Northwind High School-5

370 32 8
                                    

Kelas 1-3A

Terlihat tujuh orang gadis sedang membuat kerja masing masing. Bunyi derapan tapak kaki membuatkan merekanmasing masing memandang kearah pintu. Mahu melihat siapa lagi bakal menjadi teman sekelas mereka.

"Korang??!!" Seakan tidak percaya tujuh jejaka ini saat melihat tujuh orang gadis yang diganggu mereka semalam bakal menjadi rakan sekelas mereka. Tujuh gadus ini juga dengan riak terkejut namun masih boleh membuat muka tenang. Lebih mudah nak buat 'tugasan' mereka.

"Boleh percaya tak,kita sekelas dengan tujuh troublemakers ni." Ujar Roza sambil dia menjeling tepat kearah tujuh lelaki yang sudah mengambil tempat duduk mereka.

"Korang ingat,kita orang nak sangat ke masuk kelas ni? Dah kelas ni ada yang masih tiada pelajar lelaki. Yang lain semua dah penuh!!" Balas Bulat menyindir Mika.

"Kau ni memang nak kena dengan aku..."

"Kau nak buat apa? Kau ingat kau tu tomboi aku takut? Kau tu still perempuan." Sekali lagi Bulat membalas bersama senyuman sinisnya. Iman dan Alyna pantas menahan Mika yang hampir saja menumbuk muka Bulat. Alyna membisikkan sesuatu ke telinga Mika sebelum dia mula bertenang.

"Kalau awak marah sekarang,rosak rancangan kita nak kenakan mereka. Sabar dulu,ya? Sikit lagi." Pujuk Alyna perlahan. Mika menarik nafas lalu dihembuskannya perlahan. Dia duduk di mekanya kembali.

Bulat pula tersenyum sinis kepada Mika sambil dia bertepuk tangan dengan enam lelaki lain yang turut memandang aksi mereka. Kelas kembali tenang.

Dalam suasana tenang itu,tujuh orang pelajar lelaki itu terlihat begitu asyik mengusik pelajar perempuan di dalam kelas mereka. Ada kalanya mereka tertawa terbahak bahak kerana dapat mengusik mereka.

Ali membaling bola kertas tepat ke kepala Alicia.

Rudy pula sempat menahan kaki Iman ketika dia sedang berjalan sehingga membuatkan gadis itu terjatuh.

Jet tidak habis habis mencuit bahu Roza yang berada dihadapannya.

Khai pula sibuk merenung Alyna sehingga membuatkan gadis itu merah mukanya.

Bulat tidak henti henti mencari pasal dengan Mika.

Chris berlari mengelilingi Nabila sementara menghalang langkah gadis itu supaya tidak dapat bergerak.

Zass yang tinggi bagaikan galah itu mengusik Moon dengan meletakkan barang barangnya ditempat yang tinggi agar gadis pendek itu sukar mencapainya.

Tujuh gadis yang diusik ini cuba menahan marah mereka. Jika diikutkan hati,memang tidak mamou bersabar. Namun demi menjayakan rancangan yang sudah diatur rapi oleh Alicia semalam membuatkan mereka tetap bersabar.

Flashback..

Lampu bilik sudah mulai gelap. Waktu light off. Namun tujuh orang gadis ini masih belum dapat melelapkan mata mereka. Salah seorang daripadanya bangkit dari baringannya.

"Alicia,apa plan kau tadi? Cepatlah bagi tahu,aku tak sabar nak kenakan tujuh orang budak lelaki tu." Roza yang teruja menumbuk tapak tangannya. Peristiwa bahawa selipar mereka dicuri itu masih teringat di minda mereka.

Alicia yang baring di latilnya turut bangun. Dia turun dari katil lalu duduk di tengah tengah bilik itu. Cekak rambut ditangannya dipakai lalu rambut yang kini sudah panjang paras bahu itu dibelai.

"Marilah,aku bagi tahu korang plan aku. Kali ni pasti diorang akan terkena punya." Ujar Alicia. Enam orang gadis ini turut sama duduk di tengah tengah bilik. Alicia mula menerangkan rancangannya kepada yang lain.

Mata mereka saling berpandangan. Senyuman sinis terukir secara spontan di bibir mereka. Bagus juga idea budak Alicia ni.

"Gempak idea kau,Alicia! Aku suka." Kata Nabila menyokong rancangan Alicia itu.

"Betul tu. Aku tak sabar nak tengok muka budak bertujuh tu nanti." Ujar Moon yang sudah tidak sabar mahu membalas perbuatan tujuh budak lelaki kepada mereka.

End flashback

Kring!!!

Waktu persekolahan kini berakhir. Alicia memandang kearah enam orang temannya yang yang memandang ke arahnya. Mereka bermain isyarat sedia yang membawa maksud bersedia. Dengan pantas mereka bergegas keluar dari kelas.

Para lelaki yang melihat gadis bergegas keluar dari kelas itu saling berpandangan. Mereka mengangkat bahu tanda tidak tahu. Membiarkan saja perangai budak perempuan itu. Dah nama pun perempuan susah nak faham.

Apabila menyedari bahawa seluruh kelas sudah kosong,Roza mengangkat ibu jarinya ke udara. Mereka mengeluarkan 'barang' yang sudah dibeli di koperasi sekolah waktu rehat tadi. Operasi 'perang' mula dijalankan.

"Korang tak nak balik asram ke?" Tanya Khai saat melihat rakan rakannya sepertinya tiada gaya mahu keluar dari kelas. Sedangkan waktu persekolahan sudah lama berakhir. Ali memandang ke arah jam ditangannya. Dia bangun dari duduknya.

"Dah lambat ni. Aku rasa baik kita balik. Nanti kalau Encik Rizal cari kita macam mana?" Ujar Ali yang kedengaran sedikit risau. Enam orang lelaki ini mengangguk setuju. Mereka berjalan keluar dari kelas.

"Ready,diorang on the way."  Moon yang mengawasi keberadaan tujuh jejaka itu memberi isyarat kepada kawan kawannya. Mereka bersiap sedia. Masa untuk berperang!

Jet melangkah mendahului mereka berjalan dihadapan. Ketika itu Chris berada disampingnya. Masing masing berjalan tanpa menghiraukan kawasan sekeliling. Mereka sibuk berbual antara satu sama lain.

Dalam keadaan leka itu,Iman dan Alicia yang bersembunyi dicelah lorong sambil memegang seutas tali halus,melihat kedatangan 'musuh' mereka. Tali halus yang dipegang mereka ditegangkan. Jet dan Chris yang terlanggar tali itu terjatuh diikuti oleh lima lelaki yang lain.

Tanpa mereka sedar,dihadapan mereka terdapat tujuh buah sketboard dan mereka jatuh diatasnya menyebabkan mereka dibawa oleh sketboard itu secara rawak. Dihadapan mereka terdapat Roza dan Mika yang sidah bersedia dengan berbungkus bungkus tepung lalu mengenai tepat ke muka tujuh lelaki itu.

Sketboard itu berhenti dan menghempap dinding. Habis mereka tersadai ditepi dinding banggunan sekolah. Nabila dan Moon menarik tali yang terselindung dicelah celah loket lalu terkeluar air campuran sirap dari syiling dan mengenai tepat ke atas kepala tujuh lelaki ini.

Belum habis dengan itu lagi,Alyna dari jauh meniup serulingnya lalu memainkan bunyi yang agak menyeramkan. Ketika itu, suasana di kaki lima banggunan sekolah itu agak sunyi. Meremang bulu roma tujuh jejaka ini.

Bunyi seruling itu semakin kuat dan semakin menghampiri mereka. Mata terpandang kearah sebuah lorong gelap,mereka terlihat terdapat satu bayang bayang yang agak kabur. Bunyi seruling itu semakin kuat.

"Arghhhh!!!!" Jerit tujuh lelaki ini lalu mereka mengangkat kaki lalu berlari pulang ke asrama. Tidak lagi dihiraukan badan mereka yang sudah dipenuhi tepung dan campuran sirap. Apa yang mereka fikir sekarang ni hanyalah mahu selamatkan diri dari bayang bayang itu.

Apabila kelibat tujuh orang lelaki itu sudah tiada,tujuh orang gadis ini keluar dari temlat persembunyian mereka dan saling bertepuk tangan bersama. Tawa yang mereka tahan dari tadi akhirnya keluar juga.

"Padan muka! Puas hati aku dapat kenakan diorang." Ujar Moon dengan hati yang puas.

"Tak sia sia aku pinjam sketboard ni dari bilik sukan. Seronok betul." Ujar Mika penuh bangga.

"Nasib kita ada kau yang boleh main instrumetal,Alynn." Puji Roza sambil menepuk bahu Alyna yang masih memegang seruling yang dipinjam dari bilik musik. Masih tidak habis lagi gelak tawa mereka dengan tingkah tujuh lelaki tadi. Mereka berjalan pulang ke asrama dengan penuh bangga.






Bersambung......

Northwind High School: The Birth Of The New GroupWhere stories live. Discover now