~AMA 01~

51 4 0
                                    

P/s: dengar lagu kat atas ni. It will be easier to you feel the line of this story    *-*

I walk into a crowded room
Everybody staring
What did I, what did I do wrong?
What did I, what did I do wrong?

Oh, you see what you wanna see
But you don't even know me
What did I, what did I do now?
What did I, what did I do now?

He said, she said, over it
You're acting like you're brilliant
But you don't know
Yeah, you don't know

You don't know a thing at all
You don't know about the way I am when I am all alone
You don't even know
The way I care, the way I've grown
You don't know about the way I love so deeply to my bones
You don't even know me

Lagu berjudul you Don't even know me penyanyi Faouzia dinyanyi Ann berulang kali. Entah kali keberapa dia dengar sampai dia dah hafal lagu ni.

'you don't even know me'

Tajuk panjang tapi punya maksud yang tersirat.

Awak tak kenal saya.
Kau tak kenal aku.
Semua tak kenal aku.

Full stop.

Aku yang meniarap di atas katil terus berpusing menghadap syiling bilik. Pejam. Celik. Sinaran daripada lampu menerusi anak mata aku. Sesekali aku mengedip mata beberapa kali.

Sekarang pukul 1 pagi. Tapi aku masih belum boleh tidur. Melilau mata aku keseluruh bilik ini.

Kosong. Sekosong-kosong hati aku ini.
Aku asyik takut kalau aku masih dihantui dengan sikap kawan-kawan aku di sekolah. Sama macam tahun sebelum,aku dibebani masalah hari -harian yang tak terhingga. Yup,aku masih bersekolah. Tapi aku berada di tahun akhir disekolah itu untuk tahun ini.

Tingkatan 5.

Tahun baru sudah menjelma. Semua orang ada azam diri masing-masing. Jadi,azam aku tahun ni. Aku tak nak manusia yang bernama Azam tu. Tapi mestilah,aku nak cantik!

Cantik!

Aku nak cantik!

Itu yang aku idamkan dari dulu lagi.

Esok adalah hari pertama persekolahan tahun baru. Jadi aku harap banyak perubahan untuk aku jalani pada tahun ini. insya-Allah

*-* *-* *-* *-* *-* *-* *-* *-* *-* *-*

Aku tiba di sekolah awal. Berpakaian lengkap sekolah.  Sebelum pukul 7 pagi lagi aku dah terpacak dalam dewan perhimpunan pelajar ni. Semua pelajar akan berkumpul dulu sebelum beredar masuk ke dalam kelas.

Aku duduk di barisan kelas yang ditetapkan. Termenung. Memandang terus kehadapan tanpa ada sebarang halangan. Apa yang aku fikirkan? Usah ditanya. Aku pun tak tahu. Sedang aku ralit dengan diri sendiri dewan perhimpunan pelajar ini makin dipenuhi manusia.

Aku tarik dan hembus nafas. Berdebar. Apa yang aku nak takutkan? Tangan tiba-tiba terasa sejuk. Ok cool Ann! Cool! Rilex! Tenang aku sendiri.

"Weh! Lama tak jumpa korang. Rindunyaaa" aku terdengar perbualan beberapa pelajar perempuan berdekatan dengan tempat aku duduk. Melalui percakapannya,suara budak perempuan tu gembira. Macam setahun tak jumpa. Whatever.

"How your holiday?" Aku terdengar lagi perbualan mereka. Tapi kali ini bunyinya sangat dekat. Seperti mereka dibelakang aku! Aku tenteramkan hati.

"Aku pergi cuti dengan family kat Melbourne sana. Sekali tu jenguk abang aku yang study kat sana" kata budak perempuan itu. Weh Melbourne kot. Aku nak pergi sana jugak! Aku yang kat dalam Malaysia ni pun tak ada pun travel. Langkawi? Waktu kecik pernah pergi kot. Entahlah.

Aishiteru,Miss Anxiety!Where stories live. Discover now