BAB 12

4.2K 134 6
                                    

Keesokan hari, Adam pelik melihat perangai Haura. Dari malam semalam, dia perasan Haura diam sahaja, tidak banyak bercakap seperti sebelum ini. Aku sedar, mungkin dia masih tertekan dengan mulut-mulut yang sering menghinanya di office itu.
Aku turut simpati.

"Aku tahu, kau tengah stress sekarang ni! Aku nampak je, orang kutuk kau dekat office tu! Jangan ambil hati sangat lah!"ujar Adam tiba-tiba.

Haura mencebik. Geram sungguh dia, mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Adam itu. Menyakitkan hati!

"Kau memang sukakan, aku kena macam ni! Kena hina, kena maki, semua tu kan!"tengking Haura depan mukanya.

Adam terkejut dengan sikap Haura pagi ini. Sudah kenapa dengan budak ini? Meroyan ke?

"Hei! Kau sedar tak, kau bercakap dengan siapa ni? Aku ni suami kau tau! Hormat sikit!"bentak Adam senada.

Mendengar perkataan 'suami'. Dia langsung tersenyum sinis. Dengan apa yang dia buat pada aku sebelum ini, layak ke, dia dipanggil suami? Jangan mimpilah!

"Suami! Heh! Kau tu tak layak digelar suamilah, Adam! Perangai tak tentu arah! Suami ke, macam ni!"sindir Haura tepat.

Adam mula hilang sabar dengan perangainya.

"Kau jangan sampai, tangan aku ni hinggap dekat pipi kau! Baru kau nak menyesal!"ugut Adam sambil mengangkat sebelah tangannya untuk menampar Haura.

Seperti biasa, Haura tidak akan duduk diam.

"Tamparlah! Aku tak kisah pun lah! Aku pun dah tak sanggup nak hidup dalam keluarga ni! Yang pentingkan diri sendiri!"balas Haura.

Adam terkejut, melihat tindak balas Haura. Dia seakan tidak percaya dengan sikap Haura pagi ini. Haura tidak berperangai begini sebelum ini, melainkan ada orang yang menyakitkan hatinya. Lalu, dia perlahan-lahan menurunkan tangannya semula. Budak ini sudah hilang akal, apa? Aku tidak sangka dia lagi merelakan mukanya untuk ditampar. Kemudian, Adam terdiam lalu dia mengambil keputusan untuk keluar dari bilik ini.

"Haura? Tak nak sarapan ke?"tegur Puan Nora sambil menoleh ke arah Haura.

Haura mengalihkan pandangannya.

"Takpelah, ma! Haura takde selera pagi ni!"balas Haura dengan nada yang marah.

Puan Nora memahami. Adam yang sedang duduk makan bersebelahan -nya pula, turut menyampuk.

"Biarkan je lah, dia ma! Pandai- pandailah dia makan! Dah besar kan!"sindir Adam tanpa memandang wajah isterinya.

Haura mencebis muka.

"Kau perli aku, eh! Kalau kau nak makan, makan jelah sorang-sorang! Tak payahlah sampai nak perli-perli aku!"tengking Haura pada Adam. Dengan sikap yang ditunjukkan oleh Haura, mengejutkan Affan. Kak Haura?

Adam terus bangun dari kerusinya.

"Kau jangan kurang ajar boleh tak! Depan family aku ni! Dari tadi aku perasan, kau ni tak habis-habis nak cari pasal dengan aku! Kau memang nak gelaran janda ke, macam mana!"bentak Adam sambil kerusinya ditolak jauh.

Haura tersenyum sinis.

"Adam! Cukup"jerit Tuan Hashim. Mereka berdua ini, langsung tidak hormati sesama sendiri?

Tuan Hashim, tahu sebab mengapa Haura berperangai sebegini.

"Haura, dengar cakap papa ni! Semua orang risaukan Haura, termasuklah Adam ni. Dari semalam Haura tak makan, nanti perut tu masuk angin siapa yang susah.."ujar Tuan Hashim lembut.

Haura mencebis muka.

"Kalau Haura sakit sekalipun, biarlah Haura tanggung sendiri! Haura tak nak bergantung pun dengan keluarga ni!"balas Haura, geram.

Duda Cold Hearted (COMPLETED)Where stories live. Discover now