Northwind High School-3

444 33 2
                                    

Jam menunjukkan tepat 6 petang. Waktu makam malam sudah tiba. Semua penghuni asrama mula keluar dari bilik mereka masing masing dan berjalan menuju ke dewan makan.

Ali sedang asyik bermain permainan video dalam telefon pintarnya di atas katil tiba sahaja terkejut saat menerima satu mesej mengejut daripada kakaknya yang berada di asrama perempuan ataupun lebih dikenali sebagai 'princess room'.

'Adik,cepat turun dining hall! Kakak ada something nak tunjuk dan adik mesti tak akan percaya benda ni.'

Berkerut kening Ali ketika membaca mesej yang baru diterima daripada kakak kembarnya ini. Tidak faham aoa yang ingin dimaksudkan oleh kakaknya itu. Belum sempat dia bertanya,satu mesej baru masuk lagi.

'Jangan banyak tanya,turun je dining hall cepat! Nanti adik akan faham apa yang kakak cuba maksudkan.'

Ali menghela nafas berat. Kakak aku macam memaksa je. Fikirnya sendiri. Baru saja dia hendak turun dari katilnya,dia sudah ditegur oleh Khai.

"Wei,Ali! Jom pergi dining hall. Dah masuk waktu makan ni." Pelawa Khai. Ali hanya mengangguk sambil dia turun dari katilnya. Mereka keluar dari bilik dan berjalan menuju ke dining hall.

Sewaktu dalam perjalanan menuju ke dining hall, mata Ali tertumpu pada sekumpulan gadis yang berjalan bersama Alyna juga menuju ke dining hall. Salah seorang dari gadis itu cukup Ali kenali namun ingatannya agak samar samar terhadap gadis itu.

"Wei,Khai! Kau kenal tak siapa budak budak perempuan tu?" Tanya Ali sambil berbisik ke telinga Khai. Khai memandang ke arah yang ditunjuk oleh Ali.

"Aku pun tak tahu. Tapi aku rasa diorang tu mungkin bakal jadi satu kelas dengan kita kot." Duga Khai.

"Apasal pula?"

"Sebab di high school ni bagi setiap gred akan dibhagikan kepada beberapa kelas. Paling banyak pun dalam empat ke lima kelas. Itu pun berdasarkan kepada bilangan pelajar yang mendaftar pada musim tu." Jelas Khai. Ali hanya mengangguk tanda mengerti.

"Aku jangka tahun ni juga gred kita akan dibahagikan kepada empat kelas keseluruhannya." Sambung Khai.

"Macam mana nak tahu kita satu kelas?" Persoalan Ali tadi membuatkan Khai tersenyum sendiri. Dia memandang Ali yang masih tertanya tanya.

"Kelas akan ditentukan dengan mengikut bilik. Rakan bilik kau tu akan jadi kawan sekelas kau." Selamba Khai menjawab. Dia terus melangkah meninggalkan Ali yang masih keliru dibelakangnya. Ketika Ali masih dalam kekeliruannya. Dia terasa bahawa ada seseorang sedang menarik tangannya.

"Kakak? Kenapa ni main tarik tarik?" Tanya Ali terkejut dengan kehadiran Alyna.

"Itu tak penting. Yang penting sekarang ni kakak nak tanya,adik dah jumpa Alicia?" Alyna mengajukan soalan.

"Alicia? Dah bertahun adik tak jumpa dia. Apa yang kakak mengarut ni. Adik tengah lapar ni."

"Masuk dining hall nanti,adik jangan terkejut pula kalau tiba tiba ada orang tegur adik." Pesan Alyna sambil dia berjalan meninggalkan Ali lalu masuk kedalam dewan makan. Ali mengabaikan kata kata Alyna tadi lalu terus masuk kedalam dewan makan bagi mengisi perutnya. Setelah mendapatkan makanan yang telah disediakan,dia mengambil tempat kosong bersama Khai dengan rakan sebilik mereka yang lain.

Suasana di dalam dewan makan itu sungguh sunyi sepi tanpa bunyi perbualan. Hanya kedengaran bunyi pinggan dan sudu yang saling berlaga antara satu sama lain. Masing masing sibuk menjamah makanan masing masing.

"Assalamualaikum,Ali." Sapa seseorang membuatkan Ali menoleh ke sisi. Terlihat seorang gadis bertudung bawal dengan cekak rambut diatas kepalanya sedang menegur Ali ketika mereka bertembung untuk meletakkan pinggan dan cawan kotor di tempat yang disediakan.

Northwind High School: The Birth Of The New GroupWhere stories live. Discover now