"Mama! Papa! Jangan tinggalkan Rin!"
Aina yang tengah buat kerja di mejanya tersentak. Dia memandang ke arah Airin yang sedang tidur. Mengigau? Aina segera mendekati Airin.
"Rin, kenapa ni?" Aina menepuk lembut pipi Airin.
Airin tersedar dari tidur. Mukanya berpeluh-peluh akibat mimpi yang dia alami.
"Aku rindu mama dengan papa...." sayu suara Airin.
"Airin..kau kena redha dengan pemergian diorang. Kau tak boleh macam ni. Nanti papa dan mama kau lagi sedih tengok kau macam ni."
Airin menarik nafas lalu menghembusnya dengan perlahan.
"Terima kasih Aina sebab bagi semangat dekat aku." kata Airin lantas tersenyum.
"Wey! Kau nak tak kerja dekat tempat aku?" tanya Aina menukar topik.
"Nak! Aku dah lama cari kerja sebenarnya." kata Airin teruja.
"Okay..nanti kau isi borang ni...lepas tu datang pagi esok ke tempat ni." Aina menghulurkan sekeping kad kepada Airin.
***
Airin memakai baju yang sesuai untuk pergi ke kerjanya. Dia menolak pelawaan Aina untuk menghantarnya ke tempat kerja. Usaha sendiri kan lebih baik !
Tok ! Tok !
"Masuk !" arah suara di dalam.
Airin menguak pintu perlahan-lahan dan memberikan senyuman yang manis kepada bosnya. Dia menghulurkan resume dirinya kepada bos.
'Kenapa macam pernah tengok eh muka dia ni? Kat mana eh?' Airin berteka teki di dalam hati.
"Airin Sofea?" soal bosnya. Airin mengangguk dengan senyuman.
'Cantiknya PA baru aku ni. Haha.' getus hati bos Airin.
"Ouh. Okay. Nama saya Tengku Arif Safwan. Awak boleh panggil Arif..atau lebih pendek sayang. Saya bos awak dekat sini. Nak jadikan saya suami awak pun boleh." kata Arif dengan nada Playboynya.
Airin membuntangkan matanya.
'Geli siut! Bos gila mana ni. Haih.' Airin buat muka menyampah tanpa disedari Arif.
"Woi ! Kau buat apa dekat meja aku hah?" terjah Airiel yang baru masuk ke dalam pejabat.
Airin memalingkan mukanya. Dia kelihatan terkejut.
'What? Mana satu bos aku ni? Muka sama je.' bisik Airin.
"Saje. Nak try awek baru. Hahahaha." selamba Arif menjawab.
"Kau keluar sekarang. Pergi buat kerja kau tu." marah Airiel.
"Yelah! Kau ni asyik marah je. Patut lah awek tanak dekat kau...hahaha." kata Arif sengaja menaikkan amarah Airiel.
"Kau tak payah layan sangat dengan abang kembar aku tu. Gila dia tu. By the way, tahniah kerja dekat sini. Kau jadi PA aku. Kau tak payah gembira sangat sebab kau hutang dengan aku. Aku terima kau kira nasiblah. Haa..meja kau kat luar tu." jelas Airiel.
FLASHBACK
"Aina ! Kau tak payahlah susah-susah nak carikan aku PA. Aku boleh handle sendiri." marah Airiel.
'Eyy abang aku nii...orang dah cari tu tak payahlah marah-marah.. sepatutnya berterima kasih dekat aku nii. Bukan susah pun. Tak guna duit pun nak cakap perkataan terima kasih tuu.' bebel Aina perlahan.
"Woiii kau membebel apa gila! Tak payah nak cakap perlahan sangat...aku dengar."
"Okay. Abang Riel tak boleh terima kan? Ira nak bagitahu mama. Dah la cakap Ira gila. Bye!" Aina berura-ura mahu keluar.
"Ehh Aina! Ye..aku terima. Janji kau tak bagitahu mama." Airiel mula takut. Bukan dia tak tahu yang mamanya pro dalam bab menghukum ni.
Buatnya mama suruh basuh reban ayam kat kampung tu. Haa..mampus!
"Haa...tau pun. Okay! Terima kasih abang Riel ku...hahahahaha." balas Aina ketawa jahat.
Airiel hanya buat muka menyampah. Dasar Aina anak manja. Kalau bukan sebab mama, aku tak setuju la.
END FLASHBACK
'Hutang? Nasib? Ouh..aku baru teringat. Ya Allah kenapa aku tak sedar ni. Dia ke mamat kereta tu..aduhh. Masak aku kali ni' bebel Airin dalam hati.
"Yang kau berkerut-kerut lagi tu kenapa. Pergi lah buat kerja. Nak aku potong gaji ke?" sergah Airiel.
"Ye bos. Maaf." Airin segera meninggalkan ruangan tersebut.
Ish. Kerek gila mamat tu. Aku lebih rela jadi PA abang dia tu. Lagi bagus. Layanan baik je. Takde dingin macam dia tu. Airin mula membuat kerjanya.
***
"Airin! Jum saya belanja awak lunch." pinta seseorang yang tiba di meja Airin.
Airin berkerut. Dia keliru tak tahu nak kata apa.
"Saya Arif. Jangan buat muka macam tu. Comel lah. Haha." Arif ketawa kecil.
"Ouh. Ya. Haha. Tengku Arif. Maaf saya tak boleh nak bezakan Tengku Arif dengan bos. Seiras sangat." jawab Airin.
"Panggil saya Arif je. Don't worry. Saya tak marah awak. So..lunch with me?" soal Arif sekali lagi.
Airin hanya tersenyum lalu mengangguk.
"Abang Rif. Nak ikut lunch sekali." kata Aina sambil berlari-lari anak ke arah Arif.
"Aina ! Puas aku cari kau."
'Alahaii kawan aku nii...aku dekat belakang meja kau je lah." balas Aina
"Korang sama-sama kenal?" soal Arif.
"Ni lah kondomate baru Ira. Haha. Dah la..jum makan. Perut dah berkeroncong ni." terang Aina.
Arif hanya meng'o'kan je. Malas nak cakap apa-apa. Perut pun dah lapar.
***
"Ira! Kenapa Ira tak makan? Tadi Beria sangat nak ikut. Dah la ganggu abang Rif nak date dengan bakal kakak ipar Ira." marah Arif.
'Kakak ipar? Bapak selamba dia. Jumpa mama pun belum. Ermm...mama~ aku lupa lagi. Kenapa dengan aku ni. Terima la hakikat Airin. Mama dengan papa dah takde.' bisik hati Airin.
"Ira taknak makan la pulak. Tiba-tiba tak rasa lapar. Hehe." Aina menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Alasan. Nasib adik abang Rif." Arif mula cemberut.
'Kalau bukan sebab abang Riel Ira tak akan ada dekat sini. Ermm..' bisik hati Aina.
"Ira ! Sini jap. Cepat !" panggil Airiel.
"Ishh...ye..kenapa abang Riel ku." balas Aina mengejek.
"Kau pergi ikut Arif lunch. Jangan bagi dia berdua dengan PA aku. Ira tau kan perangai dia macam mana. Tak pasal-pasal Airin jadi mangsa playboy dia." arah Airiel.
"Tapi Ira banyak kerja la. Lagipun Ira tak lapar pun." bantah Aina.
"Kau ikut je lahh. Nak aku potong gaji kau ke hah? Cepat! Pergi ikut." marah Airiel. Aku tak suruh kau makan pun..suruh ikut je.
"Aishah..yelah. Mula laa tuu guna kuasa dia bos kat sini." Aina mencebik lalu melangkah ke arah Arif dan Airin.
Ermm...okay sorry lambat update. Teruskan support author. Vote lalu komen kemudian share. Haha. Nantikan chapter seterusnya.😉
Sorry typo😔
YOU ARE READING
Maid Kau❤MAK AKU??
SpiritualAirin Sofea seorang yang gadis lemah lembut dan seorang yang mudah jatuh cinta. Dia kehilangan maknya semasa dia berumur 4 tahun oleh kerana perbuatan ayah kandungnya sendiri.Nasib menyebelahi dia apabila sebuah keluarga mengambilnya sebagai anak an...