Selepas kejadian semalam,hubungan aku dengan ms j macam biasa.
Harini mama aku dah balik,jadi ms j dah tak teman aku malam ni.
Aku hanya duduk di ruang tamu sambil tengok movie di netflix sambil makan popcorn.
Tengah syok aku layan movie,tiba-tiba aku dengar bunyi pintu dapur terbuka.Aku perlahan-lahan bangun dari tempat duduk dan ambil bantal sebagai pelindung diri aku.
Aku berjalan ke dapur perlahan-lahan sambil melihat sekeliling.
Aku nampak ada benda bergerak dekat kain tepi pintu,aku cuba mendekati dan buka kain..
"laaa kucing rupanya..-aku bermonolog dan tarik nafas lega.
Aku pusing kebelakang dan
"Arrrrrrr!!!!!!! *aku melihat ms j gelak* shit....! ms j!!!!.. -aku marah dengannya sebab tiba-tiba muncul di belakang aku.
Ms j hanya gelak melihat reaksi aku
"Eee gelak-gelak...- aku nada geram dan menggelitik nya ."Ahahaha ok ok..stop-stop-ms j bersuara sambil gelak.Aku terus menggelitik nya tanpa menghiraukannya.
"Ahaha haaa.. nak lari mana..- aku mengejarnya .Ms j terduduk di sofa sambil pegang bantal tutup badannya.Aku menarik bantal,tapi aku tak putus asa cari tempat menggelitik nya sebab geram dekat dia buat aku terkejut.
Tanpa sedar posisi aku sekarang di atasnya.Aku mula berhenti menggelitik dan hanya melihat wajahnya.Ms j berhenti gelak dan melihat aku,tangannya memegang pinggang aku.Jarak wajah aku dengan ms j terlalu rapat,jantung aku berdegup dengan kencang.
Aku perlahan-lahan mendekati wajah aku ke wajahnya,ms j perlahan-lahan pejamkan mata.Bibir aku menyentuh bibir ms j dengan lembut.Ms j membalas dengan perlahan dan sexy.Tokkk!!!tokkkk(pintu)
Aku terkejut mendengar ketukkan pintu,dan terus bangun.
"Er..um..umm ssorry ms j..-Aku suara menggeletar sambil membetulkan pakaian aku.
"Its okay- balas ms j sambil senyum dan membetulkan pakaian nya.Aku menuju ke pintu dan membuka.
"Mama.......!!- aku memeluk mama.
Mama peluk aku dan mencium dahi aku.
"Eh ada melissa..- mama menegur melissa yang berada di ruang tamu.--------------------
Melissa Pov(AKA MS J)
"selamat pagi semua- aku bersuara sambil memerhati semua pelajar di hadapan aku.Semua pelajar nampak seperti biasa,aku melihat adriana yang duduk tapi memandang ke arah lain.
Aku mula mengajar seperti biasa,aku melihat adriana lagi.Tapi dia langsung tak pandang aku,dia hanya duduk mendengar apa yang aku ajar.
Selepas habis kelas aku menyuruh adriana untuk stay sekejap.Aku menunggu semua pelajar keluar dan aku mengunci pintu dan berjalan ke arah adriana.
Aku melihat adriana yang berdiri tapi masih tak pandang aku."Adriana?? you okay?- aku bertanya kepadanya.
"Okay-balas adriana yang masih tak pandang aku.Tanpa hiraukan keadaan sekeliling,aku memegang dagu adriana dan arahkan wajahnya melihat aku.
"Kenapa adriana langsung tak pandang i harini?-aku bertanya kepadanya,adriana melihat aku dengan raut wajah kosong."Hah?umm nothing..- balas adriana.
"Adriana... you sakit ke?-aku bertanya dan memegang kedua-dua pipi nya .
Adriana hanya diam,tapi macam nervous bila aku cuba mendekatinya lagi.
"Hey..you ok?-aku bertanya kepadanya dan melihat wajahnya."Er ..mmm y yeahh yeah ..I i okay- balas adriana nada mengeletar.
Aku melihat tingkah laku adriana yang nervous dan wajahnya mula merah.Jari aku menyentuh bibirnya dan mata aku melihat mata."Um sorry ms j..- adriana menjauh diri dari aku.Aku hanya memandangnya.
"Kenapa ms j buat saya macam ni?-Adriana bertanya kepada aku."I buat ape?-aku bertanya kepadanya,aku tahu apa yang dia maksudkan.
"Ms j peluk saya,cium saya,tidur dalam bilik saya..-Adriana bertanya sambil melihat aku."You tak suka ke adriana?-aku bertanya kepadanya.
"No..bukan maksud ad macam tu,ad cuma nak tahu..apa yang jadi antara kita berdua?-Adriana bertanya.Aku terdiam sebab aku tak tahu nak jawab apa,aku tak tahu kenapa dengan diri aku.Tapi aku rasa selesa dengan adriana,aku nak adriana,aku perlukan dia dalam hidup aku.Aku tak pasti dengan perasaan aku.
Aku hanya melihatnya,lidah ku kelu diam seribu bahasa.
"Jadi ms j,hanya buat semua ni untuk suka-suka kan? Ms j takde maksudkan apa-apa.. - Adriana bersuara ,matanya menunjukkan dia kecewa dan sakit."Tak..tak adriana..-balas aku dan memegang tangannya.
"Habis tu?-tanya adriana yang tunggu jawapan aku,tapi aku hanya diam tanpa bersuara.Adriana menarik tangannya
"Okay,saya faham.Lepas ni saya harap ms j tak gunakan saya lagi..saya bukan patung yang ms j nak mainkan-Adriana bersuara nada kecewa melihat aku.Adriana berlalu pergi ,aku cuba menahannya.Tapi dia tak endahkan aku dan keluar dari kelas aku.
Aku terduduk menangis sebab dah lukakan hati adriana,aku marah dengan diri aku sebab aku bodoh diamkan diri.
Perasaan aku kacau ,aku tak tahu apa yang aku rasa,tapi kenapa aku rasa sakit bila dengar adriana beritahu aku tadi,aku rasa hilang sesuatu.Adriana pov.
"kau ok tak ni ad-kat bertanya kepada aku.Aku dan kat duduk lepak di cafe.
"Aku okay je-balas aku sambil minum.
"Serious lah kau ni,dari tadi dalam kelas aku tengok kau termenung je-kat bertanya kepada aku."Ashley ada buat apa-apa lagi ke?-Kat bertanya.
"eh tak la-balas aku,aku taknak bagitahu apa yang terjadi antara aku dengan ms j.aku taknak kat fikir bukan-bukan tentang ms j."Dari pagi tadi,kepala aku ni sakit-Balas aku dan memegang kepala.Memang sakit pun rasa kepala aku sekarang sebab memikirkan ms j.
"weh,sakit kau start lagi ke..dah makan ubat tak?-kat bertanya kepada aku,dulu aku ada migrain teruk."Tak..sebab yela dah lama aku tak rasa sakit kepala..-balas aku.
"Dah jum balik,, -kat bangun dari tempat duduk nya,aku hanya mengikutinya."Dapat drive tak kau ni?-tanya kat.
"Boleh lagi ni,nanti aku dah sampai rumah aku text kau-balas aku dan masuk ke dalam kereta.
"Okay,hati-hati tau..- balas kat.Aku start engin dan balik.
Sesampai sahaja aku di rumah,aku mesej kat dan terus masuk ke dalam bilik.Aku hempaskan diri aku di tilam gebu ,aku cuba lelapkan mata,sebab nak rehatkan kepala hotak aku yang tengah serabai.
TokkTokk!!
"masuk-aku beritahu yang masih baring.
"Um ma?-aku melihat mama masuk dan duduk di sebelah aku.
"Ad okay?-mama bertanya ,tangan nya memegang dahi aku.
"okay je ni mama..- balas aku sambil senyum kepadanya."Muka ad pucat ni tau.. ad sakit kepala lagi ke?-tanya mama nada risau.
"Um.. ha'aa ma.. ad nak tidur dulu boleh?-aku beritahu kepadanya.Mama hanya mengangguk dan mencium dahi aku,keluar dari bilik aku.Aku lelapkan mata..
next part 👉😉
YOU ARE READING
I HATE YOU BUT I LOVE YOU (GIRLXGIRL)
RomanceAku yakin nanti kau jatuh cinta dengan dia- Kat bersuara*muka yakin*. Wehh..memang tak lah aku jatuh cinta dengan perempuan annoying tu..memang takkk..!!!- Balas aku. WELL..kita tengoklah nanti- Balas kat sambil main kening.