Chapter 19

10 3 0
                                    

"Ayah nak pergi mana tu?" Tanya Adrian.

Encik Kamal kelihatan sedang membuka pintu luar.

"Ayah ada hal dekat luar kejap."

"Kalau macam tu biar Along hantarkan." Ujar Adrian sambil turut berdiri.

Encik Kamal merenung Adrian.

"Kamu tak payah ikut. Duduk diam dekat rumah je." Kata Encik Kamal sebelum melangkah keluar.

Adrian mengeluh. Dia buntu dengan tingkah laku ayahnya. Sejak dia ditampar ayahnya dulu, ayahnya mula jadi pendiam. Keadaan di rumah menjadi sangat kekok dan sunyi.

Adrian duduk kembali di sofa dan selang 30 minit kemudian seseorang menelefonnya.

"Assalamualaikum Adrian." Sapa Izraf dalam talian.

"Waalaikumussalam. Ha kenapa?"

"Humairah masuk hospital semalam. Lusa dia discharge. Kau nak datang melawat tak sekarang? Aku Kat hospital Ni." Ujar Izraf.

"Ha?! Humairah masuk hospital?? Okok aku datang sekarang." Jawab Adrian tergesa-gesa.

Adrian segera mencapai kunci kereta di atas meja. Baru dia hendak melangkah, dia terpandangkan dompet ayahnya di atas meja.

"Haih ayah Ni pun satu. Nak keluar janganlah sampai terlupa bawak dompet." Adrian membebel.

Adrian merenung dompet tersebut.
Adrian berasa tergerak hati untuk membuka dompet milik ayahnya itu.

Hatinya tidak semena-mena berdegup kencang apabila terpandangkan sekeping gambar terselit kemas di dalam dompet itu.

Gambar seorang gadis berambut panjang yang sedang tersenyum itu direnung Adrian.

Hu--humairah?

Tidak mungkin itu gambar adiknya memandangkan adiknya meninggal ketika berumur 15 tahun. Gambar yang dipegangnya menunjukkan gadis dewasa.

Adrian terperasankan ada perkataan yang tertulis di belakang gambar tersebut. Dia pun membacanya.

Adrian terkedu.

-------------------------

"Assalamualaikum Humairah!" Sapa Adrian.

Fea yang sedang bermain henfonnya itu terhenti dan mendongak.

"Waalaikumussalam Adrian! Tak sangka kau datang!" Ujar Fea gembira.

"Hehe. Eh mana Izraf? Dia yang bagitahu aku tadi kau masuk hospital." Tanya Adrian.

"Dia pergi tandas." Balas Fea pendek.

Adrian terangguk-angguk.

"Ha kau sakit apa ni sampai masuk hospital?" Adrian berasa pelik apabila melihat Fea seperti sihat sahaja.

"Aku pening kepala and pengsan haritu sampai hidung berdarah. Lagipun ni bukan kali pertama. Dah banyak kali kena dah." Jelas Fea.

"Ooo. By the way nah aku bawak buah tangan." Adrian menghulurkan sebakul buah-buahan kepada Fea.

"Terima kasih banyak-banyak lah Adrian. Susahkan je."

"Tak susah pun."

"Aku fikir kau tak datang tadi. Bila ayah kau datang, aku dok terintai-intai manalah tahu kau ada sekali ke." Jelas Fea.

Adrian mengerutkan dahi.

"Ayah aku?"

"Yup. Encik Kamal baru je datang melawat aku sekejap tadi. Tak sampai lima minit, ayah kau terus keluar dengan ayah aku berborak dekat luar."

Untold StoryWhere stories live. Discover now