Chapter 3

14 2 0
                                    

"Kenapalah cikgu bagi kerja rumah banyak sangat? Dahlah kena hantar jumaat ni jugak " aku membebel - bebel.

"Alah buat je kerja rumah tu slow- slow. Nanti siaplah tu " sampuk seseorang.

"Nasihat yang bernas! Thank you! " aku mendongakkan kepala.

"Sama-sama" balas Izraf sambil tersenyum memandangku.

Krik krik krik krik

"Apa kau buat kat sini? " tanyaku cuba menutup debaran.

"Kau pun buat apa kat sini? " tanya Izraf.

"Ni kan kelas aku. Yang kau pulak buat apa kat kelas aku ni? "

"Aku yang patut tanya kau...Seorang pelajar mana boleh berada dalam kelas waktu rehat. Kalau ada kes kecurian, kau yang akan dipersalahkan tahu? " Izraf memandangku tegas.

"Ye ye aku nak turun lah ni" balasku.
Hish garang bukan main. Sia-sia je aku tolong dia haritu. Kalau aku tahu baik tak yah tolong dia haritu.

Aku melangkah keluar dari kelas dengan malas sebelum Izraf memanggilku.

"Adreana Sofea! " jerit Izraf.

"Alamak. Macam mana dia tahu nama aku. Dia nak catat nama aku ke sebab aku ada dalam kelas waktu rehat?  Tidakkkk!! " jeritku dalam hati.

Tanpa fikir panjang aku memecut menuju ke library. Wah boleh tahan laju jugak aku hehe. Sambil berlari aku memusingkan kepala ke belakang untuk melihatnya tanpa menyedari ada tong sampah di hadapan.

"OPOCOT MAK AI" aku termelatah dan jatuh terduduk.

"Aduuh sakitnya kaki. Tulah kau lari tak pandang depan." Aku memarahi diri sendiri.

Kelihatan Izraf sedang melangkah menghampiriku.

"Alamak dia datang sinilah! Macam mana ni?? Pura-pura pengsan je lah." aku segera merebahkan badanku di lantai.

Beberapa saat berlalu namun keadaan masih sunyi sepi.

Dia dah pergi ke?

"Adreana Sofea.... tak payah pura- pura pengsanlah. Aku tendang baru tahu." kata Izraf.

Aku mencelikkan sebelah mata dan melihat Izraf yang sedang berdiri tepat memandangku.

Aku pun pun bangun dari pembaringan.

"Hish patutnya orang pengsan kenalah tolong tapi kau nak tendang aku pulak. " aku memarahi Izraf.

"Masalahnya kau tak pengsan pun" ejek Izraf.

"Ni semua salah kau eh! Kau kejar aku kenapa! "

"Aku nak cakap terima kasih tapi kau tetibe lari. So aku kejarlah! " Izraf mempertahankan diri.

"Oh. " aku termalu sendiri.

" Tulah buruk sangka lagi kan dah dapat malu." Aku mengutuk diri sendiri.

"By the way, terima kasih tau.Kalau takde kau haritu, mesti aku kene lucut jawatan pengawas. " Izraf tersenyum ke arahku.

Alahai manisnya dia senyum. Siap ada lesung pipit lagi. Ni ciri- ciri laki idaman aku nih. Jantung aku pulak dah macam-macam bunyi dah.

"Oh okay." Aku membalas perlahan.

"Sebagai balas budi kau, kau nak aku hadiahkan apa? " tanya Izraf.

Aku mencerlung tajam ke arahnya.

"Hey sorry sikit. Aku tolong kau bukan sebab nak upah eh! "

Sukahati dia je nak kasi aku hadiah. Dia ingat aku ni apa?

Untold StoryWhere stories live. Discover now