhan beri.
BANG!!
Bunyi tembakan itu berbunyi lagi. Aku menjadi risau dengan keadaan itu. Orang yang dikejar itu okay ke?
Setelah beberapa minit, tiada lagi bunyi tembakan. Dan aku yakin yang penjahat-penjahat itu sudah beredar.
Segera aku menyarung cardigan dan mencapai lampu suluh. Tidak lupa juga tukul yang sering menjadi peneman aku.
Lalu dengan langkah yang deras, aku pergi ke arah hutan. Malam yang terang memudahkan aku menelusuri jalan di dalam hutan.
Aku sudah terlalu biasa masuk ke sini kerana setiap kali aku mendengar bunyi orang diburu, pasti aku akan masuk ke sini. Untuk memberikan rawatan segera dan menelefon ambulans. Sekurang-kurangnya aku dapat membantu dengan memberi rawatan awal kepada mereka. Namun kadangkala yang tinggal hanyalah jasad tanpa nyawa.
Aku tahu aku hanya seorang perempuan biasa yang tiada pengetahuan seni bela diri, apatah lagi bulletproof untuk melawan gangster-gangster itu yang dilengkapi dengan senjata.
Namun untuk mengharapkan jiran sekitar yang jarak rumahnya pun tidak terlalu dekat denganku, jangan haraplah. Manusia, apabila ada orang yang di dalam musibah pasti di dalam minda mereka berfikir; 'alah, orang lain ada nak tolong dia. Lagipun aku bukannya kenal dia. Buat apa aku nak tolong?'
Tapi kita husnudzon je... Mungkin mereka sedang menonton perlawanan liga dengan volum yang maksimum. Tu yang tak dengar tuuu..
Setelah beberapa lama menelusuri hutan, aku ternampak sekujur tubuh yang sedang terbaring kaku di atas tanah. Baju putih dan jaket kulit hitamnya berlumuran darah pekat yang keluar dari perutnya.
Bau hanyir darah juga menyapa dengan comel ke deria bauku. Terus hidungku dikerutkan.
"Encik okey tak? Encik, bangun encik... Jangan tutup mata.." Aku bersuara laju sambil memeriksa pernafasannya. Masih bernafas! Aku dapat mendengar gumaman dari mulutnya dan ia membuatkan aku lega.
Tangan aku pantas mencabut cardigan dari badanku dan terus membalut bahagian perutnya yang luka. Sebaik aku mengetatkan balutan itu supaya pendarahan berhenti, aku bersuara;
"Encik tunggu sekejap. Saya panggilkan ambulans. Jangan tutup mata tau!! Teruskan bernafas!" Aku mula bangun untuk berlari ke rumah. Namun lengan aku direntap olehnya dengan kuat sehingga membuatkan aku jatuh kembali ke sisinya.
"J.. janganhh... Jangan panggil a.. ambulans..." Dia berbisik dengan suara yang tertahan akibat kesakitan. Aku menepis tangannya.
"Mana boleh! Luka encik dalam! Kalau Tak cepat nanti kekurangan darah!" Aku cuba bangun lagi namun dia menarik aku semula. Eyy lelaki ni. Dari aku risau dan cemas, jadi geram pula. Aku tumbuk kasi pengsan baru tau! Senang kerja aku nak panggil ambulans.
Sabar Chulhae, sabar. Dia tengah sakit tu.
"Aku tak nak... J.. jangan panggil ambulans.. k.. kalau tak..." Dia tidak sempat menghabiskan ayatnya apabila aku mula memapahnya untuk bangun. Daripada membuang masa dan dia mati sia-sia, baik aku terus bawa dia ke rumah aku untuk dapatkan rawatan.
"Dah diam. Jangan cakap lagi. Nanti makin banyak darah yang keluar. Sekarang cuba bangun slow-slow.."
Setelah berhempas-pulas memapahnya yang jauh lebih tinggi dan semestinya lebih berat dariku ke rumahku yang jauh, aku akhirnya dapat menjejakkan kaki ke rumahku dengan selamat.
Dan yang paling penting, aku sempat menutup luka dalam itu dengan jahitan ringkas yang telah aku pelajari di sekolah dahulu.
________________
Haa, cerita dah nak start dah ni! Siapa eksaited?
Siapa, siapa?
Angkat tangan!!
YOU ARE READING
The Encounter | KTH°
FanficA Fanfiction by sopeah . . . . . . . Semuanya bermula daripada satu pertemuan antara Park Chulhae dengan Kim Taehyung. Pertemuan yang langsung tidak disangka oleh mereka berdua. Ia membawa mereka ke sebuah buku baharu. Pengalaman baharu dan kenalan...