17| Janji

1.2K 226 39
                                    

Hanya yang bodoh sahaja akan serahkan diri bulat-bulat pada lelaki itu tanpa pertukaran.

Salman merenung pistol di tangannya. Kemudian pandangannya jatuh pula pada wajah Zack yang sedang berdiri di luar kereta. Kawannya itu sedang mengambil sesuatu dari kereta kancil; mungkin barang mereka yang dia terlepas pandang.

Lelaki itu merapati Zack sambil menggenggam erat grip pistol.

"Kau cari apa lagi? Baju kotor kita dah simpan, kan?" soal Salman di belakangnya. Dia turut terjenguk-jenguk melihat apa yang dibuat Zack.

"Dah. Tapi phone aku ni. Aku tak tahu mana pula hilang benda alah tu," keluh Zack. Dia menggosok rambutnya serabut. "Dah lah nombor Najla ada dalam tu."

"Aku minta maaf, Zack," ujar Salman perlahan.

"Untuk?" Zack masih ralik mencari telefon pintarnya di bot kereta. Dia tidak sedar apa yang bakal Salman Firash lakukan di belakangnya.

DUSH

Belakang leher Zack dipukul Salman sekelip mata dengan hulu pistol. Rakannya itu terus tersentak lalu hilang kesedaran. Lengan Zack segera ditarik Salman dan dibawa ke belakang leher, lengan kirinya pula memaut badan Zack agar lelaki itu tidak terlurut jatuh ke tanah.

"Aku minta maaf," bisik hati Salman. Matanya terpejam bagi menguatkan tekad. Dia telah berjanji kepada Zack, maka dia akan tunaikan janji itu walau apapun caranya.

"Aku takkan mati. Aku akan pastikan juga kau selamat. Percayakan aku untuk bawa kau keluar dari dunia dadah ni. Tolong, percayakan aku."

Jika seluruh janji itu tak dapat ditunaikan nanti, biarlah sebahagiannya akan kekal menjadi kenyataan.

Tubuh Zack dibaringkan perlahan-lahan pada tempat duduk bersebelahan pemandu. Tempat duduk itu diturunkan Salman ke belakang agar Zack selesa dalam lenanya. Tali pinggang keledar dipakaikan pada tubuh lelaki itu lalu dia melangkah ke arah kereta Honda Accordnya.

Naufal membuka pintu dan keluar dari kereta itu setelah melihat Zack sudah pengsan. "Kau yakin ke nak pergi sorang ni? Kau tahu kan Mat Shah tunggu kau dengan budak-budak lain. Kau takkan dapat menang lawan dorang kalau datang seorang diri."

"Aku bukan nak menang pun. Tapi aku nak Zack keluar dari dunia dadah ni." Salman tersenyum nipis. Dia tak mahu lelaki yang sudah dianggap sebagai adik itu terpaksa berkongsi masa depan yang gelap. Jauh di lubuk hati Salman Firash, dia tahu Zack telah berjaya mendapatkan hati Najla.

Buat kali terakhir, dia menoleh ke arah Zack. Bahunya terasa dipegang Naufal lembut.

"Ingat, kau bukan datang dengan tangan kosong. Kau datang dengan delima tu. Kalau dorang bunuh kau dari mula, doranglah yang rugi. Aku tak tahu apa yang kau fikir, tapi good luck!" Naufal tersengih menampakkan barisan giginya sambil membuat simbol tangan 'bagus'. Tubuh sasa Salman didakapnya erat.

" Upah kau nanti ambil je mana-mana kad kredit yang aku ada. Kau tanya Zack nanti dekat mana semua kad-kad aku. Setiap satu tu ada RM10 000. Aku tak tahulah cukup ke tak nak bayar pertolongan kau hari ni." Salman meleraikan pelukan itu. Hangatnya membuatkan hatinya sedikit terubat.

" Cukup je. Pergilah jumpa dorang," Naufal mengangguk yakin. Kunci kereta kancil di dalam pegangannya dilambung ke udara dan disambar. " Aku bawa Zack jauh dari sini. Bye, Salman."

Pelayan arak itu memasuki perut kereta tanpa menoleh belakang. Salman turut menusuk masuk ke dalam kereta Hondanya. Dia memegang stereng kulit itu dengan erat. Hatinya beristighfar lama sebelum membuat keputusan bagi melepaskan gear kereta.

" Ya, Allah. Permudahkan urusan aku untuk selamatkan Farah Ain. Aku tak mampu buat apa-apa selain berharap pada Engkau saat ini," getus hati seorang hamba yang telah hilang daya. Segala yang akan jadi, akan diterimanya dengan hati yang terbuka.

Uɴᴛᴜᴋ ᴋᴇ Sʏᴜʀɢᴀ ✓[C] | هجرة Where stories live. Discover now