Northwind High School-1

847 39 6
                                    

Kereta mewah jenama Ferary hitam yang dipandu oleh seorang Dato' Syed Ghazali menyusuri jalan raya bandar Cyberaya yang kini sudah maju. Kereta hitam itu bergerak menuju ke Northwind High School. Sekolah itu dinamakan sebagai Northwind adalah kerana sekolah menengah itu terletak di punca arah angin utama di bandar Cyberaya.

Sekolah itu juga menjadi terkenal diseluruh lapisan masyarakat kerana sekokah itu sangat unik jika dibandingkan dengan sekolah sekolah lain yang ada di Cyberaya adalah kerana sekolah ini mengamalkan sistem pendidikan yang sama seperti sekolah menengah yang ada di negara matahari terbenam,Jepun.

Kereta mewah itu berhenti diperkarangan Northwind High School. Dato' Syed Ghazali keluar dari perut kereta bersama isterinya Datin Aliya dan diikuti oleh anak kembarnya,Alyna dan Ali.

Mereka terpegun memandang struktur binaan sekolah yang ada didepan mata mereka berserta dengan pemakaian baju seragam sekolah yang memang bercirikan seperti seorang pekerja pejabat memang mengambarkan seperti sistem pendidikan di Jepun.

Dato' Syed Ghazali dan Datin Aliya tertawa kecil melihat anak anak mereka yang pastinya sangat tertarik dengan sekolah yang ada dihadapan mata mereka ini.

"Mari kira ke bilik pengetua. Untuk daftarkan kamu berdua." Tegur Datin Aliya mematikan lamunan Alyna dan Ali. Mereka masing masing tersengih kerana malu dengan reaksi sendiri. Kemudian mereka terus berjalan menuju ke bilik pengetua bagi mendaftarkan kemasukan mereka sebagai pelajar baru.

Mata Alyna dan Ali masih melilau memerhati sekitar kawasan sekolah yang bakal menjadi tempat baru mereka belajar. Namun satu perkara yang membuatkan mereka berdua pelik,mengapa tarikh kemasukan pelajar baru pada 30 Mac?

"Mama,kenapa tarikh kemasukan pelajar baru disekolah ni adalah pada 30 Mac dan bukannya pada 1 Januari?" Tanya Ali yang ingin jawapan daripada soalan yang bermain main di mindanya.

Datin Aliya hanya tersenyum mendengar persoalan daripada anak bongsunya itu.

"Ali,sekolah ini mengamalkan sistem pendidikan yang sama dengan sistem pendidikan sekolah menengah di negara Jepun. Mereka akan memulakan musim baru persekolahan pada 1 April kerana mengikut kepercayaan orang jepun,1 April itu diibaratkan sebagai tarikh yang paling berbertuah bagi memulakan satu pembelajaran ataupun pekerjaan. Kerana 1 April adalah kemuncak musim bunga dengan berkembangnya muka ceri yang menjadi kesayangan orang jepun itu sendiri."

Ali dan Alyna hanya mengangguk dengan jawapan pada dan lengkap daripada mama mereka itu. Tidak dinafikanlah mengapa mama dan ayah mereka mahu sangat mereka bersekolah disini adalah kerana mereka juga merupakan bekas pelajar di Northwind High School.

Mata Alyna tertumpu pada sebuah banggunan yang terletak tidak jauh dari tempat mereka berdiri. Ali juga turut memandang ke arah sama yang dilihat oleh kakaknya.

"Itu adalah surau besar yang digunakan oleh orang muslim yang belajar di sekolah ni. Surau tu juga dijadikan tempat untuk menjalankan aktiviti keagamaan bagi pelajar pelajar muslim." Jelas Dato' Ghazali setelah menyedari pandangan mata anak kembarnya kepada banggunan berkubah bulan sabit dan bintang itu.

"Er..sekolah ni..."

"Jangan risau Alyna,walaupun sekolah ini mengamalkan sistem pendidikan dan pakai seragam seperti di Jepun,tapi mereka masih menjaga dan menitik beratkan kehormatan pelajar dan guru yang beragama islam." Pujuk Dato' syed Ghazali cuba menenangkan anak daranya ini.

"Kalau kamu juga nak tahu,hampir 70% daripada jumlah pelajar disini beragama islam dan hanya 30% sahaja pelajar yang non-muslim termasuk kakitangan dan guru guru. Jadi mama dan ayah yakin kamu berdua akan seronok bersekolah disini." Sambung Datin Aliya pula.

Northwind High School: The Birth Of The New GroupWhere stories live. Discover now