Permandangan langit biru ini aku tatap. Tiada tempat lain selain tingkat atas sekali bangunan berhantu sekolah ini aku singgah. Aku menghirup udara segar. Lama kelamaan timbul senyuman di bibirku.
Mungkin sebab hari ini tak memenatkan dan permulaan hari baru aku untuk keberapa kali. Entah. Aku suka kan hari ini.
Sedang aku ralit dengan melayan perasaan. Aku terdengar suara seseorang sedang mengaduh sakit.
"Aduh..sakit!" aku memandang kearah suara itu. Saat aku memusing memandangnya, kami sekali lagi bertentang mata. Waduhhh gimana sih! Kimi lagi? Erghh memang tak ada orang lain ke selain dia? Tapi setakat ni hanya dia sorang je yang tahu aku di sini. Sejujurnya aku tersangatlah seram dengan kimi atau nama sebenarnya Haqeem. Entah sejak pertama kali kami bertemu. Dia menghulurkan tisu pada aku. Aku rasakan masa itu dia seakan mahu mengenali dan memahami diri aku. Adakah itu benar? Atau aku je yang selalu perasan?
"Kau buat apa kat sini" tanyaku pantas. Dia tidak menjawab soalan aku malah dia sibuk menunduk melihat kakinya yang baru saja tersadung melanggar batu ditingkat ini.
Benar. Tingkat ini sangat buruk jika dilihat pada pertama kali. Lantai yang tidak rata. Ada satu tangki air yang besar di tingkat ini kelihatan sangat menyeramkan. Tetapi saat mendongak keatas melihat langit yang indah ditingkat ini automatik kawasan ini menjadi sangat cantik pada pandangan mata aku.
"Sakit ke?" Tanya aku dengan perlahan.
"Tak tak. Aku ok je" tegak badannya semula. Eleh, nak tunjuk macho lah konon. Pigidah!
"Kau memang suka tempat ni?" Tanya kimi atau lebih tepatnya Haqeem pada aku.
"Iya. Kau buat apa kat sini?" Soalan berbalas dengan soalan.
"Saja" terus Haqeem berjalan menerusi aku dan dia turut mendongak melihat langit biru.
Mendengar jawapannya itu aku menghela nafas berat. Kepala ku jugak dihadapkan ke langit semula. Cuaca hari ini sangat baik. Tidak hujan dan tidak juga panas. Aku mengangkat baju berwarna putih sebelum duduk untuk memastikan baju aku tidak kotor. Haqeem turut melakukan hal yang sama. Dia duduk bersebelahan dengan aku dengan jarak satu meter.
"Hannah..aku-"
"Ann" pantas aku memotong. Laju sahaja Haqeem memandang aku.
"Ann?" Tanya kimi pelik dengan keningnya yang berkeringat.
"Ish. Nama aku panjang sangat. Panggil Ann je" kataku.
"Eleh. Hannah pun bukan panjang sangat" aku menjulingkan mata kearah lain. Malas mahu melanjutkan perbualan kami. Dari tingkat atas ini aku dapat melihat semua orang yang berada di bawah yang bersaiz semut persis sedang berkawad. Sebelum aku mengukir satu senyuman Haqeem tiba-tiba bersuara.
"Ann..kau ada masalah ke?" Tanya Haqeem dengan muka yang sukar untuk ditafsirkan. Mukanya seperti mahu sangat mengambil berat tentang aku.
"Nampak muka aku macam ada masalah ke?" Kata aku sebelum mencebik. "Kita ni kenal pun tak. Macam mana kau tahu aku ada masalah" tambah aku.
"Hati aku cakap" ringkas tapi menusuk. Ya,itulah Haqeem yang baru aku kenali beberapa hari ini.
"Wow amazing! Kau ni sebenarnya tingkatan berapa? Bukan apa,aku takut kang kau ni junior aku je" aku memandangnya dengan sinis sekali. "Kalau junior kau pun kenapa?" Jawabnya tenang.
"Tak ada apa. Cuma aku kena layan kau macam adik-adik sikit lah. Mungkin jugak aku kena panggil kau adik..adik kimi?" Kata aku sambil ketawa. Lantas aku memandang Haqeem yang langsung tidak memberi sebarang reaksi. Terdiam aku bila sedar aku sahaja yang ketawa.
Alahai,Malu.
"Aku tingkatan lima" terkedu aku sebelum aku meminta maaf padanya. Hanya satu patah perkataan.
"Maaf" Itu lah mulut tu tak reti cakap baik-baik dengan orang. Kan diri sendiri yang malu jugak. Geleng kepala sendiri.
"Kau--" aku baru kata sepatah dia sudah memotong. Cis!
"Aku baru pindah sini. Aku datang dari Ipoh. Sebenarnya aku tak nak pun pindah sekolah. Tak rela. Tapi aku ikutkan saja ayah aku" pilu. Aku dapat rasakan hatinya benar-benar tidak mahu meninggalkan sekolah serta kawan-kawan lamanya.
"Aku pindah sini pun mana ada kawan sangat. Aku pun baru berkenalan dengan classmate aku" katanya sambil memandangku dengan mata yang membundar.
"It's okay. Tak ada beza pun Ipoh dengan Kuala Lumpur. Semua tempat sama je yang penting kita terus istiqomah dalam menuntut ilmu" bagi mengelakkan rasa kecewa mamat ni bertambah,aku tambahkan sedikit gula untuk melegakan hatinya.
Ceh.
Kringggg
Tiba-tiba loceng sekolah mengalunkan iramanya menandakan waktu rehat sudah tamat. Aku dan Haqeem berpandangan sebelum aku bangun dari duduk yang lama.
"Aku masuk kelas dulu" aku membetulkan pakaian seragam sekolah aku sebelum berjalan beberapa langkah.
"Aku nak kawan dengan kau" terpanar. Ini bukan pertama kali dia berkata dia mahu menjadi kawan aku. Tapi jantung aku sering kali berdegup yang amat dasyat bila dia berkata begitu.
Mengapa?
"Jangan. Kau akan menyesal bila kenal dengan aku" pantas aku menyambung langkahku untuk ke kelas meninggalkan Haqeem berseorangan.
*-* *-* *-* *-* *-* *-* *-* *-*
YOU ARE READING
Aishiteru,Miss Anxiety!
Teen FictionSocial Anxiety Disorder or SAD *-* *-* *-* *-* *-* *-* *-* *-* *-* *-* NUR HANNAH DAILA lebih dikenali sebagai Ann. Seorang yang introvert. Tapi dia bukanlah sombong! Ramai yang mengatanya dalam diam kerana mempunyai rupa paras yang tidak cantik. Ba...