"kenapa kau ikut aku. Takde rumah ke nak balik" aku berkata sambil memusing ke belakang. Haqeem dibelakang berhentikan langkah.
"Perasan. Ni memang laluan balik rumah aku" kata Haqeem dengan muka bekunya. Errr
"Iyelah tu" aku menjulingkan mata dan menyambung langkah semula. Untuk beberapa saat Haqeem mengejar langkah aku.
"Hannah" aku tersentak dan memandangnya. Keningku terangkat.
"Aku nak kawan dengan kau" aku mencebik. Bosannya lahai!
"Haish. Kau ni siapa hah? Berapa ribu yang diaorang upah kau untuk sakitkan hati aku kali ni?" Aku ulang ayat yang sama. Aku saja nak sakitkan hati mamat depan ni. Biar dia marah kat aku. Nanti kalau penat dia pergi lah. Tak gituw?
"Mana ada!" Cepat Haqeem melatah.
"Kau budak baru kan? Kalau budak baru buat cara baru. Tak payah acah nak tahu semua benda" aku menyambung langkah yang tergendala tadi.
"Hannah" panggilannya lagi. Aku menghela nafas lembut. Mataku pejam sesaat.
"Please,kimi. Aku tau kau baik. Tolong jangan cuba rapat dengan aku"
Aku berkata dan terus berlari pulang ke rumah yang tidak jauh dari situ. Harapnya Haqeem tidak ketawakan aku yang lari macam kena kejar anjing ni. Buruk betul. Muka dah buruk tambah pula lari pun buruk. Fuh fuh Nauzubillah!
Haqeem dari belakang melihat Hannah yang berlari dengan beg yang berat dengan kainnya diangkat sedikit. Nasib dia pakai seluar kalau tak hahaha. Tergeleng-geleng Kepala Haqeem dibuatnya.
*-* *-* *-* *-* *-* *-* *-* *-*
"Cikgu ada mintak duit yuran ke Along?" Sedang aku makan cekodok ibu menanyakan soalan.
"Cikgu tak cakap apa-apa lagi mak" angguknya.
"Baguslah kalau macam tu. Mak pon ada duit modal niaga esok je" angguk aku pula perlahan. Dua minit sepi sebelum aku berkata"Mak...ayah mana?" Disana aku lihat mak terus menunduk sebelum berpaling wajah ke televisyen dihadapan kami.
"Along tau kan ayah balik sekali seminggu je. Dia dah ada kehidupan dengan isteri baru dia. Isteri dia kan baru lepas lahirkan baby" kelihatannya tersenyum pahit sekali. Dan dia terus menonton televisyen.
"Tergamak ayah buat macam ni dekat kita kan?" kata ku tiba-tiba. Mak mengeluh sebelum menjawab "Mak dah redha dah along. Dua tahun. Dua tahun mak sabar. Kalau mak boleh takkan Along tak boleh?" Aku berdiri dari duduk. Sisa cekodok yang masih ditangan aku genggam geram hingga cekodok itu lenyek seperti dipijak. Aku geram!
"Habis tu tanggungjawab dia sebagai seorang suami?Ayah kepada kitaorang macam mana? Lepas tangan macam tu je" aku mula menaikkan suara.
"Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. Along percaya kan tu?" Angguk ku perlahan. Mak terlalu baik dalam menilai. Kalau aku ditempat mak pasti aku sudah melarikan diri dan hidup bebas seperti burung terlepas dari sangkarnya.
"Nani. Dia tak habis-habis tanya pasal ayah" kata aku perlahan.
"Jawab tak tau. Dia masih budak"
"Mak,dia baru umur 4 tahun dah takde kasih sayang daripada seorang ayah"
Sambungku lagi."Kalau ayah sayangkan anak baru dia tu..habis kitaorang ni siapa untuk dia? Bukan anak dia jugak?!" Gertak aku lagi. Aku benci lelaki. Aku benci. Bila ada yang baru. Yang lama abaikan macam tu je?
"Along...sudahlah tu. Pergi masuk tidur cepat. Esok sekolah" aku tayang muka marah depan mak. Aku takde niat nak marah mak sebab mak terlalu baik dengan ayah. Tapi aku marahkan ayah yang langsung tak pedulikan aku dengan adik-adik.
Aku menapak ke ruang tidur untuk melegakan perasaan sendiri.
*-* *-* *-* *-* *-* *-* *-* *-*
Aku berjalan kaki menuju ke sekolah. Dengan beg sekolah digalas serta memegang sebotol air masak di tangan. Aku menuju ke dalam sekolah dengan jiwa yang baru.
Elok aku berjalan memasuki pintu masuk tiba-tiba muncul sebuah kereta Alphard dihadapanku. Hampir saja aku terlanggar. Sempat aku mengelak. Aku menggeleng kepala.
Kereta itu berhenti dan orang didalamnya pun keluar. Sedang asyik aku menunggu untuk beberapa saat. Alangkah terkejutnya aku orang itu adalah Haqeem atau lebih gemar aku panggil kimi?
Kenapa aku panggil kimi? Haha. Sebab aku suka nama tu dan dulu aku ada kawan nama kimi. Jiran aku tapi sekarang dia sudah berpindah entah kemana aku pun tak tahu.
Aku dan Haqeem bertentang mata tiga saat sebelum aku mengalihkan pandangan. Dada aku berdebar saat melihatnya yang elok berkemeja putih dengan berseluar biru tua. Tambahan dia lengkap memakai tali leher. Saat itu aku merasa kagum dengan personalitinya. Mukanya yang putih mungkin mix cina. Rambutnya... Astaghfirullah! Hannah apa kau tengok!
"Hannah" dia menegur aku tetapi langsung aku tak peduli. Kaki aku menapak ke arah pintu masuk sekolah. Berjalan pantas menuju ke kelas. Sebelum itu aku dihalang oleh seorang junior yang menegur. Aku mencebik. Pagi-pagi nak kacau aku pahal ni
"Kak Hannah. Cikgu Faiz nak jumpa akak dekat bilik guru" katanya sambil meneliti seluruh wajahku. Saat itu aku berasa gemuruh sedikit apabila orang melihat wajahku dengan reaksi yang...tidak enak?
"Ok" malas nak panjangkan perbualan dan terus aku melangkah ke bilik guru. Aku lebih rela dicop sombong daripada wajah aku ditatap lama oleh budak itu.
Saat tiba di bilik guru. Aku terus menuju ke meja cikgu faiz dan menegurnya. Salam diberi. Cikgu Faiz adalah guru matematik aku. Dalam banyak-banyak guru. Dia seorang saja yang pedulikan aku. Yang selalu mengambil berat tentang aku.
"Oh Hannah. Saya ada benda nak cakap sikit"
"Ada apa ya cikgu?" Aku lihat wajah serius cikgu itu membuatkan aku gerun.
"Macam ni. Saya sebenarnya dah lama perhatikan awak" aku meneguk liur. Kurang enak. Apa maksud cikgu Faiz ni? Perhati apa? Dia nak tegur muka aku yang tak lawa ni ke atau dia nak suggest produk untuk aku cuba. Ish tolonglah aku tak berminat.
"Saya nak awak capai target saya. Saya nak awak usaha lebih sikit untuk SPM tahun ni. Saya tau awak boleh dapat straight A. Awak murid pintar. Murid cemerlang sekolah ini. Jadi,saya nak awak usaha dari sekarang" nafasku hembus perlahan. Ingatkan cikgu Faiz nak suggest produk kat aku kan. Manalah tau.
"Tapi kenapa saya? Bukan saya sorang je murid cemerlang sekolah ni" bantah aku. Yurp,bukan aku sorang je. Sedangkan Lily pun murid cemerlang sekolah ini. Setiap kali peperiksaan aku dengan dia seakan bersaing antara satu sama lain. Tapi yang membezakan aku dengan dia adalah keluarga. Keluarga Lily adalah usahawan terkenal di Malaysia tambahan dia ada business family. Untung Lily hidup dalam kemewahan. Aku?
"Saya nampak kebolehan awak. Saya nak awak usaha dari sekarang. Ini bukan untuk saya,bukan untuk sekolah tapi untuk awak dan ibu bapa awak sendiri" bila dengarkan itu aku rasa akulah orang paling tak berguna untuk sesiapa dalam dunia ni. Aku memandang kearah pintu masuk bilik guru.
Saat itu mata aku bertentang dengan seorang murid lelaki. Membulat mata aku bila terpandangkan yang lelaki itu ialah kimi?! apahal dia terhendap-hendap kat situ. Dia cari cikgu atau dia stalk aku? Pfft..stalk aku? Hannah Daila? Yang tak lawa ni? In my dream jelah. Bila dia tersedar yang aku memandangnya pantas dia melarikan diri. Ish nak kena kimi ni! Siap kau
"insya-Allah cikgu. Saya tak janji tapi saya cuba"
Angguk cikgu Faiz. Senyum dia kepadaku."Bagus. Itu yang saya nak dengar. Awak boleh masuk kelas"
"Terima kasih cikgu" ucapan terima kasih diucapkan dan segera aku masuk ke kelas.
Kimi,you wait!
*-* *-* *-* *-* *-* *-* *-* *-*
YOU ARE READING
Aishiteru,Miss Anxiety!
Teen FictionSocial Anxiety Disorder or SAD *-* *-* *-* *-* *-* *-* *-* *-* *-* *-* NUR HANNAH DAILA lebih dikenali sebagai Ann. Seorang yang introvert. Tapi dia bukanlah sombong! Ramai yang mengatanya dalam diam kerana mempunyai rupa paras yang tidak cantik. Ba...