BAB 11

4.1K 125 23
                                    

"Boleh mama masuk?"ujar Puan Nora.

Lebar senyuman Haura melihat ibu mertuanya.

"Eh, mama! Masuklah! Ada apa mama nak jumpa Haura ni? Sampai cari Haura dekat bilik? Ini, mesti ada good news kan? Ceritalah?"soal Haura, riang.

Tak sampai hati aku, ingin khabarkan perkara ini pada menantuku. Dengan layanan yang sempurna, dia berikan padaku. Tetapi, aku membuat keputusan ini, bukan kerana pentingkan diri sendiri. Aku cuma ingin mengembalikan senyuman anakku Adam yang sekian lama telah hilang dari pandanganku. Aku berharap yang Haura akan menerima keputusan ini dengan hati yang terbuka.

Degupan jantungnya berdegup laju.

"Mama dah fikir masak-masak! Mama dah tanya papa, dan papa pun bersetuju... Ini pun, untuk kebaikan Adam juga."ujar Puan Nora tiba-tiba. Haura mula sangsi. Haura tertawa kecil melihat muka ibu mertuanya seakan cemas. Apa yang cuba mama ingin sampaikan?

"Setuju apa? Kebaikan Adam, maksud mama?"soal Haura dengan tertanya- tanya.

Puan Nora mengeluh kuat.

"Haura, mama sayang Haura dan mama juga nak Adam bahagia..."ujar Puan Nora sambil memegang erat tangan Haura. Haura mula berasa tak sedap hati. Kenapa perasaan aku ini? Melihat muka mama itu, timbul perasaan takut.

"Mama ni, buat Haura takutlah? Cuba mama perlahan-lahan cerita dengan Haura? Haura bukan singa pun, nak mama takutkan?"ujar Haura riang. Dia seakan tidak mengesyaki apa-apa tentang penyataan Puan Nora buat masa ini.

Puan Nora mengeluh kuat. Aku harus kuat untuk menjelaskan hal ini pada Haura.

"Baiklah! Sebenarnya, mama berniat ingin satukan Adam dengan Sarah.." ujar Puan Nora perlahan.

Haura terkejut. Lalu, cepat-cepat dia menarik tangannya dari gengaman Puan Nora itu tadi.

"Apa?"soal Haura dengan mimik mukanya diberi sekali. Haura terkedu. Adakah aku sedang bermimpi ini? Apa benar yang aku dengar tadi? Di mana, mama ingin satukan Adam dengan Sarah. Tetapi, mengapa? Adakah aku tidak layak dijadikan menantunya? Apa salah aku? Timbul pelbagai persoalan dalam fikiran Haura saat itu.

Puan Nora serba salah. Dia tidak sampai hati melihat Haura sedih. Lalu, dia memegang bahu Haura tanda memujuk.

"Tapi,tapi... Haura tetap menantu mama! Cuma, Haura dimadukan sahaja!"ujar Puan Nora selamba. Langsung, dia tidak menjaga hati Haura itu.

Mengalir air mata Haura. Haura seakan tidak percaya dengan sikap mamanya itu. Sampai hati, mama cakap macam itu pada aku? Haura seakan dalam dilema. Lalu, Puan Nora mengusap air matanya daripada mengalir berterusan dan duduk bersebelahannya.

"Haura,haura... Dengar sini, mama bukan nak permainkan atau gunakan Haura ke, apa? Mama memang ikhlas menerima Haura sebagai menantu mama... Tapi bila,..." Belum Puan Nora menghabiskan ucapannya, Haura terus menyampuk.

"Bila kak Sarah kembali muncul depan mama, mama nak dia jadi menantu mama semula? Macam tu ke, ma?"soal Haura sambil menatap sayu mata Puan Nora.

Puan Nora mengalirkan air matanya. Dia tidak boleh lagi menahan melihat hati menantunya tersakiti seperti ini. Lagi sekali, dia memegang tangan Haura.

"Haura, mama minta maaf! Mama tak kisah kalau Haura tak suka! Tapi, ini untuk Adam! Kita buat sama-sama ya, demi kebahagiaan Adam? Haura faham kan?"ujar Puan Nora. Haura mengalihkan pandangannya. Sudahlah, hati aku telah disakitinya, ditambah pula olehnya lagi membuatkan aku sedikit

Susah untuk aku menerima hakikat ini. Benar apa yang orang kata, hati manusia ini cepat berubah-ubah. Sungguh aku tidak percaya, dengan sikap ibu mertuaku ini. Mungkin hati dia masih tidak boleh menerimaku sebagai menantunya.

Duda Cold Hearted (COMPLETED)Where stories live. Discover now