Northwind High School-7

381 27 4
                                    

Suasana aman di Northwind High School. Sesi pembelajaran berjalan dengan lancar dan aman. Namun tidak bagi pelajar gred tujuh kelas 1-3A. Suasana riuh dengan pergaduhan penghuni kelas itu sehingga membuatkan keadaan dalam kelas itu huru hara. Jika dipandang sekali,jelas kelihatan seperti kesan peperangan.

"Hey! Apa yang sedang berlaku disini??" Tanya Puan Fiona merangkap guru kelas 1-3A. Terkejut dia apabila melihat kelas yang tonggang langgang bagaikan kapal karam. Susun atur meja dan kerusi dalam kelas itu juga tidak teratur. Dia memegang dahinya sambil menggeleng kepala.

"Baiklah,mari kita kemas semula kelas ni seperti biasa." Ujar Puan Fiona memberi arahan kepada anak anak muridnya ini. Walau pun dengan hati yang berat,namun mereka terpaksa akur. Masing masing bekerjasama mengemas semula kelas agar menjadi seperti sedia kala.

Fuh!

Keluhan lega dilepaskan. Masing masing duduk di tempat bagi menghilangkan penat setelah dua jam mengemas kelas yang mereka sendiri sepahkan. Memang memenatkan kerana mereka terpaksa kemas semuanya. Semuanya guys!

"Baiklah semua. Cikgu ada satu pengunguman yang sangat penting. Untuk pesta musim bunga tahun ini sekolah kita akan menganjurkan satu persembahan musikal bagi permulaan tahun baru persekolahan di pusat bandar tiga bulan lagi."

14 pasang mata membukat saat mendengar pengunguman itu terutama sekali Jet,Roza,Khai dan Alyna. Namun bagi yang lain,mereka hanya beriak biasa saja.

"Itu akan jadi satu permulaan bagi aktiviti tahunan kelab musikal dan tarian." Ujar Roza.

"Nampaknya pesta ni akan membuatkan kedua dua kelab itu bekerjasama." Sambung Alyna lagi.

Namun kata kata itu tidak bagi Puan Fiona. Dia telah mengaturkan satu rancangan yang lebih baik daripada apa yang difikirkan oleh remaja remaja ini.

"Memang kelab musikal dan tarian akan menjadi sangat sibuk untuk pesta itu,tapi tidak untuk tahun ini kerana watak utama bagi pesta yang akan dikendalikan oleh cikgu sendiri,cikgu mahu kamu semua terlibat sekali."

Kata kata Puan Fiona itu membuatkan mereka semakin terkejut. Tidak mereka percaya bahawa mereka akan terlibat dalam pesta itu.

"Tapi,pemilihan pasukan baru kelab bola keranjang akan bermula tidak lama lagi. Saya dan Ali tidak mahu terlepas peluang." Kata Rudy memberi alasan. Dia tidak mahu terlibat!

"Saya juga ada projek yang hebat untuk kelab nanti." Sambung Zass cuba membantah.

Puan Fiona hanya menggeleng kepala. Menunjukkan bahawa seluruh ahli dalam kelasnya harus terlibat dalam projek besar itu tiga bulan lagi. Mereka hanya mengeluh pasrah.

Meja bulat didalam common room menjadi tempat utama perbincangan mereka. Tempat yang selalu mereka lepak dan sesekali menjadi medan pertempuran sekiranya berlaku salah faham antara mereka.

"Puan Fiona kata,plot dan jalan cerita kita sendiri yang aturkan. Cara mengolahan seni musik juga akan diaturkan oleh kita. Dia cuma akan komen apa yang kurang dan apa yang perlu ditambah baik sahaja." Alyna memulakan perbincangan mereka.

"Baik,hari ni kita akan bincangkan tentang jalan cerita dan juga plot. Sesiapa ada idea?"

"Kita buat tentang bola keranjang! Semua orang sukakan bola keranjang. Musik rancak dan mendebarkan akan menambahbaik lagi seni persembahan itu nanti." Cadang Ali.

"Okey,aku setuju!" Sokong Rudy.

"Tidak!!" Yang lain membantah serentak. Ali dan Rudy memandang kearah manusia yang membantah cadangan itu.

"Apasal pula kau bantah! Habis? Cerita macam mana yang kita nak buat?" Tanya Rudy sinis.

"Kita buat tema tarian dan koreografi." Jet bersuara.

"Aku sokong!" Roza menyokong cadangan itu. Jet tersipu malu kerana Roza menyokong cadangannya.

"Tidak!!!" Sekali lagi cadangan dibantah.

Maka,disitulah bermulanya pergaduhan sekali lagi yang kenbuatkan bilik perbincangan itu yang tadinya aman kini riuh dengan suara manusia bertengkar. Ada yang dengan keras kepalanya,ada yang dengan egonya. Macam macam dibuatnya.

"PERHATIAN KEPADA SHARIFAH NUR SYAZLYNA BINTI DATO' SYED GHAZALI, ANDA DIMINTA BERADA DIBILIK TETAMU SEKARANG. ADA SESEORANG INGIN BERJUMPA KAMU!!"

Bunyi penguguman itu menghentikan seketika pergaduhan itu lalu mereja memandang ke arah Alyna yang juga turut terkejut dengan penguguman tadi.

"Siapa yang nak jumpa kakak?" Tanya Ali. Alyna hanya mengangkat bahunya lalu dia berjalan keluar dari common room itu dan menuju ke bilik tetamu yang hanya beberapa meter sahaja daripada common room.

▫▫▫

"Tak nak! Alynn tak nak tukar kelab!! Alynn suka kelab musik!!" Bantah Alyna saat mendengar permintaan daripada ayahnya,Dato' Ghazali.

"Alynn,dengar cakap ayah. Kalau Alynn lulus gred tujuh sampai sepuluh dengan cemerlang,ayah akan daftarkan Alynn ke high school yang lebih baik di luar negara. Alynn akan berjaya supaya boleh teruskan syarikat keluarga kita." Dato' Ghazali memujuk.

"Alynn tak nak tukar sekolah ayah!! Alynn nak habiskan sampai gred 12 di sini. Northwind High School! Dan...Alynn akan terus berada dalam kelab musik dan itu keputusan Alynn." Bantah Alynn tegas. Dia nekad dengan keputusannya.

"Kalau begitu,kamu mahu berpisah dengan Ali?" Duga Dato' Ghazali. Alyna terpana! Apa yang ayahnya baru saja katakan ini? Adakah ayahnya mengungut mahu pisahkan dia dengan adik kembarnya sendiri?

"Kamu akan berada di sini sampai akhir musim bunga. Dan..selepas itu ayah akan pindahkan kamu ke South High School. Muktamat!!" Ujar Dato' Ghazali lalu dia beredar keluar dari bilik tetamu itu. Alyna masih kaku di bilik itu. Mindanya masih berusaha mencerna kata kata akhir dari ayahnya tadi.

Hujung musim bunga! Maknanya sehingga hujung bulan mei! Dia masih ada tempoh dua bulan lagi! Tapi...apa yang harus dia lakukan bagi mengubah fikiran ayahnya?


Bersambung...

Sorry hambar guys. Sebab kurang idea hari ni.

Alynn sure akan pindah sekolah ke? Atau ada sesuatu yang akan jadi bagi mengubah fikiran Dato' Ghazali??

Apakah impian 14 orang remaja ini??

Tunggu next chapter kalau nak tahu jawapan.

Northwind High School: The Birth Of The New GroupWhere stories live. Discover now