Northwind High School-14

297 23 1
                                    

Sebulan selepas kejadian itu...

Sudah dua jam dua beradik kembar ini duduk di dalam bilik tetamu kedap bunyi ini masih menunggu kata putus daripada seorang lelaki paling tegas dalam dunia iaitu Dato' Ghazali. Datin Aliya juga turut berdiam diri dari tadi.

"Keputusan ayah tetap sama."

Kata kata Dato' Ghazali itu membuatkan dua beradik ini terkejut. Rasa bagai mahu terkeluar roh saat Dato' Ghazali mengeluarkan kata kata keramat itu. Datin Aliya juga terkejut dengan suaminya itu.

"Ayah! Ayah patut pertimbangkannya semula. Saya suka kalau kakak terus bersama saya sekolah di sini." Ali masih terus merayu. Dia berharap agar rayuannya berhasil membuatkan bapanya itu menukar fikiran.

"Betul cakap Ali tu,ayah. Saya suka belajar disini. Kawan kawan..cikgu cikgu dan semua kakitangan disini membuatkan saya rasa gembira." Sokong Alyna pula. Ali laju menganggukkan kepalanya.

"Saya juga gembira kalau kakak gembira. Tak akan ayah nak pisahkan kami lagi? Saya dah tak sanggup berpisah dengan kakak lagi. Cukuplah sekadar 3 tahun lepas ayah pisahkan kami dengan sekolahkan kakak di kampung bersama uncle Bakar. Ali tak samggup lagi!!"

Alyna dan Datin Aliya terpana dengan kata kata Ali. Namun Dato' Ghazali hanya memasang riak selamba. Dia berpeluk tubuhnya sambil metanya memandang ke arah dua orang anaknya ini. Ketika keluarga kecil ini mengalami ketegangan itu,pimtu bilik tetamu itu dibuka.

Ali,Alyna dan Datin Aliya memandang ke arah pintu. Terlihat 12 orang manusia sedang memandang ke arah mereka sambil tersengih. Tangan dilambai tanda perkenalan.

"Er..maaf mama dan ayah....er...maksud saya Dato'.." tergagap Jet bersuara. Roza hanya menggeleng kepalanya lalu menolak tubuh Jet sehingga dia terdorong ke belakang.

"Maaf sebab menganggu mama. Tapi kami perlukan Ali dan Alyna untuk persiapan pesta musim bunga." Kata Roza tanpa berbasa basi. Ali dan Alyna saling berpandangan lalu mereka tersenyum. Mereka mengucap syukur dalam hati.

"Maaf,ayah. Tapi kami ada pesta yang nak kena uruskan. Kami pergi dulu." Kata Alyna lalu menarik tangan Ali untuk keluar dari bilik tetamu itu.

"Kamu berdua tak boleh kemana mana! Ayah masih tak habis lagi dengan kamu berdua!!!" Teriak Dato' Ghazali membuatkan semua remaja yang ada di situ terpana. Dua beradik ini terkaku di tempat mereka berdiri. Mereka memandang ke arah Datin Aliya meminta simpati daripada si ibu.

"Pergilah sayang. Kalau pesta itu boleh buat kamu berdua gembira,mama tak akan halang dan mama juga akan turut gembira." Kata Datin Aliya sambil tersenyum memberi kata semangat pada dua orang anak kesayangannya ini. Ali dan Alyna tersenyum manis pada ibu mereka.

"Terima kasih,mama. Kalau sudi datanglah ke pesta musim bunga kami." Ucap Alyna sebelum dia menarik Ali kekuar dari bilik tetamu itu.  Datin Aliya menandang tajam ke arah suaminya itu. Dato' Ghazali merengus kasar sebelum dia berjalan keluar dari bilik tetamu dan menuju ke keretanya.

▫▫▫

Ali dan Alyna duduk di kerusi tempat penonton dalam dewan pentas teater itu sementara sebahagian lagi duduk di atas pentas dan ada yang berdiri. Masing masing memandang ke arah Ali dan Alyna meminta agar kembar ini memberikan penjelasan kepada mereka.

"Apa yang baru jadi tadi? Kenapa ayah korang marah sangat? Ada sesuatu yang berlaku ke?" Bertubi tubi Bulat bertanya kepada kembar ini. Ali dan Alyna saling berpandangan. Mereka menghela nafas. Mungkin ada baiknya jika mereka beritahu pada kawan kawan mereka.

"Sebenarnya...ayah kami paksa saya untuk pindah dari high school." Jujur Alyna terus terang.

"Apa??!!" Terkejut 12 orang manusia ini saat mendengar pengakuan Alyna. Khai sudah menunjukkan reaksi murung.

"Ma...mana boleh!! Ayah korang tak boleh sesuka hati je pindahkan kau dari sini,Alynn. Lagi pun kau dah seronok sekolah sini." Bantah Khai. Semua mata memandang ke arah Khai. Ahli lelaki menghadiahkan sebuah senyuman penuh makna pada Khai sementara Alyna pula sudah merah mukanya bagaikan tomato.

"Saya tak nak. Saya juga dah suka sekolah di sini. Saya tak nak berpisah dengan adik saya,Ali lagi. Kami akan tamatkan high school sehingga gred 12 bersama kamu semua di sini." Kata Alyna sambil senyuman manisnya yang mampu mengegarkan jantung milik Khai.

"Terima kasih,kakak." Ucap Ali perlahan. Alyna hanya mengangguk.

"Kakak yakin adik. Mama pasti akan pertahankan impian kita berdua. Dia tak akan biarkan ayah musnahkan impian kita macam tu saja." Alyna memujuk Ali. Pantas batang tubuh Alyna dipeluk Ali. Alyna juga turut membalas pelukan Ali.

"Guys,so sweet!!" Puji Moon saat melihat aksi kembar ini. Ketika itu dapat dilihat dengan jelas ada orang yang sedang memandang dengan perasaan yang penuh cemburu. Siapa lagi jika bukan Alicia dan Khai.

"Sudah tu sweet twins korang. Sekarang ni kita memang dah kesuntukan masa. Apa yang perlu kita buat??" Suara Nabila mengembalikan suasana kembali kepada keadaan normal.

"Aku ada satu idea. Mungkin ini agak klise tapi kita dah tak ada masa untuk fikirkan idea yang lebih baik." Kata Zass memberi cadangan. Mereka berkumpul membuat bulatan bagi mendengar idea Zass. Bagus atau tidak idea itu ianya harus mendapat persetujuan daripada semua orang dahulu.

"Bagus juga idea kau ni,Zass. Aku setuju." Sokong Jet.

"Aku pun setuju." Sambut Roza.

"Disebabkan kita dah kesuntukan masa,baik. Aku setuju." Sambung Alicia dan Moon serentak.

Disebabkan cadangan Zass sudah mendapat persetujuan daripada semua pihak,segera mereka menbuat latihan. Tempoh masa yang tinggal selama lebih kurang tiga minggu itu memang digunakan sebaik mungkin oleh mereka. Segala persiapan pentas dan para penari,pemusik dan juga pelakon diperiksa dan dipastikan berada dalam keadaan yang baik.

Northwind High School: The Birth Of The New GroupWhere stories live. Discover now