chapter 24

13 3 0
                                    

Fea terjaga apabila mukanya disimbah air. Kepalanya berpinar cuba mengingati apa yang berlaku.

"Bangun pun engkau!!" Marah Safwan.

Fea memandang ke arah Safwan seterusnya sekeliling tempat tersebut. Kemudian dia terpandangkan Danial di sebelahnya.

"Hurmm!!" Jerit Fea lalu menyedari mulutnya ditutup seletep dan badannya diikat pada kerusi.

"Hurmm!!" Fea cuba menjerit lagi.

Danial kemudian terjaga apabila terdengar suara Fea.

Danial memandang ke arah Fea sebelum turut memandang ke arah Safwan dan persekitaran tempat itu.

"Aku tak tahu nak buat apa dengan korang sekarang ni. Aku tengah tunggu Tuan aku datang, jadi mari kita berborak dulu yer?" Ajak Safwan sambil mencabut seletep pada mulut Fea dan Danial.

"Kau nak apa hah dari kitaorang?? Asal culik kitaorang??" Jerit Fea geram.

Safwan hanya tersenyum nipis.

"Aku ikut arahan Tuan aku je.." Ujar Safwan.

"Dari tadi kau sebut pasal Tuan kau.. Sapa Tuan kau hah?!" Tanya Fea.

Safwan kemudian memandang ke arah Danial." Dia tahu sapa Tuan aku."

Fea memandang ke arah Danial.

"Danial?"

Danial segera tunduk sambil menggeleng-geleng kepalanya.

"I'm so sorry Humairah. Aku..Aku takde kena-mengena langsung dengan plan diorang semua ni!" Jelas Danial bersungguh-sungguh.

Fea memandang pelik.

"Aku tak faham apa tengah berlaku sekarang ni!!" Fea pening.

Kemudian satu tepukan datang dari belakang mereka.

Fea Dan Danial serentak memusingkan kepala ke arah gerangan yang menepuk tangannya tadi.

"Well...well. Tak sangka ye? Selepas 10 tahun, baru aku tahu kau masih hidup." Ujarnya.

Fea terpaku.

"Encik Afif?"

Fea terkejut kemudian memandang Danial di sebelahnya. Danial pula merenung tajam ke arah Encik Afif.

"Apa semua ni?" Fea keliru.

Encik Afif tersenyum nipis.

"Welcome to my game again Humairah Sofea, or... should I call you Adreana Sofea?"

Fea mengerutkan dahinya.

"Saya rasa Encik Afif salah orang. Saya Humairah Sofea bukan Adreana Sofea!" Tegas Fea.

"Itulah... Saya pun risau kalau tersilap orang. Tapi saya rasa awak mesti ada parut dekat peha sebelah kanan awak. Betul?" Ujar Encik Afif.

Fea terkejut.

"Macam Mana Encik tahu??"

"Sebab saya yang buat Luka tu. Saya yang tembak awak Adreana.."

"Apa maksud Encik?? Lagi satu nama saya Humairah bukan Adreana!!" Marah Fea.

"Bla bla bla.." ejek Encik Afif sebelum memandang ke arah Danial.

Danial masih merenung tajam ke arah Encik Afif.

"Kenapa Ni Danial? Terkejut? "

"Sampai hati ayah buat macam Ni! Ayah plan nak bunuh Humairah!!" Marah Danial.

Encik Afif tergelak.

"Ayah tahu kamu curi dengar perbualan Ayah dekat bilik kan? HAHAHA. Kalau kamu tak curi dengar, sampai bila-bila pun kamu tak tahu rancangan Ayah nak bunuh Humairah." Jelas Encik Afif.

Tangan Fea menggigil apabila namanya disebut.

"Kenapa?? Kenapa Ayah buat semua ni?? Untuk apa??" Danial berasa sedih.

"Ayah cuma perbetulkan apa yang patut berlaku 10 tahun yang lalu. Dia.. dia patutnya mati 10 tahun lepas!!" Tengking Encik Afif sambil menarik picu pistol ke arah Fea.

"Jangan!!!" Jerit Danial.

Fea memejamkan matanya bersiap sedia menerima takdir. Perlahan-lahan satu bayangan hadir ke dalam mindanya.

--------------------------

"Are you sure mereka berada di sini?" Tanya inspector ke arah Dato' Rizal.

"Dah location tu tunjuk sini." kata Dato' Rizal.

Mereka memandang ke arah jalan raya yang kosong itu.

"Tak nampak langsung pun tanda-tanda mereka kat sini." Rungut Izraf.

Inspector tersebut berjalan-jalan sambil melihat sekeliling. Dia menyuluh torch light ke arah longkang berhampiran. Kemudian dia terpandang sesuatu. Dia mengutipnya.

"As I guess.." ujarnya perlahan.

Dia melangkah pantas ke arah Dato' Rizal, Izraf dan beberapa anggota polis yang lain.

"Dorang dah tahu Dato' letak penjejak. Dorang dah ubah haluan." Jelas Inspector tersebut sambil menghulurkan penjejak yang sudah hancur di tangannya.

"Sekarang ni nak buat apa Afiq?" Tanya Izraf ke arah Inspector.

Inspector Afiq hanya mengeluh.

Dato' Rizal segera mengeluarkan sesuatu dari poketnya lalu menghulurkannya kepada Inspector Afiq.

"Ni dia inspector."

Inspector Afiq mengerutkan dahinya.

"Apa ni Dato' ?"

"Ni penjejak kedua saya letak dekat gelang kaki Fea."

Semua di situ menepuk dahi mereka.

"Bijak tak?" Dato'Rizal tersengih.

"Kenapa tak bagi awal-awal!" Marah semua di situ.

Dato' Rizal terkejut apabila dimarahi semua orang di situ.

"Korang patut lega saya letak penjejak kedua sebagai langkah berjaga-jaga! " Dato'Rizal membela diri.

Mereka menggeleng-geleng kepala.

--------------

"Jangan pernah tanggal tau gelang tangan tu!" Pesan Dato' Rizal.

Fea memandang hairan.

"Why??"

"Just do as i say. Kalau tak papa ambik balik gelang tu." Ugut Dato' Rizal.

Fea mengangguk laju-laju.

"Fea nak naik atas dah tau papa, mama. Fea dah habis makan." Ujar Fea.

Datin Hayati mengangguk.

Baru sahaja Fea ingin melangkah, Dato' Rizal memanggilnya kembali.

"Kenapa pa?"

"Kan papa kasi dua kotak tu, kamu baru bukak satu kotak..." Ujar Dato'Rizal.

"Laa... Fea ingat lagi satu kotak tu untuk mama." Jelas Fea sambil membuka kotak yang lagi satu.

Tangan Fea terhenti.

"Gelang kaki? No lah papa.. Fea mana pakai gelang kaki! Tak suka lah.." tolak Fea.

"Lah gelang tu bukan keluarkan bunyi pun.. gelang biasa je. Pakai lah Fea.. penat-penat je papa tempah untuk kamu." Pujuk Datin Hayati.

Dato' Rizal mengangguk sambil berpura-pura sedih.

"Hmm yela papa. Thanks pa! Thanks ma!"

-------------------

Dato' Rizal menarik nafas lega apabila mendapati tindakannya itu dapat menyelamatkan keadaan.

"Fea.. bertahan please.." gumamnya perlahan.

Untold StoryWhere stories live. Discover now