~AMA 04~

16 3 0
                                    

Kring...

"Ann,jom rehat" ajak Zalikha. Aku memandangnya lewat ekor mata. Aku tak ada mood nak makan.

"Kau turun dulu lah" Zalikha mula mengerut keningnya.

"Makan kat kelas ke?" Angguk aku. Sekali.

"Kalau macam tu. Aku beli makanan pastu naik kelas ok?" Angguk aku lagi. Zalikha mula beredar.

Dari semalam lagi aku tak sabar nak makan makanan acik kantin. Nasi goreng letak ayam. Sambal lebih. Fuh sedap. Tapi, sekarang tak lagi. Nafsu makan aku dah hilang sejak kelas sejarah mula tadi.

Fikiran aku tidak henti-henti memutarkan segala percakapan Lily dan yang lain. Sekejap-sekejap aku geleng kepala. Serupa orang gila.

"Muka makin gelap"

"Takde yang berubah"

"Sisik ikan"

"Azam setiap tahun sama. Nak cantik, flawless, putih gebu"

"Tapi tak pakai apa-apa"

Semuanya asyik tergiang ibarat pita radio yang tiada penghujungnya dalam fikiranku. Tidak henti-henti mengulang bunyi yang sama.

Air mata nyaris tumpah bila terkenang. Nasib tiada siapa di kelas. Aku bangun dari duduk yang lama. Keluar dari kelas. Mencari suatu cahaya kegembiraan walaupun hati tak selalu kuat seperti selalu. Mencari jalan hidup yang sebenar. Ya,inilah aku. Aku yang tak cantik, berisi, tembam, hitam, pendek.

Aku menuruni tangga laju. Tak boleh. Air mata aku tak mampu bertahan lagi. Barangkali ujian kali ini lagi berat dari sebelum. Aku reda.

Sampai dibawah. Aku terus berlari ke bangunan hujung sekolah ini. Bangunan itu agak tersorok. Ramai kata bangunan tu berhantu dan kelas dibangunkan itu hanya ada empat sahaja. Murid-murid bangunan itu sahaja sentiasa berlalu-lalang disitu.

Tapi sekarang waktu rehat. Pasti mereka tiada. Aku mendaki tangga menuju ke tingkat atas sekali. Aku pernah pergi tempat ni bersama kawan baik aku, Ziana. Kami lepak disitu. Tapi dia dah pindah dua tahun lepas. Maka, tinggal lah aku berseorang yang selalu pergi ke tingkat ini. Mengimbau kenangan lalu bersama Ziana.

Bangunan ini tiada bumbung. Ditingkat atas itu kosong. Rata. Lantai yang diperbuat daripada simen itu ada yang berlubang. Sama seperti bangunan lama.

Tiba saja ditingkat atas itu. Aku duduk. Kaki dirapatkan ke dada. Aku memandang langit. Cerah.

'Aku rindukan kau Ziana'

"Kau ambik buku ni" buku tulis sekolah berkulit coklat yang ditulis nama Nur Ziana iman Binti Kamal dihulurnya.

"Buku apa ni?" Aku mula curiga. Buku tulis sekolah? Takkan kat atas ni nak but kerja sekolah. Agak-agak lah cik Ziana oii.

"Buku diari aku. Aku tulis segala kenangan kita berdua. Kalau kau rindukan aku,kau bacalah" aku mengerutkan kening. Sejak bila dia tulis diari ni. Aku tak pernah tahu pun.  Tapi kenapa dia nak bagi buku diari ni kat aku.

"Kau cakap macam kau nak jauh dari aku je"

"Ann..aku dah lama nak bagitahu kau. Minggu depan...aku kena pindah" jantung seperti sudah berhenti berdegup. Aliran darah dalam badan tidak berfungsi dengan baik. Pindah?

"Tapi kenapa?"

"Aku kena ikut papa mama aku. Kami kena pindah Singapura"

"Jauh tu Zi"

"Aku terpaksa" ziana mengeluh. Perlahan. Aku memandangnya disebelah aku. Ziana sedang melihat langit cerah.

"Zi..." Suaraku perlahan.

"Jaga diri" sambungku. Ziana memandang aku sesaat dan terus memeluk ku. Aku menyambutnya. Kami dalam keadaan begitu dalam tiga minit dan aku mula bersuara.

"Aku tak suka tengok kau nangis. Buruk" kataku.

"Eyyy kau ni. Potong mood aku!" Terus dileraikan pelukan. Kami sama-sama ketawa.

"Hahaha"

'Aku rindukan masa lalu, Ziana'

Berjujuran air mata jatuh membasahi pipiku. Belakang tudung sekolah aku ambil dan mengelap air mata yang jatuh. Tidak sampai tiga saat...

"Nah. Tisu." Ada tangan seseorang dari kiri aku. Dia menghulurkan tisu.
Aku menyambutnya. Aku perlukan tisu.

"Terima kasih" lantas saja mulut mengucapkan terima kasih tanpa melihat pada gerangan manusia itu. Tiba-tiba aku baru teringat. Ada orang lain selain aku datang ke tingkat ni?! Oh tidak! Siapa tu? Entah-entah hantu...

Aku memusing kepala perlahan-lahan ingin melihat orang yang menghulur tisu itu.

"Errr.." satu dua tiga. Cak!

Seorang lelaki tinggi lampai. Rambutnya ditolak ke belakang.  Berpakaian lengkap kemeja sekolah. . Aku terus memandangnya. Ya Allah! Wajah dia..sungguh tampan! Seakan-akan kacukan cina. Tetapi matanya tidak sepet. Aku tergoda. Jatuh cinta pandang pertama barangkali. Arghhh!!! Jerit hatiku. Lelaki itu pantas memetik jari dihadapan aku apabila tiada sahutan daripada aku. Terus tersedar.

"Macam mana kau ada kat sini" aku bangun. Menurunkan baju yang terangkat semasa duduk. Kain ditepuk sedikit menghilangkan pasir yang melekat.

"Aku ternampak kau tadi" kata lelaki itu sambil matanya melilau melihat sekitar kawasan ini.

"Kau follow aku?!"

"Tak kuasa aku" beku. Mamat ni sumpah perangai macam batu. Geram aku.

"Dah lah. Jangan datang sini lagi" halang aku. Kalau dia tahu aku kat sini. Nanti dia report kat cikgu macam mana?

"Kenapa pulak?" Aik. Orang kata tak payah datang. Tak payah lah. Ish

"Sebab..sebab..se--" alamak! Mata aku melilau. Nak jawab apa ni. Cari akal. Kenapa eh?

"Sebab apa?" Tersentak aku. Anak mata lelaki itu tajam menikam mataku. Gerun.

"Ish. Takde sebab" juling mata aku. Malas nak gaduh. Aku memang suka mengalah.

"Good"

Aku mula membisu. Perasaan malu menguasai diri. Aku baru sedar yang aku datang sini sebab nak luah perasaan kat diri sendiri.

"Erm..pasal tadi jangan bagitau orang lain tau. Janji?" Kataku sambil mata memandang kearah lain.

"Tak janji" terus aku berpaling. What?! Serious mamat nih ergh!

"Wehhh..sampai hati kau" rayuku. Aku tak pernah tengok mamat ni. Budak baru ke atau budak form 4? Entah. Kalau form 4,melepaslah aku. Haha merepek.

"Tisu aku bagi balik" ehh tisu?

"Dah guna takkan nak balik kot. Buruk siku" tangan kanan aku memegang tisu dah guna. Tangan kiri pula memegang lebihan tisu.

"Bukan yang tu. Yang dalam plastik tisu tu" tunjukkan pada tangan kiri aku.

"Ohh..ingat nak bagi semua kat aku" perli. Mati-mati aku ingat dia bagi semua.

"Ah kau. Nak beli sendiri" lelaki itu angkat kaki dan terus beredar. Tinggal aku seorang disitu dengan tanda tanya. Gila ke mamat ni!

Aishiteru,Miss Anxiety!Where stories live. Discover now