Chapter 17

11 3 0
                                    

Dia sedaya-upaya melarikan diri sejauh mungkin. Namun itu agak mustahil kerana luka di kakinya semakin lama semakin parah.

Dia menoleh ke belakang. Urgh! Mereka semakin dekat. Aku kena bertahan! Aku kena selamat! Dia berlari terhincut-hincut ke arah jalan raya.

Cahaya dari depannya membuatkan dia silau. Dia menutup matanya saat merasakan tubuhnya melayang.

"AAAAAAA " jerit Fea.

Fea terbangun dari tidurnya. Dia terduduk di atas katil. Muka dan badannya berpeluh- peluh. Matanya terbuka luas. Jantungnya berdegup kencang.

"Fuhh mimpi rupanya." Fea mengeluh lega.

Fea mencapai handphonenya di atas meja.

'6.20 pagi'

Fea bingkas bangun dan mencapai tuala yang tersangkut sebelum menuju ke bilik air.

Selesai mandi, Fea menyediakan sarapan untuk dirinya sendiri. Dia termenung panjang sambil memikirkan mimpinya malam tadi. Kemudian Fea terbau sesuatu yang hangit.

Dia memandang ke dalam kuali.

"HA!!" Jerit Fea kelam-kabut sambil terkial-kial menterbalikkan senduk.

Fea kelegaan. Nasib baik nasi goreng dia tak hangus kesemuanya. Kalau tak membazir je..

-------------------

Izraf merenung Fea di sebelahnya.

Kemudian dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Dato' dah boleh keluar hospital harini kan? " Soal Izraf.

Fea mengangguk kecil sebelum matanya kembali fokus kepada pemanduan.

Izraf berdehem kecil.

"Kau nak lunch dekat mana harini?"

"Harini aku tak keluar lunch. Jadi kau teman aku balik je. " Arah Fea.

"Okay.." Izraf membalas.

Izraf menjeling Fea di sebelahnya sekali lagi.

Apa kena dengan minah ni? Tak pernah pernah pun senyap. Selalu mulut murai dia yang tak boleh tutup. Harini sunyi sepi pulak dia.

"Kau apahal ha? Senyap je?" Soal Izraf.

"Tak ada apa-apa lah." Fea menggeleng- geleng kepalanya.

Izraf hanya mengeluh.

--------------------

"Assalamualaikum. Ni nombor cik Humairah Sofea kan? " Tanya seseorang dari corong telefon.

Fea melihat ke arah skrin telefon. Nombor sape pulak ni?

" Haah saya. Encik Ni siapa ya?" Soal Fea.

"Ingat Saya lagi tak? Saya Adrian."

"Lahh awak ke.. mestilah ingat. Baru je haritu jumpa Kat hospital Kan?" Kata Fea.

"Sorrylah kacau, Saya dapat nombor Humairah ni dari Izraf. Saya saja nak tanya Humairah free tak tengah hari? Ingat nak ajak lunch."

Fea berfikir sebentar. Kebanyakan kerja laporan dah disiapkan tadi. Tinggal satu projek je belum siap.

"Free je. Nanti Adrian send location ok?" Fea bersetuju.

"Okay! " Kata Adrian sebelum memutuskan panggilan.

Fea kembali menyiapkan kerja laporan yang perlu disiapkannya. Setibanya waktu lunch, Fea berfikir sejenak.

Tak payahlah panggil Izraf. Tadi aku dah kata kat dia yang tak payah teman aku lunch, kang kesian pulak dia kena datang.

Untold StoryWhere stories live. Discover now