Para pelajar membuat hal masing masing di surau. Ada yang sedang melepak,ada yang sedang beramal mengumpul pahala. Ada yang tidur dan pelbagai lagi aktiviti yang dibuatnya. Waktu antara maghrib dan isyak ini biasanya mereka akan adakan aktiviti kerohanian bagi pelajar muslim,namu hari ini nampaknya mereka sepertinya free.
"Wei,aku boringlah." Kata Jet yang sedang bersandar pada tiang surau. Dihadapannya terdapat lima orang lelaki yang juga turut sama melepak bersamanya. Matanya tertumpu ke arah seorang lelaki yang sibuk mengendap endap pada tingkap dibahagian perempuan.
"Woi,Ali! Apa kau buat tu? Kau mengintai ya." Tegur Jet mengejut membuatkan Ali yang sedang memanjat tingkap itu jatuh terduduk.
"Kau ni,Jet! Terkejut aku!" Marah Ali sambil mengusap punggungnya yang terhempas dilantai surau.
"Kau buat apa mengintai budak perempuan. Kalau Encik Rizal nampak nanti mampus kita." Kata Rudy yang juga menyokong Jet.
"Aku bukan mengintai orang lain,kakak aku juga. Waktu waktu macam ni biasanya dia akan tidur sementara tunggu waktu isyak. Waktu macam ni yang seronok nak kacau dia." Beritahu Ali sambil menahan tawanya.
Enam lelaki ini saling berpandangan lalu mereka juga turut tersenyum penuh makna. Bukan selalu mereka buat kerja kerja mengusik macam ni. Mula timbul satu rancangan pada otak Chris.
"Aku ada idea yang lagi gempak! Tapi benda ni kita buat lepas isyak." Kata Chris.
"Apa dia?" Tanya Zass yang juga ingin tahu. Chris tersenyum penuh makna sambil mengarahkan enam lelaki lagi menghampirinya lalu mereka membuat bulatan bersama. Chirs mula memberitahu mereka rancangannya.
Enam lelaki lagi saling berpandangan lalu mereka juga turut sama tersenyum bagaikan tanduk syaitan sudah keluar dari kepala masing masing. Ketawa jahat mula kedengaran di bibir mereka.
▫▫▫
Semua pelajar sudah berjalan pulang ke asrama. Waktu begini mereka lebih suka melepak di dalam bilik memandangkan persekolahan masih belum bermula lagi. Waktu prep diadakan pada masa kini oleh kerana persekolahan bakal bermula pada esok hari.
Walaupun ramai pelajar yang sudah berpusu pusu kembali ke asrama,namun terdapat tujuh orang gadis yang masih belum nampak seperti mahu tinggalkan surau itu. Tidak perlu risau,kerana waktu light off di asrama ialah jam 11 malam. Kini barulah jam 9 malam. Masih ada dua jam lagi sebelum waktu light off.
Pada waktu seperti ini,terdapat tujuh orang lelaki yang sedang berjalan perlahan menuju ke pintu keluar surau. Di depan mata mereka terdapat tujuh pasang selipar di rak kasut. Mereka saling berpandangan lalu mereka tertawa penuh makna.
Pantas tangan mereka mencapai tujuh pasang kasut itu lalu mereka melarikan diri daripada situ. Sementara Khai dan Bulat berdiri di kotak utama elektrik surau tersebut.
"Kau rasa mana satu yang betul?" Tanya Khai sambil berfikir sebelum bertindak. Bulat mengangkat bahunya tanda tidak tahu.
"Tekan je mana mana. Sama je." Selamba Bulat berkata sambil tangannya pantas memegang salah satu daripada picu suis kotak utama elektrik itu. Terus sahaja suis elektrik di surau itu terpadam. Seluruhnya! Makanya terdengar bunyi gadis yang menjerit terkejut.
Khai dan Bulat saling berpandangan lalu mereka saling bertampar tangan. Khai dan Bukat memandang ke arah pintu utama bahagian lelaki,mereka menunjukkan ibu jari kepada lelaki yang sedang menanti isyarat daripada mereka berdua.
YOU ARE READING
Northwind High School: The Birth Of The New Group
Teen FictionMengisahkan tentang kehidupan sebagai seorang pelajar yang penuh dengan rintangan dan cabaran. Northwind High School atau singkatannya NHS adalah sebuah sekolah yang terletak pada arah angin utama di bandar Cyberaya. Bukan mudah untuk mencapai matla...