Nani sudah aku tidurkan di bilik mak. Aku segera masuk ke bilik tidur untuk menyiapkan kerja sekolah. Aku menghela nafas. Berat. Berapa banyak kali aku mengeluh dalam sehari? Dari awal pagi hingga ke lewat malam.
Terasa bahu aku sengal-sengal. Aku ketuk-ketuk gunakan penumbuk tangan. Aku rengangkan otot-otot diseluruh badan. Penat tak terhingga.
Aku segera mengeluarkan buku sejarah. Buku tulis juga aku buka. Pen sudah tersedia ditangan. Aku baru berura-ura menulis diatas buku tapi tangan aku tiba-tiba menggigil dan seperti ada seseorang yang menahan aku dari menulis. Aku memandang tangan aku dengan perasaan curiga. Apa hal ni? Tangan aku menggigil bukan disebabkan cuaca sejuk. Aku berhentikan tangan aku yang menggigil itu. Tapi tak boleh.
Lantas aku berdiri. Bayangan seorang lelaki di kedai tadi datang menjelma di fikiranku. Aku pegang dada. Berdetak laju. Turun naik. Aku geleng kepala melegakan fikiran supaya sentiasa berfikiran positif.
Masih sama. Dada masih berdebar. Tak mampu bertahan. Badan aku berpeluh rinik. Aku hantukkan kepala pada meja berkali-kali. Perlahan.
Ya Allah. Tolong pudarkan perasaan ini. Dalam hati tak habis-habis meminta pertolongan dari-Nya. Aku mula menangis.Kenapa aku perlu takut pada benda yang tak bermanfaat? Kenapa fikiran aku dipenuhi dengan wajah Lily? Nadia? Mimi? Dan seorang lelaki yang tiba-tiba muncul di tingkat atas bangunan lama tu. Apa yang aku perlu risau? Mereka baik. Mereka baik. Aku mengulang ayat itu banyak kali.
Aku tak mampu menyiapkan kerja sekolah pada malam ini. Aku menapak ke katil untuk tidur. Bantal ditepuk berkali-kali. Air mata diseka. Aku baring dan memandang syiling bilik itu dengan perasaan kosong.
Setiap hari aku akan begini. Sampai bila aku mampu bertahan? Aku tak sanggup. Kata mereka,jika aku ada masalah. Kongsikan. Lepaskan pada seseorang. Tapi siapa yang patut aku kongsikan?
Mak? Aku tak nak susahkan hati dia. Kalau aku cerita yang aku selalu diejek di sekolah disebabkan wajah aku yang hodoh ini pasti mak akan suruh aku abaikan mereka. Mak kata lagi,jangan kusutkan otak dengan perkara yang negatif. Tapi,aku tak boleh! Tengok saja Lily melayan aku. Seperti aku ini tersangat hina persis orang gelandangan dia melayan aku.
Siapa lagi aku patut kongsi? Zalikha? Tidak jauh sekali. Aku baru rapat dengan dia tahun lepas. Mana mungkin aku akan kongsikan segalanya dengan dia. Lagi satu, Zalikha seorang yang 'friendly'. Jadi dengan siapa-siapa termasuk aku dia akan rapat. Aku paling takut kawan dengan orang yang friendly. Sumpah,takut!
Ya,aku dahagakan perhatian. Tapi aku tak nak orang memandang rendah pada aku. Aku..aku lemah. Aku manusia yang lemah.
Jarum jam menginjak ke angka 1 pagi. Dari pukul 11 malam tadi hingga kini pukul 2 pagi aku masih belum tutupkan mata. Fikiranku kusut. Pelbagai masalah yang aku fikir. Telefon bimbit jenama Samsung aku belek sebentar. Aplikasi WhatsApp dibuka. Sendu. Siapa saja yang mahu mesej aku. Aku bukannya penting untuk sesiapa. Itu yang selalu aku fikir.
Buku sejarah aku pegang semula. Orang kata, buku sejarah adalah ubat tidur. Jadi,aku buka helaian demi helaian yang penuh dengan perenggan. Aku baca hingga aku tertidur dengan cahaya lampu bilik menyinari sekujur tubuhku.
*-* *-* *-* *-* *-* *-* *-* *-*
Aku harap hari ini lebih baik daripada semalam.
Hari kedua sekolah aku jalani seperti biasa. Rutin harianku takkan berubah. Waktu rehat sudah tiba. Aku menapak kaki ke tingkat atas sekali. Mataku melilau di segenap ruang tingkat ini. Kosong macam biasa. Lantai yang berlubang. Tapi cuaca hari ini paling aku gemar. Mendung. Seluruh tubuh aku terasa sejuk. Awan mahu melimpahkan tangisan tidak lama lagi.
Baju kurung sekolah aku angkat dan segera duduk. Kaki dirapatkan ke dada. Kepala didongak keatas. Melihat awan yang gelap. Mengenang kisah lampau sangat menyakitkan. Aku paling tak suka kalau teringatkan benda yang lepas tapi itulah aku. Aku yang lonely.
"Kau buat apa kat sini" tersentak aku bila terdengar suara garau lelaki. Aku pandang. Dia sudah disebelah aku.
"Kau.." suara aku seakan tersekat dikeronkong. dada aku berdebar hebat. Ni mamat semalam tu. Ya betul. Muka dia sama. Ada mix cina sikit tapi mata tak sepet. Tinggi dia jangan cakap. Aku kena dongak bila pandang dia. Aku kena teruskan percakapan ni.
"Kau ni siapa?" Laju aku muntahkan soalan kepada lelaki ini.
"Haqeem"
"Kimi?" Haqeem buat muka bekunya. Dalam hati Haqeem mati-mati mengutuk Hannah. Dah lah tak lawa plus pekak pulak tu. Sorry.
"Ish. Haqeem. H-A-Q-E-E-M." Lelaki itu mencebik serta merta mengeja namanya. Peduli apa aku. Aku tetap nak panggil dia Kimi.
"Aku panggil kau kimi jelah. Haqeem tu panjang sangat"
"Ergh! Suka hati kau je" aku julingkan mata. Apa aku peduli?
"Kimi"
"Hannah"
Kami saling berpandangan. Mata bertentang mata. Satu saat sebelum aku menjatuhkan pandangan.
"Mana kau tahu nama aku?" Langit gelap tu aku tatap semula. Kain aku mula beralun mengikut arah angin.
"Erm...someone who tell to me"
"Siapa dia?" Tanya aku mahu kepastian.
"Ada lah" aku mencebik.
"Haish. Kau pun sama macam diaorang. Dah lah. Baik kau turun sebelum orang lain tahu tempat ni" arah aku. Sebelum aku dengan dia tertangkap dengan cikgu disiplin baik dia pergi.
"Aku suka tempat ni" aku terus memandangnya. Suka?
"Pergilah" halau aku. Aku tekad tak nak siapa-siapa tahu tempat persembunyian aku.
"Kau siapa nak halang aku" tegas. Aku mempicingkan mata memandangnya. Dia siapa nak cakap macam tu dengan aku.
"Whatever"
"Kau tak makan? Sekarang kan waktu rehat" Haqeem mengambil tempat disebelah aku. Makin dekat. Aku mengesot ke tepi sedikit. Dia menghulurkan sebungkus makanan pada aku.
"Nah. Roti"
"It's okay" aku tolak pemberiannya. Lembut.
"Aku tak nak kau lapar. Ambil lah makan" hulurnya lagi. Tersentuh aku dibuatnya. Nak nangis aku. Ergh, cengeng betul!
Aku menghembus nafas lembut sebelum aku bertanya padanya. "Kenapa?"
"Kenapa apa?"
"Kenapa kau baik dengan aku? Takde siapa-siapa bagitahu kau tentang aku ke?" Aku tak mahu siapa-siapa yang rapat dengan aku akan berasa kesal bila kenal aku.
"Apa maksud kau?"
"Berapa yang diaorang bayar kat kau? Bagitahu aku sekarang. Tak perlu nak berlakon bagai. Aku dah tau taktik lama korang semua" hampir terbeliak jugaklah mata Haqeem bila aku berkata demikian.
"Apa kau merepek ni" marah Haqeem pada aku. Dia tidaklah marah tapi nada suara dia agak tegas dan mungkin dia geram pada aku yang asyik menuduh saja.
"Langsung tak tahu?" Haqeem menggelengkan kepala. Mukanya juga nampak seperti betul-betul tidak tahu apa-apa.
"Kalau macam tu. Baik kau jauhkan diri daripada aku"
"Apahal kau ni. Siapa hak kau nak halang orang berkenalan dengan kau. Aku ada buat salah kat kau ke?"
"Nothing. Just want to remind you before anything happen" kataku selamba. Pada sisi aku nampak muka Haqeem yang tidak puas hati tu.
"Aku nak kawan dengan kau" cengang.
ish. Degil betul mamat ni! Aku dah kata jangan rapat dengan aku. Tak faham bahasa ke!
"Aku tak perlukan kawan. Aku selesa macam ni"
*-* *-* *-* *-* *-* *-* *-* *-*
YOU ARE READING
Aishiteru,Miss Anxiety!
Teen FictionSocial Anxiety Disorder or SAD *-* *-* *-* *-* *-* *-* *-* *-* *-* *-* NUR HANNAH DAILA lebih dikenali sebagai Ann. Seorang yang introvert. Tapi dia bukanlah sombong! Ramai yang mengatanya dalam diam kerana mempunyai rupa paras yang tidak cantik. Ba...