"Yang you ni, nak marah budak ni kenapa! Dia takde apa-apa kaitan lah dalam hal kita ni!"sampuk Sarah tiba-tiba.
Adam mengeluh kuat. Betina ni, ada juga makan kaki aku ni, kang! Menyibuk je! Reaksi yang ditunjukkan Adam itu, seakan tidak suka dengan kehadiran Sarah tiba-tiba.
"Dia ada kaitan dalam hal ni!"bentak Adam.
Sarah terkesima seketika.
"What? What are you trying to say, Adam! You jangan cakap dengan I, yang you dah mula suka dengan budak ni!"soal Sarah sambil menunjuk jarinya ke arah Haura.
Haura mencebik mukanya. Kesudahannya, aku juga yang dipersalahkan! Aku tidak kisahlah, korang berdua nak berbalah ke? Tapi, kenapa aku perlu dilibatkan sekali? Nasib kau lah, Haura.
"Kalau I suka dengan dia, apa kaitan dengan you!" soal Adam semula.
Sekilas Haura memandang Adam. Dia ini, betul ke atau tidak betul?
Muka Sarah, seperti kurang senang dengan jawapan yang dimaksudkan Adam itu.
"Memang ada kaitan dengan I! Because, I bakal isteri you! You suka I sorang je Adam! I tahu! Sebab tu, sampai sekarang you single?" balas Sarah yakin. Yakin betul, minah ini? Meluat pula, aku dengar.
Tersenyum sinis Adam dibuatnya.
"Bakal isteri I, seriously? Better you cermin diri you dululah? Layak ke, you untuk I? And one more thing? Untuk pengetahuan you cik Sarah, I ni dah berkahwin! I ni, dah jadi laki orang dah pun! So, buanglah angan-angan you tu, nak jadi isteri I?"balas Adam selamba sambil sempat menyindirnya.
"What! No! If you are married, kenapa I tak tahu?"soal Sarah terkejut.
"Sebab, mama I tu, nak jaga perasaan you? Apa yang dia nak lagi pun, I tak tahu!"sindir Adam.
Sarah tetap tidak percaya. Dia tidak boleh terima kenyataan bahawa Adam merupakan suami orang.
"No! I tak percaya! Kalau betul you dah berkahwin! Prove it! Bawa I jumpa isteri you! I cabar you!" bentak Sarah.
"You cabar I? Boleh! I will prove it! Nanti, jangan meroyan pula dekat sini, lepas you dah tahu siapa isteri I, ya?" sindir Adam selamba.
Sindiran Adam itu, menghangatkan hati bekas isterinya.
"Siapa perempuan tu! Tell me now!!" tengking Sarah.
Adam tertawa kecil melihat reaksi Sarah. Dia sudah agak, yang Sarah akan memberontak macam orang gila. Habis lah, satu office ni nanti?
"Haura? Nama dia, Haura Irdina.." ujar Adam sambil memandang ke arah Haura yang berdiri di sebelahnya. Haura menundukkan kepalanya. Tidak sampai hati, dia melihat muka Sarah yang kecewa disebabkan Adam berkahwin dengannya.
"Budak ni? Are you trying to playing with me, Adam! I ni, tak bodoh lah! Takkanlah budak mentah ni isteri you? Bodoh sangat kalau I percaya dia ni isteri you! You pun nak tipu I, agak-agaklah, Adam! Sampai you main petik budak ni, as your wife? Stop it, Adam!" balas Sarah angkuh. Dia mempertikaikan kenyataan Adam. Daripada Haura menunduk kepalanya ke bawah, langsung sekilas dia memandang perempuan itu. Berani kau sindir aku? Cis! Mulut dia ni, memang tak makan saman!
"Terpulanglah pada you.. You nak percaya atau tidak! Yang penting I dah jujur dengan you! Ke tepi sikit, I nak sambung kerja I?"balas Adam selamba.
"I tak percaya! Ini semua hanya lakonan semata-mata!"bentak Sarah.
"I dah cakap tadi? Tepulang pada you lah... I penat lah, layan perangai you ni, Sarah.."rungut Adam.
"So, dia memang isteri you lah? Tapi, kenapa budak ni?"soal Sarah.
"Maksud you, kenapa I pilih dia? Better you tanya mama I sendiri lah! Dia lebih tahu kot hal ni, berbanding I?"balas Adam dengan riak wajah yang selamba.
Tiba-tiba!!
"Ppaaaaaaaangg!!"
Satu tamparan yang kuat, hinggap di muka Haura. Akibat Sarah sungguh marah dengan Adam kerana merahsiakan perkahwinannya. Haura yang jadi mangsa lepas geramnya.
"Berani you tampar dia eh!"tengking Adam depan muka Sarah.
Dia hilang sabar. Lalu, dia tolaknya Sarah sehingga jatuh ke bawah.
"Hei perempuan! Ini last warning dari aku eh! Sekali lagi kau berani sentuh isteri aku, aku takkan teragak-agak akan announce pada semua staff aku, tentang perbuatan terkutuk kau sebelum ni! Kau tak nak aku buat macam tu kan! So please! Jangan kacau rumah tangga aku lagi!" tengking Adam sambil menunding jarinya depan mata Sarah.
Sarah terkejut dengan kata-kata yang dilemparkan Adam padanya. Terkelu lidahnya, melihat Adam melindungi Haura dari menjadi mangsa keadaan.
Kemudian, perlahan-lahan Sarah bangun. Air matanya mula mengalir.
"How could you, Adam! Because of budak ni, you sanggup nak sebarkan aib I dekat satu office ni? You're completely changed, Adam!"bentak Sarah sambil menunding jarinya ke arah Adam.
Adam tersenyum sinis. Mendengar jawapan dari Sarah membuatkan fikirannya berasa sedikit keliru.
"Hei, kau cakap apa ni! Kau yang mulakan dulu tau! Lagi satu, orang yang aku bela sekarang ni, bukan orang lain! Isteri aku! Aku ni, suami dia! Memang tanggungjawab aku, untuk melindungi dia! Kau ni, dah gila ke apa!"tengking Adam sambil mengerutkan dahi. Pening sungguh kepalanya dengan sikap Sarah yang pentingkan diri sendiri itu.
Sarah terdiam.
"Adam, please! Jangan buat I macam ni, Adam! I merayu dengan you..." ujarnya dengan nada yang sedih. Dia seolah-olah ingin memujuk Adam semula.
Kemudian, Adam perlahan-lahan mendekatinya.
"Selama ni, aku salah tentang kau, Sarah! Terima kasih jugaklah dengan kau! Sebab harini kau dah buktikan pada aku, yang perempuan macam kau ni, memang takkan berubah! Silap aku, sebab berlembut dengan kau! Sepatutnya orang macam kau ni, dah lama aku bunuh dengan tangan aku sendiri!"marah Adam sambil menggenggam penumbuk depan mata Sarah.
"Adam..." Dengan muka yang simpati ditunjukkannya pada Adam.
Adam tersenyum sinis. Senyuman itu, seakan menyindir Sarah.
"Dengar sini, mulai harini aku pecat kau sebagai PA, aku! So, sekarang kau ambil barang-barang kau, dan berambus dari office ni! Aku bagi masa 30 minit je, untuk kau kemaskan barang-barang kau! And then, dipersilakan keluar!" tegas Adam.
"Excuse me!"jeritnya.
"Untuk pengetahuan semua, saya dan Haura ini bukan adik-beradik angkat! Dia sebenarnya isteri saya! Jadi, lepas ni kalau saya dengar antara kamu semua berani kutuk-kutuk dia belakang saya, saya takkan teragak- agak pecat orang itu! Faham!"tegas Adam.
Kemudian, Sarah melihat mereka.
"Kau perempuan! Tunggu apa lagi? Berambus lah! Ke, kau nak aku bentangkan red carpet, baru kau nak berambus!"tengking Adam.
Sarah terus keluar dari pejabatnya.
YOU ARE READING
Duda Cold Hearted (COMPLETED)
Short StoryMohd Adam Firdaus merupakan seorang duda. Dia sejenis lelaki yang suka berterus-terang (straight forward). Kalau dia cakap tidak, maka tidaklah. Dia paling pantang jika orang tidak mendengar kata-katanya. Tidak pula pada Haura Irdina. Haura ialah an...