11 | Ajar

1.4K 235 42
                                    

Farah Ain bersandar pada dinding sambil berpeluk tubuh. Dilihat lelaki tua dihadapannya yang tak sudah-sudah membaca akhbar harian walaupun sudah lewat malam.

"Ayah," panggil Ain.

Lelaki tua itu hanya berdehem dan tidak mengendahkan keberadaan anak gadisnya.

"Ayah, saya tak rasa Salman tu orangnya." Farah Ain mengambil tempat duduk berhadapan ayahnya di meja makan. Hari sudah lewat malam, seisi rumah sudah tidur. Hanya mereka dua beranak sahaja yang masih bersengkang mata.

"Teruskan je la berhubung dengan dia sampai dapat maklumat yang kita nak," ujar Inspektor Ramli.

"Saya dah ekori dia siang tadi. Dia cuma pergi jumpa seorang gadis dan ke rumah kebajikan. Itu je yang dibuat sepanjang hari. Takde langsung perkara yang mencurigakan," khabar Ain dengan serius. Dari pagi hingga ke petang, dia hanya menunggu di hadapan sebuah rumah kebajikan yang diiktiraf kerajaan. Sebarang mondus operandi baharu tiada lagi berkait dengan rumah anak yatim.

" Bagus, track nombor phone dia dan ikut dia ke mana saja."

"Ya. Tapi sampai bila saya kena layan dia macam saya ni terhegeh-hegehkan dia?" Keluh Ain. Dia tidak mahu memegang watak budak kolej dalam karier polisnya.

Dengan menyandang watak itu, dia terpaksa bersifat kurang matang dan ceria. Bukan itu sahaja, dia juga terpaksa berpenampilan sopan seperti gadis melayu terakhir. Semua itu bertujuan untuk memikat hati Salman agar lelaki itu membuka mulut sedikit demi sedikit.

"Cuba korek lagi rahsia dia. Tanya rumah dia dekat mana atau bila nak bawa jumpa parents dia..." Surat khabar dikatup. Dia mula fokus pada Farah Ain. Sejak berada dalam jabatan jenayah narkotik, Farah Ain terpaksa akur akan arahan ketuanya iaitu ayahnya sendiri.

" Ayah, Salman tu pun ada perasaan juga. Saya tak rasa dia tokan dadah atau terlibat dengan sindiket macam ni. " Jika memikirkan kembali tentang pemuda itu, Salman tak ubah seperti lelaki kebanyakkan yang masih terumbang ambing mencari pekerjaan di tengah kota.

"Kita takde satu pun maklumat lengkap tentang kegiatan kumpulan Black Jack. Salman je satu-satunya suspek kita untuk kita tahu maklumat kumpulan tu. Dan boleh jadi yang kawan Salman juga terlibat dengan kumpulan Black Jack." Inspektor Ramli masih bertegas untuk Ain meneruskan penyamaran itu.

"Saya tengok dia tu biasa je ayah. Tak mewah mana pun hidup dan rupa dia bukan seperti seorang penagih dadah. Ujian urine dia pun negatif," ujar Ain pula. Dia tidak mahu berterusan memperbodohkan Salman. Dia tak mahu Salman betul-betul jatuh hati padanya. Cukuplah sepanjang mingggu ini Salman asyiik mengajaknya keluar. Itu tak termasuk lagi nak on the phone setiap malam. Fikirannya serabut dengan timbunan kerja, nak kena layan lelaki yang entah siapa-siapa?

"Ada tokan yang hanya ambil manfaat tanpa terjebak sekali dengan najis dadah. Jadi tak mustahil lah yang Salman tu tokan dadah juga.

Berdasarkan beberapa maklumat yang kita perolehi, Salman telah muncul beberapa kali di lokasi sasaran kita seperti Ulu Tiram. Tetapi kita tak ada banyak bukti untuk tangkap dan reman Salman. Kau teruskan je macam biasa dan cuba kenali Salman dengan lebih mendalam. Aku tak nak hasil risikan kita selama dua minggu dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia hanyalah benda yang sia-sia. Bulan lepas saja kita dah terima laporan yang ada sindiket telah membawa masuk dadah menerusi jalan laut dari Thailand ke negara kita."

"Dan ayah nak kata ni angkara kumpulan Black Jack?" Tebak gadis itu.

"Ya."

"Ayah je yang yakin ni kumpulan Black Jack punya angkara padahal orang lain pun tak pasti kumpulan tu betul-betul wujud atau tak."

Uɴᴛᴜᴋ ᴋᴇ Sʏᴜʀɢᴀ ✓[C] | هجرة Where stories live. Discover now