Chapter 22

12 3 0
                                    

Fea membelek baju yang dipakainya. Kemudian tersenyum nipis. Perfect!

Fea terhincut-hincut menuju ke pintu belakang rumahnya. Fea terpaksa melalui pintu belakang agar para pengawal tidak dapat melihatnya. Dato' Rizal dan Datin Hayati pula baru sahaja keluar rumah beberapa minit yang lalu.

Dengan pantas Fea menaiki teksi yang telah di-ordernya tadi menuju ke rumah Danial. Dalam perjalanan, dia menelefon Danial untuk memberitahu keberadaan dia sekarang.

Setibanya di sampai, dia disambut mesra oleh Sarah dan Danial. Sarah juga turut dijemput oleh Danial untuk makan malam bersama.

"Wow! You look gorgeous Humairah!" Puji Sarah dengan muka yang tidak percaya.

"Then apa kurangnya kau? Kau pun lawa je aku tengok.." puji Fea.

Sarah hanya tersenyum.

"Oh hi Danial! Tak perasan kau ada kat situ." Sapa Fea.

Danial hanya tergelak.

"Dah korang leka bersembang, memang tak lah nak perasan aku Kat sini. Dah-dah jom masuk." Ajak Danial.

Fea kagum melihat susun atur banglo milik Danial dan Encik Afif. Mulutnya ternganga.

"Cantikknyaaa!" Puji Fea.

"Ingat lelaki ni tak pandai menghias ke?" Perli Danial.

Sarah tergelak.

"Oh ha! Mana ayah kau Danial?" Soal Fea apabila melihat ketiadaan Encik Afif.

"Oh ayah aku ada kat atas. Korang duduk dulu dekat sofa. Aku nak pergi panggil ayah aku." Kata Danial.

Fea Dan Sarah melabuhkan punggung di atas sofa manakala Danial menuju ke tingkat atas.

Danial mengetuk pintu bilik Encik Afif.

Tok! Tok!

Keadaan senyap..

Danial mengetuk pintu sekali lagi sebelum terus membuka pintu.

Encik Afif yang sedang berbual melalui telefon bimbitnya itu dipandang.

Encik Afif mengangkat kening.

"Ayah... Humairah dah sampai. Dia ada dekat bawah." Jelas Danial.

"Lah dah sampai ke? Okay sikit lagi ayah turun. Ayah tengah call someone ni." Encik Afif tersenyum sambil menunjukkan telefon di tangannya.

Danial mengangguk memahami. Danial berlalu pergi. Kemudian beberapa saat dia berpatah balik semula kerana terlupa memberitahu Encik Afif bahawa Sarah juga turut dijemputnya.

Tiba-tiba langkah Danial terhenti.

--------------------------

Setelah Danial berlalu menuju ke tingkat atas, Fea berborak-borak dengan Sarah.

"Kau dengan Danial ni ada apa-apa ke?" Tanya Fea ingin tahu.

Sarah tergelak.

"Taklah. Kitaorang ni kawan rapat je since Danial tu senior aku waktu sekolah menengah dulu." Jelas Sarah.

Fea terangguk-angguk.

"But still... Kau tak kan tak ada perasaan dekat dia langsung? I mean Danial is so handsome! Tak terpikat ke?"

Sarah hanya menggeleng.

"Aku sebenarnya suka dekat orang lain. Danial sendiri pun tahu sape orang yang Aku suka tu." Jelas Sarah sambil menunduk.

Fea berdehem kecil.

"Orang tu... Izraf right?" Teka Fea.

Sarah mengangkat kepala memandang Fea.

"Sorry.. aku tahu kau dengan Izraf saling suka antara satu sama lain. Aku tak patut suka dia." Luah Sarah.

"Tak! Tak! Aku Tak suka Izraf!" Fea menindakkan.

Sarah hanya tersenyum sumbing.

"Kalau kau tak suka dia sekalipun, Izraf tetap takkan pilih Aku. Dia hanya anggap aku kawan, Tak lebih dari tu."

"Sarah.. Aku mintak maaf.." kata Fea.

"Sokay lah. Tak perlu mintak maaf. Bukan salah kau pun. Sebelum kau wujud dalam hidup Izraf pun, awal2 lagi dia reject Aku."

"Aku yakin kau akan jumpa orang yang akan Sayang kau sepenuh hati." Pujuk Fea.

Sarah tersenyum dan mengangguk.

Tiba-tiba lampu di rumah itu terpadam.

"Blackout ke?" Tanya Fea.

"Yelah kot.. Fea kau tunggu sini kejap. Aku nak ambik torch light dekat kabinet dapur." Ujar Sarah yang kebetulan mengetahui tempat torch light disimpan.

Sarah bingkas bangun dan berlalu pergi ke dapur. Dia tergapai-gapai di dalam kegelapan. Tiba- tiba seseorang datang dan mencengkam kuat lehernya.

"Urghh!!!" Jerit Sarah. Dia cuba lepaskan diri namun gagal. Dirinya bergelut untuk selamatkan diri.

Fea yang berada di ruang tamu itu pula menjadi panik apabila terdengar seperti suara Sarah kesakitan. Belum sempat dia memanggil Sarah, mulutnya ditutup oleh seseorang.

---------------------

Dato' Rizal gelisah. Mereka dalam perjalanan pulang ke rumah.

"Kenapa Fea tak angkat call Ni??"

"Biar saya Cuba call maid dekat rumah." Cadang Datin Hayati.

Datin Hayati mengangguk-angguk kemudian menutup panggilan.

"Maid kata Fea Tak Ada dekat bilik dia!!" Cemas Datin Hayati.

Dato' Rizal sudah tidak senang duduk.

Dinner bersama syarikat lain itu baru sahaja selesai. Kemudian Dato'Rizal terus menghubungi Fea kerana risaukan anaknya itu namun panggilan tidak berjawab.

"Cuba abang call Izraf. Manalah tahu dia tahu ke Fea pergi Mana?" Cadang Datin Hayati.

Dato'Rizal mengangguk.

"Izraf.. awak tahu Tak Fea dekat mana sekarang?" Soal Dato'Rizal tergesa-gesa.

"Tahu. Dia Ada dekat rumah Danial." Izraf berasa pelik mendengar nada suara Dato'Rizal yang kelihatan cemas itu.

"HA?!! KENAPA AWAK BENARKAN DIA PERGI SANA!!" tengking Dato'Rizal.

"Aik takkan Tak boleh Dato'? Tak Salah pun... Lagipun Danial bagitau Saya waktu Fea dah pun dalam perjalanan ke Sana. Saya Tak sempat nak  buat apa-apa pun." Jelas Izraf.

Dato'Rizal meraup mukanya.

"Dengar cakap Saya elok-elok Izraf.. Fea dalam bahaya! Kamu kena pergi sana sekarang!! Send sekali alamat rumah tu kat uncle!" Arah Dato' Rizal sebelum menutup panggilan.

"Awak,tolong call polis. Pak Mat, tolong patah balik. Pergi ke location Ni." Arah Dato'Rizal.

Datin Hayati segera menelefon polis. Kemudian dia hanya berdiam diri. Semoga tiada perkara buruk berlaku....

Untold StoryWhere stories live. Discover now