Bab 3

22 5 0
                                    

HUA WU XIE tidak lekang bercerita itu dan ini pada Dareena berkenaan hubungannya dengan Prof. Shen. Dan Syamzi di kerusi sebelah hanya mendengar. Sesekali dia tersenyum dan tergelak dengan cerita dari Hua Wu Xie. Hua Wu Xie terasa sangat beruntung kerana dapat mengenali isteri Prof. Shen yang dikaguminya. Hua Wu Xie sangat mengagumi Prof. Shen kerana lelaki itu mampu mendapatkan profesor pada usia yang sangat muda untuk taraf profesor.

Dareena tidak menafikan kelebihan Hua Wu Xie yang mudah menjalinkan persahabatan. Mungkin sikap Hua Wu Xie yang mesra dan ramah memudahkan Dareena untuk berbual dengan lelaki ini. Sepanjang perjalanan ke rumah Syamzi, Dareena lebih banyak berbual dengan Hua Wu Xie berbanding dengan Syamzi. Syamzi di depannya sesekali menguap panjang. Mungkin suaminya sudah kepenatan dengan segala hal pada hari ni.

Melihatkan Dareena begitu senang berbual dengan Hua Wu Xie, Syamzi hanya membiarkan. Dia merasa lega akan kemesraan mereka berdua. Sesekali dia mencelah supaya Hua Wu Xie tidak terleka dari pemanduan. Dia tahu sudah lama Hua Wu Xie mahu mengenali Dareena sejak dia menceritakan kisah hidupnya pada pelajarnya yang satu ini. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia begitu senang dengan Hua Wu Xie. Dan kebanyakan cerita kisah hidupnya diketahui oleh Hua Wu Xie. Dan pelajarnya ini akan menyimpan rahsia itu seeratnya. Malah, cerita Zhao Yunlan juga diketahui oleh Hua Wu Xie.

Prof. Shen, what will happen to Chief Zhao and you after this? Do you think he will accept it willingly?” Pertanyaan tiba-tiba dari Hua Wu Xie menyegarkan kembali mata Syamzi yang baru terpejam.

Syamzi menoleh ke belakang. Dilihatnya Dareena di kerusi belakang turut memandangnya. Syamzi melepaskan satu keluhan panjang. Dia tahu keduanya mahukan jawapan, terutamanya Dareena.

He can accept it or not, it is up to him. I don't care of that. I just did what I should do. I just told him the truth. And also, it is for my sake and my religion. I can’t ignore it anymore. I think, if he knows my religion after this, he will understand it more than now,” Syamzi memberitahu isi hatinya.

Hua Wu Xie mengangguk-angguk kepalanya setuju.

But Prof. Shen, his face a while ago seemed like he can’t accept it. Like he is so desperate and frustrated...

Maybe he just confused with the news he got. Don’t worry, Wu Xie. I know him. Zhao Yunlan is a guy that can handle his feeling. He will accept it one day. Just give him a time to cool down his feeling,” Syamzi mencelah hujahan Hua Wu Xie dan mereka yang mendengar hanya mendiamkan diri.

Hua Wu Xie masih tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku. Dia tahu Zhao Yunlan telah lama meminati Prof. Shen tetapi Prof. Shen sentiasa mengelak dari Zhao Yunlan. Prof. Shen bertemu dengan Zhao Yunlan atas urusan kerja sebagai konsultasi sementara yang ditugaskan oleh pihak universiti. Pada mulanya Hua Wu Xie juga hairan kenapa Prof. Shen asyik mengelak sekiranya Zhao Yunlan datang bertemu atas urusan luar kerja.

Setelah mengetahui kebenarannya barulah Hua Wu Xie memahaminya. Hua Wu Xie juga tidak setuju akan hubungan sejenis. Bahkan, dia juga membantah. Hua Wu Xie tidak berapa suka akan Zhao Yunlan kerana perasaan lelaki itu terhadap pensyarahnya terlalu mendalam. Pada mulanya dia tidak perasan. Namun setelah hampir setahun Prof. Shen bekerjasama dan bersahabat dengan Zhao Yunlan, dia mula perasaan yang Zhao Yunlan seperti mengambil kesempatan dan mula memberi jalan ke arah hubungan seperti itu.

Malah, bukan sahaja dia yang perasan akan situasi itu, bahkan kebanyakan pelajar dan pensyarah di universiti itu turut perasan akan keadaan itu. Mungkin kerana sikap Zhao Yunlan yang terlalu berterus-terang dan cara dia melayan orang yang dia suka dan tidak suka sangat berbeza menyebabkan orang lain perasan akan keadaan itu.

Berita Zhao Yunlan menyukai Prof. Shen telah lama diketahui umum, tetapi hanya Zhao Yunlan yang tidak menyedari bahawa kebanyakan orang telah mengetahuinya, terutamanya Prof. Shen yang sudah lama mengetahuinya. Kerana itulah Prof. Shen asyik mengelak keluar dengan Zhao Yunlan jika bukan kerana hal kerja.

Mencari cintaWhere stories live. Discover now