Alyna PoV
Aku duduk termenung dimeja belajar yang ada di dalam bilik prep ini. Bilik prep yang bising ini tidak menguguat aku untuk terus mengelamun jauh. Fikiranku melayang memikirkan kata kata ayah siang tadi.
Apa sebenarnya yang ayah inginkan?
Apa motif sebenar ayah hantar aku belajar disini?
Apa sebenarnya yang ayah inginkan aku jadi?
"Oit,Alynn!!" Lamunan ku mati ketika bahuku ditepuk kasar oleh Nabila. Aku memandang ke arahnya yang sedang menunjuk kepadaku sebuah buku latihan musik.
"Disebabkan kau pandai main alat musik,mesti kau pandai baca nota ni." Kata Nabila. Jarinya menunjukkan kearah nota nota musik yang ada di dalam buku notanya. Aku mengukir senyuman. Dia ni seperti tahu saja yang hati aku tengah resah sekarang. Aku perlukan ketenagan ni dengan bermain musik.
"Senang je nak main nota musik ni. Ianya menunjukkan kepada tempo rendah. Maksudnya irama muzik yang dimainkan itu harusnya rendah dan bukannya tinggi atau mendatar." Terang aku teruja.
"Bumyinya macam menarik! Cuba kau mainkan satu lagu dengan nota musik ni." Minta Moon yang dalam diam dia juga mendengar penerangan aku.
Aku mengukir senyuman.
"Boleh saja. Tapi...saya tak bawa seruling saya atau apa apa jenis alat muzik." Jujur aku. Ya! Ditangan aku sekarang memang tiada sebarang jenis alat muzik bagi aku memainkan irama yang diminta oleh Moon dan juga Nabila tadi.
"Aku rasa saya ada jalan penyelesaiannya." Ujar Iman sambil memberikan aku sebuah bekas penyimpanan alat musik. Aku menyambut bekas itu lalu aku letakkannya pada meja aku. Bekas itu aku buka. Aku terkejut!
"Iman? Macam mana viola ni boleh ada dengan awak?" Aku bertanya kurang jelas. Maklumlah bagaimana Iman yang dari kelab seni pertahanan diri boleh ada viola?? Iman tertawa lepas.
"Lepas makan malam tadi,sebelum ke surau saya ada terserempak dengan cik Farhana dan dia minta saya berikan viola ni kepada salah seorang ahli kelab musik untuk periksanya sama ada ianya baik atau tak. Saya tak sempat nak berikannya pada awak lagi." Jelas Iman panjang lebar.
Aku hanya mengangguk faham. Temanku yang lain juga faham mengapa viola ini boleh ada ditangan Iman. Aku mengeluarkan viola itu dari bekasnya dan mula periksa. Aku tersenyum.
"Nampaknya viola ni baik saja. Tak ada yang rosak dan bunyi pada talinya masih baik. Viola ni dalam keadaan yang baik." Ujar Aku menerangkan kepada mereka. Maklumlah,hanya aku saja dari kalangan kami bertujuh yang dari kelab musik.
Alicia lebih memilih kelab sains dan teknologi. Bila ada masa lapang,dia juga akan berlatih seni pertahanan diri dengan Iman.
Iman,dia menyertai kelab seni pertahanan diri. Yang mengejutkan ialah,hanya dia saja kaum perempuan dari kelab itu. Memang mengejutkan!!
Roza pula menyertai kelab tarian. Dari hari pertama aku tiba di high school lagi aku sudah jangka yang Roza ni pandai menari. Tak sangka sangkaan aku tepat.
Mika pula lebih menyertai kelab kemanusiaan. Dia kata ada kisah disebalik semua itu yang aku sendiri tidak tahu. Biarlah,mungkin satu hari nanti dia akan kongsikan.
Nabila pula sertai kelab perundangan. Katanya dia sangat meminati bidang undang undang. Hanya sekadar suka suka kerana dia dari kecil sudah diketengahkan tentang bidang perundangan itu sendiri.
Moon pula lebih meminati bidang perubatan. Tapi aku lihat Moon sangat menyukai binantang. Aku yakin satu hari nanti pasti Moon boleh menjadi doktor haiwan yang snagat hebat.
YOU ARE READING
Northwind High School: The Birth Of The New Group
Teen FictionMengisahkan tentang kehidupan sebagai seorang pelajar yang penuh dengan rintangan dan cabaran. Northwind High School atau singkatannya NHS adalah sebuah sekolah yang terletak pada arah angin utama di bandar Cyberaya. Bukan mudah untuk mencapai matla...