🎈BAB 4🎈

111 5 1
                                    

Fifi yang menjadi cctv hanya abaikan sahaja isyarat mata di antara dua adik beradik di depannya.

"Ehem..pastikan kerja kau lancar." tegas Fifi sengaja menekankan perkataan lancar supaya mereka tersedar dari kelakuan mereka.

"Haa..ye ye...aku akan buat yang terbaik. Doakan aku." pesan Haikal mengenyitkan matanya dan berlalu pergi.

Muka Fifi mula merah menahan malu.

Baru dia perasan Haikal seorang yang handsome dan tinggi lampai.

Perwatakannya dapat membuat ramai gadis tertarik.

Fifi tersentak daripada lamunan. Dia kembali ke alam nyata 'Eh..Fifi apa fikiran kau melayang sampai ke situ..ishhh.' gumam Fifi.

Kemudian dia teringat akan rancangannya tadi. 'Pasti Airin akan termakan akan setiap ayat manis yang dilontarkan oleh Haikal.' Fifi berharap.

"Eh..abang Kal tunggula." rengek Hyra.

Fifi hanya mampu tersenyum melihat karenah mereka.

"Nanti jumpa lagi Fi. Byee" Hyra melambai tangannya terus berjalan laju mengejar abangnya."

"Okay..okay take care" Fifi hanya mengangguk.

🎈🎈🎈

"Abang Kal..abang dah bersedia ke untuk menyakitkan hati orang?" perli Hyra.

"Ishh kau ni dah kenapa." marah Haikal.

"Wahahahaha..Hyra saja je cakap kat abang. Abang tak takut ke kalau abang memang betul-betul jatuh cinta dekat dia nanti." Hyra memberi peringatan kepada abangnya.

Haikal berdecit.

"Aku tak akan jatuh cinta dengan dia la. Aku akan berlakon saja." balas Haikal ragu-ragu.

"Abang jangan cakap Hyra tak ingatkan eh." Hyra memberi amaran.

"Ye..ye..okay..diam! Aku nak pandu kereta ni." Haikal menfokuskan dirinya untuk memandu.

Haikal menghadam setiap peringatan yang diberi oleh adiknya tadi. Dia menelan air liur laju. Dia takut apa yang dikatakan oleh adiknya menjadi kenyataan.

Hyra sedari abangnya kelihatan cuak.'Aikk..pelik betul. Baru cakap macam tu dah cuak.' Hyra menggeleng-geleng kepalanya.

"Kau tergeleng-geleng sendiri tu apahal?" soal Haikal pelik dengan kelakuan adiknya itu.

'Nak cakap gila..macam waras. Tapi kadang-kadang gila juga Hyra ni..lebih tahap orang gila. wkwkwkwk' kutuk Haikal dalam hati.

Hyra hanya tersengih macam kerang 'wangi' menampakkan sebaris gigi putih miliknya.

🎈🎈🎈

Selama sebulan Airin mencari maknya yang hilang. Kepala yang pening diurutnya berkali-kali.

Airin mahu pergi ke farmasi untuk membeli panadol. Badannya terhuyung-hayang menuju ke farmasi sehinggakan pandangannya mulai kabur.

Airin tidak tahan untuk menggagahkan dirinya supaya terus kekal stabil. Dia rebah. Airin sempat melihat ada seorang lelaki datang kepadanya.

"Cik? Kenapa ni?" soal orang itu.

Airin tidak sempat membalas persoalan lelaki itu. Dia jatuh pengsan kerana terlalu pening.

Maid Kau❤MAK AKU??Where stories live. Discover now