Dengan segera Adam mencapai telefonnya di penjuru meja. Lalu, dibuka dan terus menghubungi Affan.
"Fan? Budak tu ada dekat rumah tak?"soal Adam. Terus dia menyoal Affan selepas saja Affan mengangkat panggilannya.
"Waalaikumussalam... Kalau ya pun, janganlah kelam-kabut sangat... Ha? Budak mana ni, bang? Abang jangan macam- macam?"balas Affan.
Adam mengeluh kuat.
"Akak ipar kesayangan kau tu, lah!" tengking Adam.
"Maksud abang, kak Haura ke?" soalnya semula.
"Yelah! Siapa lagi, takkan Mak Nor kot!"sindir Adam.
"Abang ni, soalan pun... Dah tentu- tentulah kak Haura dekat office abang! Yang abang tanya lagi buat apa!"jawab Affan. Abang aku ni, demam ke? Tak munasabah langsung soalan yang ditujukan pada aku.
"Cerita sekarang ni, dia dah lari dari office?"ujar Adam sambil menggaru kepalanya. Runsing kepala Adam.
Affan terkejut.
"Apa! Kak Haura lari dari office! Kenapa boleh jadi macam ni? Abang dah buat apa dekat dia? Abang buli dia lagi ke? Sudah-sudah lah tu, bang?"rungut Affan.
"Apa yang kau mengarut ni, setan! Dia yang buli aku sekarang ni! Bukan aku, yang buli dia!"bentak Adam.
"Sekejap, kak Haura buli abang?"soal Affan.
"Okay, cerita sini, habis sinilah.."ujar Adam.
"Pagi tadi aku suruh dia belikan nasi goreng cina, then dia suruh pak cik kedai tu tambah cili lebih! Kau rasa! Tak melambung, aku! Aku mana suka pedas! Kau pun tahu kan! Sekarang ni, dia dah lari! Tu yang aku ingat dia balik rumah!"bentak Adam. Panjang lebar dia menceritakan semula tentang apa yang berlaku sebentar tadi.
Affan ketawa besar. Dia tidak simpati langsung dengan luahan Adam malah dia sungguh bangga dengan kakak iparnya. Seumur hidup aku, ini kali pertama aku mempunyai kakak ipar seperti ini. Kalau ikutkan, memang salah, apa yang Haura buat. Tetapi Affan sukakannya, biarlah pertengkaran ini berterusan baginya. Seronok betul Affan.
"So, ni kes selamatkan diri lah ni? Licik betul, kak Haura tu kan? Sebelum abang mengamuk, dia lari dulu..."sindir Affan. Sindiran Affan itu, belum cukup kuat jika dibandingkan dengan Haura. Tetapi sindiran itu, hanya cukup bagi memanaskan lagi hati Adam yang sudah tersedia panas ini.
"Haa, gelak lah! Gelak puas-puas!" Adam tidak puas hati. Panas sungguh telinganya mendengar sindiran Affan.
"So, abang nak Affan buat apa sekarang?"soal Affan. Dia tertanya- tanya.
"Aku nak, sekarang ni kau tanya sesiapa kat rumah tu, Haura ada dekat mana? Lepas dah tahu, roger aku balik?"tegas Adam.
"Baik bang..."balas Affan.
Sakit hati Adam apabila mengenang -kan semula apa yang terjadi pada hari ini.
Kedengaran bunyi enjin kereta di hadapan rumah Puan Siti. Dengan mendengar bunyi enjin kereta sahaja, Puan Siti sudah tahu bahawa anak kesayangannya pulang. Tergesa-gesa dia berjalan ke luar rumah.
"Assalamualaikum ibu?"ujar Haura.
"Waalaikumussalam, Haura... Datang sorang je? Mana suami kamu?" balas Puan Nora. Berpusing-pusing kepalanya memandang sekeliling mencari menantunya.
Puan Siti mengerutkan dahi. Pelik anak aku, hari ini. Jarang sekali dia balik ke rumah, melainkan ada sesuatu yang berlaku kepadanya.
"Bukan kamu habis kerja pukul lima, ke? Sekarang, baru pukul sembilan pagi?"soal Puan Nora. Dari reaksi muka yang ditunjukkan Haura, Puan Siti sudah dapat agak dah. Mesti ada benda yang berlaku di pejabat tadi. Kalau tidak, tidak ada maknanya anaknya singgah ke rumah ini.
YOU ARE READING
Duda Cold Hearted (COMPLETED)
Krótkie OpowiadaniaMohd Adam Firdaus merupakan seorang duda. Dia sejenis lelaki yang suka berterus-terang (straight forward). Kalau dia cakap tidak, maka tidaklah. Dia paling pantang jika orang tidak mendengar kata-katanya. Tidak pula pada Haura Irdina. Haura ialah an...