Selesai saja Haqeem mendaftar diri di pejabat. Dia sudah dibenarkan masuk ke kelas. Perasaannya gemuruh sedikit. Tapi tidak mengapa. Dia boleh survive. Haqeem berjalan di sepanjang koridor kelas. Mencari kelas 5 akaun2. Ramai pelajar yang sibuk mengemas kelas. Ada juga yang menyusun meja.
Sepanjang perjalanan itu juga dirinya tak henti-henti menjadi tatapan pelajar disitu. Lagi-lagi pelajar perempuan. Ada yang berbisik antara mereka memuji ketampanannya. Tapi Haqeem buat tidak peduli. Matanya juga tak henti melihat setiap board yang berada di atas pintu setiap kelas.
5 akaun2. Dia perlu cari.
Ha! Jumpa. Dia lihat semua pelajar sudah duduk di tempat masing-masing. Gaya bersedia untuk belajar. Haqeem berdiri diluar kelas. Tarik. Hembus. Tok! Tok! Tok!
"Assalamualaikum" sapa Haqeem dari luar. Semua mata terarah padanya termasuk cikgu perempuan yang berpakaian baju kurung bercorak batik itu. Cikgu itu sudah sedia ada berada di dalam kelas.
"Sila masuk" jemput cikgu itu.
Haqeem masuk dan melemparkan senyuman. Ikhlas. Matanya melilau melihat keliling. First,dia cari meja kosong. Second,dia cari kerusi kosong. Sementara itu,ada beberapa pelajar perempuan yang menyiku lengan sesama mereka. Gaya bergosip. Pelajar lelaki pula masih fokus padanya.
"Pelajar baru?" Tanya cikgu perempuan itu. Haqeem angguk.
"Perkenalkan diri. Saya dan kawan-kawan awak nak tahu" pinta cikgu itu. Haqeem pusing mengadap semua murid-murid dihadapannya. Dia lihat mata-mata pelajar perempuan semuanya bersinar. Seakan mereka tidak sabar mahu mengetahui namanya.
"Nama saya..Haqeem Nazmy. Panggil Haqeem" beritahunya jelas dan padat.
"Awak dari mana? Maksud saya, sebelum ni awak sekolah dimana?" Tanya cikgu perempuan itu lagi. Dalam hati cikgu itu tidak habis-habis memuji ketampanan Haqeem. Beruntung cikgu itu ada murid sehensem dan sekacak Haqeem. Cikgu dipandang sekilas sebelum dia berkata.
"Dari Ipoh, Perak" angguk cikgu dan pelajar-pelajar yang lain. Ramai pelajar yang melemparkan senyuman kearahnya. Lagi-lagi pelajar perempuan. Urgh dia tidak selesa.
"Ok. Awak boleh ambik meja dengan kerusi kosong kat belakang tu. Awak duduk je dekat mana-mana awak suka" angguk Haqeem lagi. Ada seorang pelajar melambai tangan ke arahnya. Name tagnya dilihat. Malik. Dia mengarah Haqeem supaya duduk disebelahnya. Haqeem senyum.
"Ok. Sudah sedia maklum. Nama cikgu.. Nur Jamilah Binti Hassan. Panggil saya cikgu Milah" semua murid serentak angguk termasuklah Haqeem.
Maka,bermula lah sesi pelajarannya yang pertama di kuala Lumpur bagi Haqeem.
First day? Not bad.
*-* *-* *-* *-* *-* *-* *-* *-*
5 akaun1
Salam diberi. Murid diminta duduk. Cikgu Maziah melemparkan senyuman kepada murid-murid 5 akaun1. Ceria.
"Assalamualaikum semua. Selamat kembali ke sekolah. Amacam best tak cuti sekolah?" Semua kawan aku tak sabar-sabar mahu menjawab. Tapi lain pula bagi aku,soalan tu agak..klise. because of what? Sebabnya bila masuk sekolah je,cikgu akan tanya soalan macam tu. Heh,lepasni mesti tanya holiday kat mana. Tak percaya?
Percayalah pada Ann.
"Best!" Laung suara ketua kelas kami, Amir. Ketua kelas? Yeah,baru lantik tadi. Lagipun,dia yang volunteer. Ngeh
"Pergi mana je cuti hampir satu bulan setengah ni? Holiday?" Sambung cikgu Maziah lagi. Ada beberapa orang yang mengangkat tangan. Mahu jawab. Bising.
"Saya cuti kat Langkawi" kata Amir.
"Saya balik kampung" kata Mariam.
"Saya buat umrah" kata Ahmad.
"Saya holiday kat Melbourne" kata Nadia. Melbourne? Oh,betul lah dia pergi Melbourne hoho bestnya!
"Wah bestnya. Ceria je muka saya tengok haha. Mesti mood kamu sekarang masih di Langkawi, kampung, Melbourne kan. Tapi ingat. Seronok-seronok jugak ya. Tahun ni kamu ada peperiksaan besar. Ingat tu" tegas cikgu Maziah.
"Baik,cikgu"
"So,harini kita santai-santai je. Cikgu nak tanya. Apa azam korang tahun ni? Contohnya,nak dapat straight A ke nak travel satu dunia ke...Setiap orang ada azamnya tersendiri. Tell me" apalah cikgu Maziah ni. Nak tanya-tanya azam orang pulak. Teruskan jelah belajar. Ish!
"Saya nak jadi gamer"
"Saya nak kurus" semua mata memandang kearah Ahmad. Kurus otak dia! Badan macam cicak kobing ada hati nak kurus lagi. Sepak kang!
"Saya nak straight A,cikgu"
"Saya nak berubah menjadi orang yang baik,cikgu" mereka ramai-ramai menepuk tangan mendengarnya kecuali aku. Fikiran aku melalut bila terdengar perkataan 'azam' sejak tadi lagi.
Kalau aku..azam aku 3 tahun kebelakangan ni sama je. Aku nak cantik macam perempuan kat luar sana. Aku cemburu dengan diorang sebab ada kulit licin. Putih. Gebu. Tak payah nak tempek make up tebal-tebal. Natural beauty gituw. Tapi aku tak dianugerahkan dengan kecantikan sebegitu rupa.
"Wah. Wah bagus azam kamu semua. Tapi kalau kamu tak usaha..macam mana kamu nak kecapi. Betul tak?"
"Betul!"
Sedang aku ralit mengelamun. Aku tidak sedar yang mata aku terarah pada papan kenyataan kelas. Rupanya aku dah termenung sejak cikgu mula bercakap lagi. Ya Allah, teruknya aku. Sehinggakan cikgu Maziah sedar bahawa mata dan fikiran aku tidak berada di kelas itu. Cikgu Maziah mula bersuara. "Kamu?"
Semua orang mula senyap. Sepi untuk sesaat. Aku mula pelik. Tadi kelas riuh-rendah sekarang dah senyap pula. Aik?
"Yang duduk depan Lily tu" aku tersentak. Aku menelan liur. Aku ke? Aku memandang cikgu Maziah di hadapan.
"Ya,saya?" Aku menunjukkan jari telunjuk keatas diri aku sendiri. Bingung.
"Ya,kamu. Apa yang kamu fikirkan? Jauh tu dah sampai mana?" cikgu Maziah mula menjegilkan mata seperti memberi arahan supaya sentiasa fokus dalam kelasnya.
Cepat aku geleng. "Ta..tak..takde apa-apa." Alamak. Suara tetiba hilang ni apa pasal.
"Macam mana,apa azam kamu tahun ni?" Mak ai soalan. Aku tak suka soalan ni. Sumpah
Azam aku tahun ni selain daripada nak cantik..aku nak dapat straight A SPM. So aku jawab ni lah. Haa boleh terima dek akal cikgu en.
"Sa..saya--" Gagap aku mai lagi. Sungguhlaa. Tapi belum sempat aku jawab. Lantas seseorang memotong percakapanku. Aku bengang
"Azam dia setiap tahun sama je cikgu" suara itu jelas kedengaran dari dibelakang aku.
"Apa dia?" Tanya cikgu Maziah.
"Dia nak cantik. Flawless. Nak kulit putih gebu" sambungnya lagi. Aku pasti suara tu. Aku dah memang kenal dia lama. Tu suara Lily! Aku pusing menghadapnya. Muka bengangku jelas terpapar. Lily membalas tautan mata aku sambil mengangkat keningnya berulang kali. Seakan dia mahu mengatakan padaku 'betul tak Ann?'
"Tapi kesian,cikgu..nak cantik tapi tak pakai apa-apa. Hahaha"
"Nadia,tak baik cakap macam tu"
"Betul lah cikgu"
"Dah dah. Stop. Semua dah mula merepek. Mari kita belajar sejarah bab 1 silibus tingkatan 5. Semua bukak buku teks muka surat 2. Tajuknya..Kemunculan Dan Perkembangan Nasionalisme Di Asia Tenggara and bla bla bla"
Aku sakit hati. Aku kecewa dengan diri sendiri. Aku tahu yang mereka hanya mahu bergurau tapi langsung mereka tidak menjaga hati aku. Aku tahu mereka cantik. Dan aku tidaklah seperti mereka...
*-* *-* *-* *-* *-* *-* *-* *-*
YOU ARE READING
Aishiteru,Miss Anxiety!
Novela JuvenilSocial Anxiety Disorder or SAD *-* *-* *-* *-* *-* *-* *-* *-* *-* *-* NUR HANNAH DAILA lebih dikenali sebagai Ann. Seorang yang introvert. Tapi dia bukanlah sombong! Ramai yang mengatanya dalam diam kerana mempunyai rupa paras yang tidak cantik. Ba...