Haqeem menuruni tangga perlahan. Baru lepas melihat seorang gadis menangis seorang diri membuatkan hatinya ditimpa seribu satu rasa. Melihat wajah gadis yang comot dengan air matanya jelas kelihatan gadis itu dalam kesusahan.
Walaupun luaran Haqeem nampak beku tapi hatinya lembut. Mudah tersentuh. Wajah gadis itu tidak henti-henti berlayar dalam fikirannya. Wajah yang sedikit gelap. Kulit muka yang..tidak sekata. Maaf. Bentuk badannya tidaklah ramping tapi bagi Haqeem badan gadis itu sudah cukup kurus dimatanya. Tapi,kenapa dia bersungguh menangis berseorangan di tingkat atas bangunan lama sekolah itu.
Pelik
Haqeem menyorok sebentar dibawah tangga. Menunggu gadis itu turun dulu.
Satu saat.
Dua saat.
Lima saat.
Sepuluh saat.
Akhirnya, gadis itu turun jua. Apalah dia buat lama-lama kat atas tu. Gadis itu berjalan kehadapan tanpa menoleh ke sisinya. Haqeem menuruti gadis itu dengan anggaran jarak tiga meter. Harap dia tidak sedar.
Perlahan.
Haqeem mengikutinya hingga dia hampir sampai di kelasnya sendiri. Bangunan kelasnya berada disebelah bangunan lama tadi. Jaraknya tidaklah jauh. Haqeem melintas dihadapan kelasnya dan berhenti seketika. Dia melihat gadis itu masih meneruskan perjalanan dan untuk beberapa saat dia memasuki kelas.
Haqeem melihat papan tanda kelas gadis itu. 5 akaun1. Angguknya sendiri. Gadis itu 5 akaun1 dan dia..5 akaun2. So,maknanya..aliran akaun untuk sekolah ini ada dua kelas. Angguknya lagi. Dalam hati mentertawakan diri sendiri. Kenapa dia tak sedar benda itu dari awal. Haha.
"Hui Haqeem. Masuk kelas. Tercegat apa lagi kat situ" tegur Malik yang sudah memerhati Haqeem sejak tadi. Haqeem yang tersentak waktu itu tak dapat mengawal riak wajahnya. Dia menggaru kepala yang tidak gatal.
"Ehem" Haqeem mencari akal.
"Aku nak tengok-tengok kawasan sekolah. Aku kan baru pindah sini" kata Haqeem. Sehabis baik jawapan yang dia bagi ni. Haqeem mula memasuki kelas mengikut pintu hadapan. Mahu mengelak daripada Malik.
Tetapi Haqeem silap. Malik yang dari pintu belakang menghampiri. Mahu mendampinginya. Malik mula bersuara. "Kau macam cari something tadi. Apa dia?" Tanya Malik. Haqeem menarik kerusi dan duduk. Malik juga begitu.
"Takde apa" geleng Haqeem menafikannya. Memang betul dia tengok budak perempuan tu. So,what?
"Kau tengok budak Hannah tu?" Tercengang Haqeem dibuatnya. Hannah? Sedapnya nama. Puji Haqeem dalam hati. Tapi betul ke gadis itu. Entah-entah orang lain sebab yang lalu kat depan kelas dia tadi ramai jugak perempuan.
"Hannah mana ni? Aku tak kenal siapa-siapa kat sini"
"Budak perempuan yang baru masuk kelas sebelah tadi. Kau tengok dia kan?" Malik angkat keningnya berkali-kali. Muka Malik seperti ingin ditumbuk bertubi-tubi. Kalau handsome takpa jugak. Ini muka mintak kaki je. Ergh! Ohh,bongkak eh kau Haqeem. Mentang-mentang kau kacak.
"Ish,kau ni! Ada-ada je" Haqeem mula mengeluarkan buku teks matematik dan diletakkan diatas meja. Get ready sebelum cikgu masuk.
"Hahaha itulah. Takkan kau tengok minah tu pulak en. Sebab budak perempuan tu banyak haters" Haqeem yang baru lepas mengeluarkan buku terus terhenti perbuatannya. Haters? Maknanya, sebab tulah dia menangis sorang-sorang kat tingkat atas tu.
"Ha..haters?"
"Haah. Alah panjang cerita dia. Kalau cerita kat kau memang setahun pun takkan cukup"
"Han..Hana?" Haqeem ulang semula nama itu. Mahu kepastian.
"H-A-N-N-A-H" Malik mengeja satu-satu.
"Hannah Daila. Orang panggil Ann" ulang Malik lagi.
Angguk Haqeem dan mereka berdua berhenti berbual. Cikgu yang mengajar subjek matematik mula memberi salam dan senyum kearah mereka semua.
*-* *-* *-* *-* *-* *-* *-* *-*
Hari pertama persekolahan sudah tamat. Aku menghembus nafas lega. Kaki melangkah keluar dari pagar sekolah. Aku bergegas balik. Aku kena tolong mak ni. Tolong mak di kedai.Memandangkan mak aku membuka kedai makan. Jadi,aku pun kena bantu. Tiada bantahan. Kerana...itu jugalah aku dapat membesar untuk beberapa tahun kebelakangan ini. Hidup tanpa seorang ayah. Membuatkan hati aku lebih rasa pilu.
Aku senyum sendiri.
Tiba-tiba aku rasa diri aku diekori. Aku melangkah laju. Tidak mahu berpaling kebelakang. Tapi mungkin juga itu hanya perasaan aku. Sejak aku diejek oleh kawan-kawan disekolah. Sikap overthiking aku makin menjadi-jadi. Jadi, tentang orang mengekori aku juga hanya salah satu mainan perasaan aku juga.
Abaikan.
Aku menuju ke pintu belakang kedai. Pinggan mangkuk pelanggan penuh memenuhi besen. Buih sabun juga sudah melimpah keluar. Aku geleng kepala. Pili air ditutup. Apa nak jadi dengan pekerja mak aku ni. Haih
Tiba-tiba mak menuju ke pintu belakang kedai. "Hah along dah balik. Meh tolong mak kejap. Ni kak Watie pergi kedai tadi. Habis kelam kabut mak buat kerja sorang" kata mak penuh perasaan. Aku memandang. Aku menghela nafas.
Berat.
Aku meletakkan beg sandang diatas kerusi yang sedia ada di situ. Kain sekolah pula aku buka cangkuknya. Tinggal lah seluar tracksuit berwana hitam. Lengan baju sekolah aku lipat hingga ke bawah siku. Tudung sekolah pula aku lipat kemas. Mask muka juga aku sediakan. Beres.
Rutin harian aku setiap hari adalah sama. Ianya bermula sekarang.
"Along tolong basuh pinggan dalam besen tu ya. Mak nak ambik order jap" angguk aku tanpa bantahan.
Haqeem yang dari tadi memerhatikan Hannah lama-lama berkerut dahi. Dia tertanya. Takkan habis saja sekolah Hannah akan bekerja sambilan di kedai makan ini? Tapi apa kena mengena ramai pelajar yang haters padanya?
Banyak persoalan yang berada diminda. Banyak tanda tanya dan juga kata kerja. Ah! asal lagu Najwa Latif dalam kepala nih. Haqeem mengangkat kaki beredar. Banyak lagi yang dia perlu tahu tentang gadis itu. Ya,Hannah.
Dia perlu tahu.
*-* *-* *-* *-* *-* *-* *-* *-*
YOU ARE READING
Aishiteru,Miss Anxiety!
Teen FictionSocial Anxiety Disorder or SAD *-* *-* *-* *-* *-* *-* *-* *-* *-* *-* NUR HANNAH DAILA lebih dikenali sebagai Ann. Seorang yang introvert. Tapi dia bukanlah sombong! Ramai yang mengatanya dalam diam kerana mempunyai rupa paras yang tidak cantik. Ba...