BAB 20

5.9K 154 10
                                    

"MACAM mana dik? Doktor cakap apa?"

"Doktor cakap, adik mengandung." jawabnya.

"Alhamdulillah... Dah berapa bulan?" soal Puan Siti pula.

"Dua bulan, ibu... Tapi, adik tak perasan pun."

Puan Siti tersenyum.

"Sebab perut kamu, kecil lagi. Kamu pun kurus, tu yang tak perasan tu!"

Semasa perjalanan pulang ke rumah. Haura kelihatan resah saja. Bagaimanalah dia ingin berhadapan dengan suaminya apabila Adam itu mengetahui yang perutnya sudah berisi.

Tiba di depan rumah. Kepulangan mereka disambut oleh Adam. Hanya mendengar suara suaminya saja, hatinya sudah berdebar.

"Beritahulah, Adam.."bisik Puan Siti sambil membuka pintu anaknya.

Kemudian, Adam mendekati mereka.

"Kenapa ni, ibu?"soal Adam tersenyum.

Sukar untuk diriku mengkhabarkan berita ini. Jika aku memberitahu dia, yang aku sedang mengandungkan anaknya pasti dia tidak boleh menerima hakikat. Tambahan pula, perkara ini berlaku tanpa kerelaan kami berdua.

"Adam?"panggil Haura perlahan.

Adam menoleh ke arah Haura.

"Aku mengandung.."ujar Haura perlahan.

Adam terdiam seketika.

"Tak main-main ni?"soalnya untuk kepastian.

"Betul ke ibu? Mikael?"sambil memandang Puan Siti dan Mikael.

"Alhamdulillah!"balas Adam sambil bersyukur. Akhirnya, ada juga zuriatnya. Dari dahulu lagi, dia berharap, suatu hari dia mempunyai seorang anak. Dan hari ini, Allah makbulkan permintaannya.

"Bro? Tak lama lagi, kau bakal jadi ayah!"sambil menepuk belakang Adam.

"Aku tahu! Yesss!"

Waktu itu, Haura pula yang keliru. Dia mengerutkan dahinya. Dia masih belum hadam dengan kenyataan itu, selepas apa yang didengari sebentar tadi.

Memandangkan Haura sedang mengandung. Puan Siti menyarankan bahawa Haura tinggal bersamanya sehingga selamat melahirkan anaknya itu. Haura bersetuju dengan cadangan itu.

Haura memasuki ke dalam biliknya. Dia melihat kiri dan kanan. Suaminya tiada. Kemudian, dia langsung tersenyum. Ketiadaan suaminya disekeliling menenangkannya.

Dia memulakan pembaringannya di atas katil. Perlahan-lahan perutnya diusap. Saat perutnya dipegang, Adam pula datang. Sepi mengelilingi kami berdua.

"Kau tak marah aku, ke?"soal Haura tiba-tiba.

Adam menoleh ke arah isterinya. Dahinya dikerut.

"Marah? Sebab apa?"soal Adam semula.

"Yelah! Bukan ke kita."

"Dah lah! Benda dah lepas kan." potong Adam. Dia seakan tidak mahu lagi mengenangkan perkara itu.

Dia terus baring bersebalahan isterinya. Haura tak sedap hati.

"Aku nak dengar perut kau, boleh?" soal Adam sambil mata mereka bertentangan.

"Bo...leh.."tergagap Haura menjawabnya.

***

KEDENGARAN bunyi seperti seseorang sedang menangis di sebelahnya. Dia langsung duduk dari pembaringan. Tangan sebelah mencapai lampu tidur untuk dibuka. Saat sudah lampu dinyalakan, perlahan-lahan dia menoleh ke arah bunyi itu. Terlihat, Adam yang sedang menangis sambil memeluk tubuh. Haura menghembus nafas lega.

Duda Cold Hearted (COMPLETED)Where stories live. Discover now