Bab 11

10 3 0
                                    

Seminggu berlalu pergi dengan pelbagai kenangan dalam hidup Dareena dan Syamzi. Percutian Dareena di Beijing bersama suami tercinta dan juga sesekali bersama keluarga ibunya Syamzi begitu bermakna. Dareena sangat gembira mengenali keluarga barunya itu lebih-lebih lagi apabila mengenali Li Qian dan Wu Xie. Kedua-duanya merupakan ipar duai yang sangat baik dan mesra.

Sepanjang di Beijing, Dareena telah dibawa ke banyak tempat menarik dan cantik. Juga bermakna. Bukan sahaja ipar duai dan ibu mertuanya yang membawa dia mengelilingi Beijing, malah Zhao Yunlan juga menjadi peneman yang setia buat Dareena dan Syamzi di kala lelaki itu tiada kes di balai polis. Namun, percutian Dareena berakhir jua setelah seminggu lebih di Beijing tidak termasuk hari-harinya di seminar. Kini dia terpaksa berpisah dari suaminya untuk pulang ke tanah air.

Syamzi menghantar Dareena ke lapangan terbang bersama keluarga ibu Shen Li. Ketiga wanita itu menangis sesama mereka mengenangkan perpisahan ini yang entah bila akan bertemu lagi. Usai bersalaman dengan ibu Shen Li and Li Qian, Dareena mendapatkan suami tercinta. Menyalami tangan suaminya untuk pemergiannya pulang ke tanah air. Syamzi menghadiahkan satu kucupan keramat buat isteri tercinta di dahi Dareena.

''Jangan lupa sampaikan salam abang pada umi dan walid, ya? Juga pada ibu ayah Reen,'' Syamzi mengingatkan.

Dareena mengangguk sambil mengesat air matanya yang masih bercucuran menuruni pipi gebunya, membuatkan Syamzi tersenyum manis.

''Dah ni kenapa pula asyik menangis saja? Bukannya Reen tak biasa berpisah dari abang, kan?'' Syamzi mengusik sambil mengesat air mata isterinya.

''Abang, Reen pasti rindukan abang di Malaysia nanti,'' Dareena merengek manja dan Syamzi tergelak kecil.

''Rindu apa, sayang? Rindu nak tidur di celah ketiak abang, ya?'' Syamzi mengusik lagi dan yang lainnya tergelak mendengar usikan dari Syamzi.

''Abang ni!'' marah Dareena mendengarkan usikan itu.

Syamzi tergelak kecil dan dia menarik Dareena ke dalam dakapannya. Dia mengucup lagi ubun-ubun Dareena yang berlapik dengan tudung shawl berbelit-belit itu.

''Reen, nanti kalau rindu abang, directly call me, okay? Anytime, Reen! Abang pasti akan angkat panggilan sayang. Abang juga akan merindui sayang nanti. Tapi sayang jangan bagi abang rindu sayang banyak-banyak tau. Abang takut nanti abang tak tahan nak tunggu di sini lama-lama untuk jumpa sayang. Sayang tahu abang masih ada kerja di sini, kan?'' Syamzi memujuk.

Dareena mengangguk faham. Dia menyeka air matanya dan tersenyum pada Syamzi.

''Abang duduk sini jaga diri elok-elok ya? Jaga iman abang, jaga agama abang. Reen di Malaysia nanti akan sentiasa doakan abang selamat di sini, selamat di dunia dan akhirat. Abang, doakan Reen juga ya?'' Dareena membalas dengan senyuman.

''Of course I will pray for you, my dear wife! And I will also pray for you to get pregnant on my child. Kalau tak silap abang, setiap malam abang usaha untuk buat sayang hamilkan anak abang sepanjang sayang di sini, kan?'' Syamzi masih mahu mengusik isterinya dan membuatkan wajah Dareena merona merah mendengar usikan yang ini.

''Abang ni, malulah Reen abang sebut pasal tu depan mereka,'' Dareena merengek manja lagi dan yang lain hanya tergelak melihat usikan Syamzi pada Dareena yang jarang mereka lihat sifat lembut dan mesra Syamzi sebenarnya sepanjang mereka mengenali Syamzi. Tapi dengan Dareena, Syamzi boleh menjadi lembut, mesra dan romantis yang teramat sangat.

''Kenapa nak malu pula? Abang hanya beritahu isteri abang dan mereka bukan orang lain pada Reen. Mertua dan ipar Reen juga. Lagipun, ma dan pa juga mahukan cucu dari kita, Reen,'' Syamzi menyatakan hasrat hatinya.

Mencari cintaWhere stories live. Discover now