~AMA 06~

11 3 0
                                    

"along. Tolong ambik order meja 11 tu" angguk aku. Tangan yang basah aku keringkan menggunakan kain. Kelihatan seorang lelaki bertopi hitam jenama Nike. Pakaiannya juga serba serbi lengkap berwarna hitam. Dia menunduk dengan jari jemarinya sibuk berlayar diatas keyboard telefon bimbitnya jenama iPhone.

Aku mula bersuara. "Ya,encik. Nak order apa?" Lelaki itu mula memandang aku. Pantas aku jatuhkan pandangan. Sikap aku memang tak boleh nak ada eye contact dengan orang. Lama. Lelaki ini langsung tidak memberi respon atas soalan aku ajukan. Aku memandangnya semula.

Dia masih melihat wajah aku yang separuh ditutupi mask muka. Aku pelik. Kenapa pandang aku lama-lama ni. Aku mula berdehem.

"Encik?"

"Ehem. Ya?"

"Encik nak order apa?"

"Bagi saya...hmm..." Mata lelaki ini mula melilau pada menu yang dah lama tergantung di dinding kedai makan ini. Dari atas hinggalah bawah dia teliti. Masih tiada pesanan? Ergh aku tak boleh lama-lama. Nanti panic attack aku serang semula.

"Teh ais limau. Satu" hampir terbeliak mata aku. Dah lama aku kat sini. Air je kau pesan? Erghh! Aku senyum disebalik mask muka. Pura-pura

"Ok. Tunggu kejap ya" angguk lelaki itu. Aku pun melangkah ke dapur kedai untuk menyiapkan pesanan lelaki itu. Dada berdebar. Tangan menggigil. Dengan perangai pelanggan sebegitu rupa boleh buat aku jadi panic macam ni. Tarik. Hembus. Chill! Takda apa yang berlaku. Bayangan lelaki itu memandang aku segera aku jauhkan.
Perasaan kau je, Ann!

*-* *-* *-* *-* *-* *-* *-* *-*

Haqeem melihat seorang perempuan yang menuju ke meja yang diduduknya. Perempuan itu berpakaian sekolah cuma kainnya sudah tiada tapi dia telah digantikan dengan seluar tracksuit. Lencana sekolah dan name tagnya ditutup dengan pin. Dia sorok?

Haqeem pura-pura sibuk dengan telefon bimbitnya.

"Encik. Nak order apa?" Perempuan itu mula bersuara. Haqeem mengangkat wajah. Terkejutnya bukan kepalang. Perempuan itu adalah Hannah. Lihat saja pada mata milik Hannah dan pakaiannya itu dia sudah dapat teka. Tapi itu tekaannya saja.

Jadi,betul lah Hannah bekerja sambilan disini. Tapi Haqeem tidak dapat melihat wajah itu dengan jelas disebabkan Hannah memakai mask muka. Hanya melihat pada mata Hannah saja sudah dapat mengocangkan jiwa lelakinya.

"Encik?" Haqeem berdehem dan mencari akal.

Okay kau memang gila Haqeem! Kau datang sini bukannya nak makan atau minum pun. Balik sekolah tadi kau dah melantak dua pinggan nasi lauk ayam cili api ibu. Datang sini nak makan lagi? Sumpah,perut kau macam tong sampah.

"Teh ais limau. Satu" Hannah mengecilkan matanya. Haqeem pelik. Dia marah? Takkan dia kelip mata kat aku en. Habis kenapa mata dia tiba-tiba sepet tadi? Ke dia senyum kat Haqeem? Argh! Haqeem tak nampak sebab Hannah pakai mask kalau tak mesti Haqeem lah orang paling beruntung sekali dapat melihat dia senyum. Pasti manis sekali.

Haqeem gila!

Lamunan Haqeem hilang serta merta bila Hannah muncul didepan mata.
"Nah. Dua ringgit" Haqeem mengeluarkan not seringgit dua keping.

"Terima kasih" kata Haqeem dan mata Hannah sekali lagi mengecil. Bukan kelip mata ok. Hannah senyum lagi.

Argh!

*-* *-* *-* *-* *-* *-* *-* *-*

Tepat jam 8 malam. Selesai menunaikan solat fardu maghrib Aku dibenarkan pulang ke rumah. Mak memesan aku supaya jaga adik aku hingga dia pulang dari kedai.

Aku berjalan kaki dengan mengangkat beg sandang di bahu. Buku yang berat semua itu aku pikul. Walaupun cikgu membenarkan murid menyimpan buku di locker yang disediakan. Tapi,aku tidak. Aku dah serik. Serik bila locker aku sendiri dikopak. Barang-barang didalamnya turut dicuri orang.
Buku-buku semua di dalam locker hilang. Aku menangis waktu itu tapi sorang pun tiada belas kasihan pada aku termasuk cikgu-cikgu.

Yang mereka tahu hanya menyalahkan aku kerana tidak mengunci locker padahal sebelum pulang aku dah cek banyak kali. Berat ujian-Mu ya Allah.

"Assalamualaikum cik Nab" aku mengetuk pintu rumah makcik Zainab lalu memberi salam.

"Waalaikumussalam..eh Hannah. Acik lupa yang harini hari pertama sekolah. Tadi acik nyaris nak call mak Hannah suruh ambik adik kamu ni" kalau call pon apa salahnya. Iya dok? Selalunya masa cuti sekolah haritu aku ambik adik aku awal sikit. Dalam pukul 5 petang. Sekarang sampai pukul 8 malam baru datang ambik diaorang. Muka adik aku,Hannani berusia 4 tahun dah separuh sedar dah. Ngantuk sangat lah tu. Lagi sorang adik aku Hariss tiada di sini. Dia dah pulang ke asrama semalam.

"Itulah. Saya pun lupa nak inform acik pagi tadi. Nak bagitahu yang saya ambik Nani lambat sikit"

"Takpe lah. Acik okay je"

"Along!" Nani yang baru keluar dari rumah cik Nab terus menyapa aku. Ceria. Senyumannya tidak lorek dari bibirnya. Melihatkan itu aku terus terlupa semua masalah aku. Aku membalas senyuman Nani.

"Along..jom balik" dengan muka comelnya itu dia mengajak aku pulang ke rumah.

"Cik Nab. Terima kasih ya. Saya balik dulu"

"Sama-sama" aku mengambil sebelah tangan Nani dan pegang untuk berjalan beriringan. Rumah tidaklah jauh. Hanya perlu berjalan kaki sedikit untuk sampai. Mak meletak Nani di rumah cik Nab kerana mak sibuk di kedai. Tiada siapa mahu menjaga Nani.

Aku berjalan bersama Nani. Sepi untuk beberapa minit sehingga Nani membuka mulutnya dan bersuara "Along..kenapa ayah dah lama tak balik eh. Nani rindu ayah" tersentak aku dengan soalan itu. Sayu suaranya. Ayah? Ayah takkan pedulikan kita Nani. Getus hatiku.

"Ayah sibuk sikit. Tu yang tak balik" dalih aku. Sudah beribu kali aku gunakan alasan yang sama. Bosan telinga Nani mendengarnya.

"Tapi dah seminggu Nani tak jumpa ayah" aku pejam mata. Tu pun kira bersyukur sebab kita masih dapat jumpa ayah,Nani. Hati berbicara.

Suasana tiba-tiba terasa seram sejuk. Bulu roma mula menegak. Aku menyedapkan hati. Baru pukul 8 malam. Takda apa yang berlaku. Laluan disini pun sibuk dengan kenderaan lalu lalang. Aku mengeratkan lagi pegangan tangan.
"Nani pegang tangan Along kuat sikit. Jalan ni gelap" kami berjalan secepat mungkin untuk sampai ke rumah.

*-* *-* *-* *-* *-* *-* *-* *-*

Aishiteru,Miss Anxiety!Where stories live. Discover now