Chapter 12

10 3 0
                                    

"Wah! Dah lama kita semua tak keluar makan macam ni! " laung Sarah.

"Dah nak buat macam mana? Kitaorang ni bussinessman yang busy okay? " kata Danial.

Izraf hanya tersenyum.

Mereka bersama-sama memilih Restoran Limau Nipis itu untuk makan tengah hari kerana restoran itu cukup terkenal dengan keenakan makanannya dan harganya yang berpatutan.

Restoran itu juga kelihatan penuh dengan pelanggan yang datang untuk menjamu selera.

Sarah memecahkan suasana.

"Kalau kau nak tahu kan, ada orang tu sanggup tak nak keluar dengan kita sebab nak layan crush dia." Ujar Sarah kepada Izraf.

Danial tersedak.

"Uhuk uhuk! " Danial menjeling ke arah Sarah.

"Wow wow! Berita hangat apa ni yang aku tak tahu? " ujar Izraf.

"Kau jangan melawak Sarah! Aku dengan dia kawan baik je la." Marah Danial.

"Ah aku tak percaya. Dia punyalah lawa macam tu takkan kau tak terpikat? Anak dato' lagi! " ujar Sarah.

Izraf membeliakkan mata.

"Kau serius ah Danial! Pandai eh kau menggayat sekarang! " ujar Izraf tidak percaya.

"Kau percayalah cakap si Sarah tu."

Danial mencebikkan bibir.

"Korang ni pulak bila lagi? " ujar Danial.

Izraf hanya buat tidak tahu manakala Sarah sudah menunduk.

"Nonsense... " ujar Izraf perlahan namun masih dapat didengari oleh mereka berdua.

Keadaan kembali senyap..

Izraf tiba-tiba terpandangkan sesuatu.

"Weh aku ada urgent sekarang! Aku kena pergi dulu. Nah tolong bayarkan makanan aku kat kaunter! " kata Izraf sambil meletakkan duit di atas meja.

Izraf dengan tergesa-gesa berlalu pergi.

"Apahal Izraf tu?" Tanya Danial.

Sarah hanya menjungkitkan bahu.

Danial merenung Sarah yang sedang meneguk air minumannya.

Dia dan Sarah sudah berkenalan sejak sekolah menegah lagi berbeza dengan Izraf yang mengenali Sarah ketika di University.

"Kau okay?"

"Apa pulak tak okaynya?" Jawab Sarah.

Danial mengeluh.

"Bersabarlah weh. Kalau kau memang ikhlas dengan Izraf, adalah tu jodohnya. " ujar Danial.

Sarah hanya tersenyum sumbing.

"Tak payahlah kisahkan kitaorang dua. Kau tu ha dah 27. Nak masuk 30 dah. Bila nak kahwin? " Sarah menukar topik.

"Nak kahwin macam mana? Calon isterinya pun tak ada." Danial tergelak.

"Humairah?"

"Kan aku cakap aku dengan dia kawan baik aje." Ujar Danial geram.

Sarah memandang tidak percaya.

"Apa-apa jelah. Tapi takkan kau tak ada minat dekat sesiapa? Since dekat sekolah menengah lagi rasanya kau tak pernah ada girlfriend? "

"Aku ada sebenarnya minat dekat someone dulu. Tapi dia tak suka aku. Dia dah suka orang lain." danial mengeluh.

Untold StoryWhere stories live. Discover now