Bab 16

760 77 22
                                    

"Alolo~ Jumchan janganlah nangis sayang~ Papa gurau je~" kata Jungkook pada anaknya.

"Hiks! Taknak kawan papa lagi! MAMA!!!" Jungsan berlari ke arah aku.

"Kenapa korang dua ni? Sehari tak memekik tak boleh ke? Mama ni nak masak lagi , jemur baju lagi , kemas rumah lagi. Korang bukannya reti nak tolong mama , tahu maiiiiiiinnn je!" Bebelku.

"Ala mama ni... Orang nak baru je nak ngadu kena bebel pula... Taknak kawan mama dengan papa!" Merajuk Jungsan lalu main sendirian di ruang tamu.

"Merajuk! Merajuk! Dah besar pun merajuk lagi!" Omelku sambil gaul sup ayam.

"Eish awak ni , membebeeeeelll je kerjanya..." kata Jungkook sambil pujuk anaknya.

Dia memang rapat sangat dengan Jungsan sebab taknak ulangi kesilapan appa dia. Dulu appa dia tak luangkan masa dengan dia... Jadi Jungkook taknak macam tu , dia nak Jungsan membesar dengan kasih sayang yang cukup.

"Kalau saya tak membebel , telinga awak berdua tu mana nak dengar cakap saya" cebikku lagi.

"Yelah2 , awak ni... Saya cium baru tahu" kata Jungkook sambil menyediakan pinggan mangkuk sudu semua atas meja makan.

"Jumchan! Meih makan!" Panggilku.

"Taknak!" Bentaknya.

"Taknak sudah!" Kataku balik. Bukannya nak pujuk, pfft-

"Awak..." kata Jungkook.

"Ape? Jangan manjakan sangat dia tu , besok dia pijak kepala baru tahu..." kataku lagi.

"Dia nak manja2 je tu..." kata Jungkook.

"Ceh... Tu minta puji namanya" kataku lagi.

"Chan! Kalau kau tak makan , nanti nenek Choi taknak buat karipap untuk kau lagi baru tau!" Ugutku.

Laju sahaja Jungsan duduk di meja makan dengan muka cemberut.

Karipap sentiasa menjadi , Jungsan gilakan karipap macam papanya.

"Tengok muka dia merajuk macam muka awak , haha!" Gelak Jungkook.

Ya , muka Jungsan lebih mirip aku... Mata dan bibir saja ikut Jungkook.

"Nah , sini mama suap" kataku.

"Jumchan pandai makan sendirilah..." katanya. Aku masak makanan bersup-sup harini , memang taklah aku kasi kau makan sendiri.

"Kalau tumpah kau siap" kataku.

Rock tak?😂

"Eee yelah2! Mama suap!" Katanya.

Hehe.

Aku pun menyuapnya.

"Jumchan tak boleh tau asyik merajuk... Jumchan dah besar... Tak lama lagi dah nak masuk 5 tahun , mana boleh perangai macam ni" pesanku lembut.

"Hmm?! Chan dah nak 5 tahun?!" Kejutnya. Terbeliak besar matanya , macam mata Jungkook😂

"Ya~ Dah nak 5 tahun~" ujar Jungkook.

"Jumchan dah besar?!" Tanyanya lagi.

"Iya sayang , dah besar dah" jawabku.

"Ha ah , tak lama lagi Jumchan dah boleh sekolah~" kata Jungkook pula.

"Sekolah? Sekolah tu apa?" Tanyanya polos.

"Sekolah tu tempat untuk belajar" jawabku.

"Kat sana Jumchan boleh jumpa kawan baru" tambah Jungkook.

"Anak Uncle Taehyung dengan Uncle Hoseok ada jugak ke?" Tanyanya. Yelah sebab diorang tigakan sama2 lahir dulu😂

"Ade~" kata Jungkook.

Jeon Jebon Mulut Sampah - JJK FF (COMPLETED)Where stories live. Discover now