Chapter 27

12 3 0
                                    

"Semua berpecah!! Kalau jumpa sesuatu mencurigakan terus laporkan melalui walkie-talkie." Arah polis tersebut.

Polis tersebut melangkah menghampiri Izraf dan Dato' Rizal.

"Nah. Korang pun perlukan benda ni." Katanya sambil menghulurkan walkie - talkie.

Izraf Dan Dato' Rizal mengangguk.

Mereka pun segera berpecah mencari sekeliling rumah usang tersebut.

Izraf mengetap bibirnya geram. Berani paksu tipu dia?? Dalam rumah usang tu kosong takde pape pun. Huh!!

Izraf berjalan meredah hutan tersebut. Dia tersenyum sumbing memikirkan peristiwa dia dan Adreana tersesat bersama.

"Aku patutnya halang dia pergi dari rumah usang tu.. kalau tak benda macam Ni takkan berlaku.." Izraf mengeluh.

Tiba-tiba dia terpandangkan sesuatu mencurigakan di atas bukit tinggi. Sebuah kereta tersadai di tepi gaung tersebut.

Izraf merenung kereta tersebut dari jauh. Izraf berasa curiga lalu segera melaporkan kepada walkie-talkie.

Kemudian dia melangkah menuju ke bukit tersebut.

Tiba-tiba henfonnya berdering. Izraf mengangkat panggilan.

"Berhenti dekat tempat yang kamu berada sekarang."

Langkah Izraf terhenti."Paksu? Mana Fea??!"

"Kau bergerak selangkah, nyawa dia melayang!" Ugut Encik Afif.

Izraf tergamam.

"Bagus! Sekarang kau berjalan 5 langkah ke depan sampai kau nampak dua buah kereta." Arah Encik Afif.

Izraf berjalan 5 langkah ke depan seperti yang disuruh. Kemudian dengan jelas dia ternampak dua buah kereta.

"Dah! Izraf dah nampak. Sekarang bagitahu mana Fea!" Marah Izraf.

"Cuba kau tengok betul-betul, dalam dua buah kereta tu Ada siapa?"

Izraf memandang kereta yang berada di tepi gaung.

Fea!

Izraf kaku.

Kemudian dia merenung kereta kedua yang berada lebih kurang 80 meter di hadapan kereta tadi.

Paksu?

Izraf terdiam.

"Pak--paksu tak rancang nak langgar kereta tu sampai masuk gaung ka--kan?"

Jelas kedengaran gelak tawa Encik Afif di dalam panggilan.

"Tepat sekali! Memang paksu berniat nak langgar dia biar dia masuk gaung!"

"Paksu dah gila!! " Izraf terkejut.

Izraf memandang ke arah Fea dari jauh. Izraf yakin Fea diikat dan tidak sedarkan diri.

"Tapi.. sebelum paksu bunuh dia, Paksu akan ceritakan sesuatu dekat kamu . Paksu yang bunuh parents kamu Izraf." Kata Encik Afif selamba.

Nafas Izraf terhenti.

"Ja--jadi betullah apa yang Dato'Rizal bagitahu Izraf tadi!! Kenapa?? Kenapa paksu buat macam tu?? Kenapa paksu sanggup bunuh abang ipar dan kakak kandung paksu sendiri??" Tengking Izraf.

Izraf meraup mukanya. Dia terkejut! Tak sangka ada manusia sekejam ni!

"Kau nak tahu kenapa aku bunuh? Fine! Sebab bapak kau bunuh kekasih aku! Kereta bapak kau berlanggar dengan kereta kekasih aku sampai kekasih aku mati!!" Jerit Encik Afif dengan nada marah.

Izraf terpana.

"Tapi ayah Izraf tak membunuh! Itu cuma satu accident kereta!!" Bela Izraf.

"Aku tahulah itu cuma satu accident, tapi kenapa nyawa kekasih aku melayang tapi bapak kau masih hidup pulak?!" Tengking Encik Afif.

"Paksu! Tolong terima takdir!! Lagi satu apa salah ibu Izraf dekat paksu??"

"A--aku Tak sengaja.. Aku ingat nak bunuh bapak kau je! Tapi lain aku rancang lain yang berlaku... Kakak aku ada dalam kereta bersama dengan abang ipar aku... Aku..Aku tak sengaja bunuh dia.." tergagap-gagap Encik Afif berkata.

Sejujurnya dia ingin membunuh abang iparnya sahaja. Tapi dia tidak menyedari kakaknya turut berada di dalam kereta tersebut.

"Paksu kejam! Paksu bukan manusia! Paksu binatang!!" Marah Izraf.

Encik Afif hanya terdiam.

"Jadi paksu please... Lepaskan Fea.. dia takde kaitan dengan semua ni... Dia tak bersalah!" Rayu Izraf.

Encik Afif menarik nafas panjang.

"Aku nak kau rasa perasaan aku... bila first love aku dilanggar sampai mati!! Kemudian baru kau faham Izraf... Baru kau faham kenapa Aku buat semua ni..."

Izraf mengeluh.

Dia menjeling kepada beberapa anggota polis yang sedang bersembunyi. Anggota polis tersebut memberi isyarat kepada Izraf agar melengah-lengahkan masa di situ.

Izraf mengangguk.

"Lepas paksu bunuh Fea.. apa yang paksu akan dapat?? Paksu tak dapat untung apa-apa pun! Malah paksu sendiri akan masuk ke dalam penjara!"

Encik Afif tergelak sinis.

"Lepas paksu bunuh dia, Paksu akan bunuh diri! Paksu akan pandu kereta paksu biar masuk gaung!! Walau apa pun, dia tetap kena mati!" Jelas Encik Afif.

Encik Afif mula menghidupkan enjin kereta dan menekan pedal kereta.

Izraf dan anggota polis cemas dengan tindakan yang tiba-tiba itu.

Polis mula memulakan tindakan.

"3 2 1. Shoot!" Peluru tersebut tepat mengenai lengan Encik Afif.

"ARGHH!!" Encik Afif mengaduh kesakitan.

Dia melihat sekeliling kemudian menyedari dirinya dikepung pihak polis.

Kemudian Encik Afif tersenyum tenang.

"Aku akan hentikan apa yang aku mulakan... Ayah sayang kamu Danial... I'm sorry. " Encik Afif menekan pedal dan ..

BUMMM!!

Izraf tergamam. Mereka semua yang berada di situ turut memandang tidak percaya.

"FEAA!!!" Izraf menjerit kuat.

Beberapa anggota polis bergegas menuju ke gaung tersebut.

Izraf terduduk. Air matanya mengalir perlahan.

"Fe--fea..."

Untold StoryWhere stories live. Discover now