Chapter 10

15 3 0
                                    

Encik Kamal melangkah menghampiri restoran mewah yang terletak berhampiran pantai itu. Restoran itu kelihatan cantik memandangkan lokasinya yang strategik dan dihiasi lampu-lampu yang berkelip-kelip di waktu malam.

Encik Kamal melihat sekeliling restoran itu dan tercari-cari gerangan yang bakal ditemuinya. Kelihatan orang yang dinantinya sedang melambai-lambai tangannya di udara.
Encik Kamal lalu melangkah menghampirinya.

"Dato' dah lama sampai ke? Maaflah tadi tersesat waktu cari restoran ni. " ujar Encik Kamal.

"Takdelah. Saya baru aje sampai. Lagi satu tak payahlah panggil saya Dato'. Panggil rizal aje dah cukup. " terang Dato' Rizal.

"Eh mana boleh macam tu Dato'. "

"Apa yang tak bolehnya? Kita kan dah lama kenal sejak 25 tahun yang lalu?"

Encik Kamal mengangguk dan tergelak.

"Kamu ni dari dulu tak berubah ye." Ujar Encik Kamal.

Mereka sama-sama meletus gelak tawa.

Encik Kamal berdehem kecil sebelum berkata.

"Fea macam mana? Okay? "

"Dia okay je. Tu ha sekarang ni siap melancong ke Switzerland lagi. "

Encik Kamal menarik nafas lega. Dato' Rizal hanya tersenyum.

"Kamal kau tak payahlah risau. Aku buat semua ni untuk keselamatan dia. Selebihnya untuk membalas jasa arwah isteri kau 25 tahun lalu. "

"Terima kasihlah rizal. "

"Aku takkan lupa janji aku dengan kau. " ujar Dato' Rizal tersenyum.

"Adrian pula macam mana? " sambung Dato' Rizal.

"Dia dah lama okay. Cuma kadang-kadang aku rasa bersalah tipu dia selama ni Rizal. "

Dato' Rizal menangguk kecil.

"Nanti dah sampai masanya, aku akan ceritakan dekat dia. Aku pun turut simpati lepas tengok keadaan Adrian yang asyik murung lepas dapat tahu adiknya meninggal.."

Mereka sama-sama berborak dan perbualan mereka terhenti seketika kerana makanan sedang dihidangkan.

"Jemput makan Kamal. "

Encik Kamal mengangguk dan mengucapkan terima kasih.

-------------------

"Aduh. Sejuknya kat sini. Menggigil-gigil aku. " rungut Fea.

Fea tidak melepaskan peluang untuk bergambar sakan di situ. Ada sahaja pemandangan yang ingin dia tangkap gambar.

Camera yang tersangkut di lehernya itu dibelek. Fea melihat beberapa gambar yang ditangkapnya tadi.

Cantik!

Fea kembali berjalan-jalan sambil menghirup udara segar. Rasa tenang sungguh. Tak perlulah stress asyik menghadap kertas laporan di pejabatnya. Terlepas bebanan seketika.

Tiba-tiba Fea memusingkan kepalanya ke belakang apabila merasakan dirinya diikuti.

Huh! Bodyguard papa ni menyibuk je kerja dia! Tak dapat rasa privacy langsung! Tiba-tiba satu idea muncul di fikirannya.

Fea melihat sekeliling kemudian memecut lari. Kemudian Fea bersembunyi di belakang salah satu dinding bangunan tersebut.

Fea mengekek gelak tawa melihat bodyguardnya kelam-kabut mencarinya.

"Hahahahha! Padan muka! Sape suruh menyibuk."

"Kau tengah gelak sorang- sorang ni pasal apa? " tanya seseorang di belakangnya.

Untold StoryWhere stories live. Discover now