Bab 2

34 5 0
                                    

SYAMZI AMEER terpana melihat wajah yang dirinduinya berada di depan mata. Dari kejauhan dia melihat wanita yang dirinduinya melangkah masuk seiringan dengan pelajarnya. Dadanya terasa sebak. Hatinya terasa pedih. Sakit menahan kerinduan yang begitu mendalam. Rindunya dia pada wanita ini. Dan hari ni, mereka bertemu di sini.

Sejak menerima berita akan kedatangan wanita ini ke China ke univesiti ini, dia segera meminta wanita ini hadir ke bangunan ini semata-mata untuk segera bertemu dengannya. Hanya kerana dia sudah tidak sabar untuk bertemu wanita ini. Betapa dia merindui wanita ini. Setahun perpisahan amat menyeksakan hatinya. Kesibukan yang melanda mereka berdua membuatkan masing-masing menahan rindu ini.

Sorry to interupt... may I excuse for a moment?” Syamzi yang masih dalam perbualan dengan dua orang lelaki di hadapannya meminta izin untuk berundur diri. Dan dua lelaki di hadapannya sedikit kaget dengan permintaan dari Prof. Shen.

Tanpa menunggu jawapan dari mereka, Syamzi segera meninggalkan dua lelaki yang berbual dengannya tadi dan segera mengatur langkah ke arah wanita yang dirinduinya. Dia melemparkan sebuah senyuman dan mengangguk sedikit buat Hua Wu Xie tanda terima kasih kerana menjemput wanita kesayangannya. Tanpa rasa segan silu, wanita di sebelah Hua Wu Xie dipeluknya erat.

Ini ialah Syamzi Ameer a

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ini ialah Syamzi Ameer a.k.a Shen Wei, juga dikenali Prof. Shen.

“Reen...” bisik Syamzi. Dia mengeratkan pelukannya terhadap Dareena.

Dan Dareena terpana di dalam pelukan erat Syamzi. Wajahnya merona merah apabila memikirkan keadaan sekeliling. Semakin hangat wajahnya apabila mendengar suara desas-desus dari sekeliling yang bercakap tentang mereka dan juga tindakan Syamzi yang memeluk dirinya. Bahkan, ada juga desas-desus yang kurang menyenangkan yang bertanya akan siapakah dirinya dengan berpakaian lain dari yang lain di situ. 

Tidak puas dengan pelukan, sebuah kucupan singgah di dahinya membuatkan wajah Dareena semakin bertambah merah. Terasa telinganya di sebalik tudungnya juga merona merah kerana dikucup oleh Syamzi di hadapan orang lain di sekelilingnya. Dareena terdiam seketika.

Namun, fikirannya masih waras untuk menentukan baik dan buruknya keadaan pada ketika itu. Dareena menolak lembut tubuh lelaki yang sedang memeluknya. Benar, dia juga merindui lelaki itu. Tetapi, keadaan sekeliling mungkin tidak sesuai untuk mereka melepaskan kerinduan mereka.

Syamzi tidak mengeras. Dia tersedar dari kesilapannya. Dia membisikkan kata maaf kerana terlanjur tindakan. Emosinya yang telah melebihi kewasaran ketika itu membuatkannya tidak sedar akan tindakannya sebentar tadi. Dan ketika itu, barulah dia tersedar akan keadaan sekelilingnya. Semua mata sedang memandang ke arah mereka, terutamanya lelaki yang berada tidak jauh darinya.

Dia tahu pasti mereka terutamanya lelaki itu tertanya-tanya akan siapakah wanita yang dipeluknya sebentar tadi. Dan lelaki itu datang mendekati. Wajahnya agak berkerut dan agak tersinggung dengan tindakan Syamzi sebentar tadi. Syamzi memandang seketika wajah lelaki itu dan kemudian memandang Dareena, dan akhirnya kembali memandang lelaki yang berdiri di hadapannya ketika itu.

Mencari cintaWhere stories live. Discover now