BAB 22

5.2K 126 2
                                    

"Semua barang dah cukup?"

"Dah!"

"Baiklah, biar abang bayar? Sayang tunggu dalam kereta ya?"

Aku menggangguk lalu meninggalkan Adam sendirian. Kemudian, Ahwaz pula, aku letakkan di dalam kereta, di atas kerusi bayi yang telah dipasang oleh suamiku tempoh hari bagi keselamatannya. Hubungan aku bersama Adam semakin pulih, tetapi tidak sepulih sepenuhnya. Mungkin ini kerana, ego ku masih tinggi untuk menjadikannya separuh dari jiwaku.

Selepas sahaja, Ahwaz diletakkan di dalam kereta, aku terdengar satu suara yang memanggil namaku dari jarak yang jauh.

"Haura?"

Aku menoleh, ke arah orang itu. Apa yang ku lihat, adalah seseorang yang pernah aku sayangi ketika dulu.

"Qasif?"

Termenung aku seketika. Sekian lama, kami berjauhan dan tiba-tiba sahaja bertemu dengan dia di hadapan pasaraya ini. Kecil betul dunia ni, bukan?

"Tak sangka jumpa kau dekat sini? Kau, apa khabar?"tegur wanita itu, terlebih dahulu.

Qasif merupakan rakan karibku dari sekolah menengah sehinggalah kami belajar di universiti. Kami sangat rapat, sehinggakan satu kolej menggelar kami kembar padahal, kami bukan adik-beradik mahupun sepupu. Adanya gelaran itu, kerana citarasa kami sama, tetapi disebabkan dia jugalah, aku berubah.

"Lepas apa yang kau dah buat dekat aku, berani ya, kau tunjuk muka kau dekat sini?"sindir Haura.

Qasif menundukkan kepalanya.

"Haura, aku datang sini nak minta maaf dengan kau? Aku sedar, sebelum ni aku banyak buat silap? Lukakan hati kau? Malukan kau? Maafkan aku, ya?"ujar wanita itu.

Haura tersenyum sinis.

"Mudahnya kau minta maaf? Kau ingat, senang-senang je ke, aku nak lupakan apa yang kau dah buat dekat aku dulu!"marah Haura.

"Moment yang paling aku tak boleh lupakan, bila? Aku berhenti belajar, disebabkan mulut kau! Kau fitnah aku, sana-sini. Kau hebohkan macam-macam sampai satu kolej pulaukan aku? Kau rasa, aku ni nak maafkan kau ke?"sambungnya.

"Aku takkan maafkan kau!" bentaknya lagi.

Haura hilang sabar. Lalu, dia terus meninggalkan wanita itu.

"Sampai bila kau nak berdendam dengan aku, Haura?"soal Qasif tiba-tiba.

Langkahnya terhenti mendengar wanita itu bersuara. Lalu, dia menoleh ke arah wanita tersebut.

"Kau cerita pasal dendam? Dari menengah, kita ni berkawan, tak sedetikpun hati aku ni, ada perasaan dendam dengan kau apatah lagi fitnah kau, Qasif?"

"Tapi sebaliknya, kau yang berdendam dengan aku? Kau sedar tak? Semua ni, berlaku sebab tindakan bodoh kau tu! Kau yang musnahkan persahabatan kita! Dan, sebab tu lah, aku bukan Haura yang dulu lagi? Sebab kau, yang jadikan aku macam ni!"marah Haura.

"Aku tak sangka, perangai kau ni teruk rupanya! Selama ni, semua orang suruh aku, jauh dari kau, jangan kawan dengan kau! Tapi aku, tetap berkawan dengan kau! Sebab aku kenal kau! Tapi, aku dah buat kesilapan yang besar! Kenapa dari dulu aku tak percayakan dorang? Kalau dari dulu aku tahu, macam ni perangai kau, dah lama aku tinggalkan kau lah, Qasif! Orang yang macam kau ni, tak sesuai jadikan kawan!"sambungnya lagi.

"Yang paling buat aku sedih, bila kau lakukan semua benda ni sebab lelaki! Kerana, seorang lelaki kau sanggup fitnah kawan baik kau sendiri! Sedangkan kau tahu, yang aku memang takde hati langsung dengan laki kau tu! Tak hingin akulah! Lelaki macam dia tu, bersepah dekat tepi jalan! Tunggu kutip, pastu buang dalam tong sampah je!"

Kemudian, Haura terus meninggalkan wanita itu, dengan hati yang sedih.

"Haura?"panggil Qasif. Tetapi, Haura langsung tidak memandangnya.

"Sejak hari tulah, aku nekad! Yang aku takkan percaya dengan mana-mana lelaki termasuklah kawan baik aku sendiri!"sambung Haura lagi.

Dia terus meninggalkan wanita itu.

"Siapa perempuan tu, tadi? Kawan?" soal Adam yang sudah berada di dalam kereta.

"Takk! Dia bukan kawan sayang! Sayang pun, tak kenal dia!"jawab Haura.

"Tapi?"

"Jom balik?-potong Haura.

Dia seperti tidak lagi ingin bercerita tentang wanita itu.

"Baiklah."jawab Adam.

Tiba di pejabat. Mereka bertembung dengan Zack. Sudah sekian lama tidak berjumpa, kelihatan badan Zack pun sudah besar sedikit.

"Ni ke, Ahwaz?"tegur Zack sambil mencuit pipi anak mereka.

"Comelnya anak kau."sambungnya lagi.

"Tengoklah, ikut siapa?"jawab Adam.

Zack tersenyum sinis.

"Ha! Memandangkan korang berdua ada dekat sini? Aku kenalkan adik aku, dekat korang?"

"Adik kau dah balik ke?"sampuk Adam sambil menepuk badan Zack.

"Dah! Semalam."jawab Zack.

"Bolehlah, mintak tolong dia, bantu kak Linda lepas ni?"ujar Adam.

"Boleh! No problem!"

"Tak silap aku, dia pun sama course dengan Haura tau?"sambil memandang ke arah Haura.

"Iyeee?"soal Haura semula.

"Ya. Umur pun sama."sambung Zack.

"Baguslah macam tu. Tak sabar Haura nak berkenalan dengan dia."jawab Haura dengan nada yang senang. Mukanya seperti tidak sabar lagi ingin berjumpa dengan adik Zack itu.

Beberapa jam kemudian, adik Zack masih tidak sampai lagi. Mukanya berubah. Dia seakan tidak senang hati, apabila adik perempuannya tidak tiba lagi. Kalau ikutkan, dia sudah berada di sini.

"Mana dia ni? Kata on the way? Tapi, batang hidung pun tak nampak!"bisik Zack sambil berjalan ke hulur-hilir menantikan ketibaan adiknya itu.

Haura dan Adam memandang satu sama lain.

"Ha? Tu dia?"jawab Zack.

Adam langsung berdiri dan keluar dari pejabatnya untuk melihat wajah adik Zack. Jadi, Haura keseorangan menjaga Ahwaz di dalam biliknya.

Lalu, Zack membawa adiknya itu, masuk ke dalam bilik Adam untuk memperkenalkan pada Haura.

"Kenalkan adik abang, Nur Qasif Wahida?"sambil memegang bahu adiknya itu.

Haura meletakkan Ahwaz di atas sofa. Kemudian, berpusing ke arah mereka. Terlihat muka wanita itu seperti dia kenali. Untuk kepastian, dia menghampiri mereka bertiga. Ternyata memang benar, tidak silap lagi. Itu memang bekas kawan baiknya, Qasif.

Duda Cold Hearted (COMPLETED)Where stories live. Discover now