🎈Bab 18🎈

60 2 5
                                    

Airin dan Aina keluar daripada wad Tengku Haliza. Mereka memanggil doktor untuk menguruskan proses pengkebumian papa dan mamanya.

"Ira ! Kau nak balik dengan siapa?" soal Airiel yang tiba-tiba muncul di hadapan mereka.

"Ira balik dengan Airin. Abang Riel balik lah seorang. Nanti jangan lupa bagi semua barang dapur tu dekat mama." pinta Aina.


'Mama? Dia ni siapa sebenarnya kepada Aina? Tunang kut. Siap ber-mama bagai. Tapi ! Haritu bukan main dengan girlfriend kat mall. Ish lantaklah. Nanti lah aku tanya Aina sendiri. Kalau tersalah anggap dikira fitnah pulak.' bisik hati kecil Airin.

Airiel mengangguk faham lalu berura-ura mahu pergi. Dia mengerling ke arah Airin sekilas.

"Aduh ! Aku nak ucap takziah. Tapi aku dah lah masih bergaduh dengan dia. Ah ! Biarlah ! Aku kena pertahankan prinsip lelaki." bisik hati Airiel.

Ego mula menguasai dirinya.

🎈🎈🎈

Aina menghantar Airin pulang ke rumah dengan menaiki grab setelah menghantar pemergian arwah mama dan papa angkat Airin. Airin  berasa sangat sedih setelah satu persatu orang yang disayangi meninggalkannya.

Dia terus menuju ke bilik Tengku Haliza dan Tengku Zafri lalu memegang setiap helaian baju yang pernah dipakai. Dia mencium bau haruman setiap baju ibu dan bapa angkatnya. Bau yang akan dia rindui selepas ini. Sedar tak sedar, air matanya jatuh buat kali ketiga pada bulan itu.

Yang pertama menangis kerana Haikal. Yang kedua kerana dituduh berbuat jahat pada Tengku Zafri dan yang ketiga kerana dia akan merindui setiap kenangan bersama Tengku Haliza dan Tengku Zafri.

Matanya terhala ke arah sepucuk sampul surat berwarna coklat dan dia atasnya tertulis kepada: anak angkat kami,Airin. Airin mengambil sampul surat itu lalu membukanya.

Ya. Dia teringat akan pesanan Tengku Haliza semasa di wad hospital tadi. Mungkin sampul ini yang dimaksudkan Tengku Haliza? Airin terus laju membaca setiap ayat yang disampaikan.

Assalamualaikum, Airin.
First, mama dan papa nak minta maaf sepanjang kami menjaga dan membesarkan Rin. Kami anggap Rin macam anak kandung kami sendiri. Kami tak pernah anggap Rin macam orang asing. Kami nak Rin tahu yang kami sayangkan Rin. Kalau kami dah takde nanti, Rin jaga diri elok-elok. Tujuan pertama mama dan papa tulis surat ni untuk memberitahu sesuatu perkara. Mama dan papa tahu, bukan Rin yang meracunkan papa. Mama minta maaf kalau selama ni mama tuduh Rin. Mama tak selidik dulu perkara ni. Rin mesti hati-hati dengan Fifi. Dialah dalang dan asbab papa masuk hospital. Dia yang masukkan ubat pelali tu. Percayalah cakap mama dan papa. Kami dah tengok bukti tu melalui CCTV. Kami tak sangka anak kandung kami yang selama ini kami membesarkan dia dengan penuh kasih sayang sanggup mahu menyingkirkan kami dalam hidup dia. Kami harap Rin jaga diri baik-baik. Itu sahaja daripada kami.

Daripada : mama dan papa❤

Airin terus melipat surat itu sejurus bangun untuk keluar dari bilik itu. Benci terhadap Fifi semakin membuak. Fifi sempat menghalang Airin daripada keluar.

"Puas tengok muka mama dan papa kesayangan kau tadi?" soal Fifi sinis.

"Kau nak apa sebenarnya Fifi. Kenapa kau buat semua ni? Dan Kenapa kau benci sangat dengan aku?" soal Airin bertalu-talu.

"Aku nak kau pergi daripada hidup aku! Kau dah rampas semua kasih sayang papa dan mama! Kau patut mampus! Hahahaha." jerit Fifi persis orang gila.

Dia mengeluarkan pisau yang disorok di belakangnya dan mengacu ke arah Airin. Airin sempat mengelak lalu memecut ke luar rumah. Fifi tersalah langkah lalu terjatuh.

"Kurang ajar kau Airin!!" jerit Fifi.

Airin mengeluarkan telefon bimbitnya lalu menelefon seseorang.

"Hello! Aina!! Tolong aku!! Fifi nak bunuh aku!! Ambil aku kat Taman Bestari! Sekarang!" kata Airin sambil berlari menuju destinasinya.

  AINA POV

Aku segera ke luar rumah lalu mencapai kunci kereta setelah mendapat panggilan daripada Airin.

"Ira nak pergi mana tergesa-gesa ni?" soal mamaku.

Mama melihatku seperti tergesa-gesa dan risau.

"Nak ambil kawan. Dia dalam bahaya!" kataku.

"Mama ikut sekali!" pinta Tengku Azrina.

Aku hanya mengangguk boleh lantas mengambil posisi pemandu lantas memecut laju ke Taman Botani.

Aku memberhentikan kereta setelah ternampak seseorang yang dicariku duduk di atas bangku tersedia. Aku dan mama keluar daripada kereta lalu menuju ke Airin.

"Airin ! Kau okay? Fifi buat apa kat kau!" soalku cemas.

"Aina ! Aku takut ! Fifi cuba nak bunuh aku !" Airin menjawab dalam keaadaan menangis lantas dia memelukku.

"Airin sabar ya nak ! Makcik yakin ada hikmah di sebalik semua ni." nasihat mamaku.

Airin hanya tersenyum nipis untuk menutup kesedihannya.

"Ya Allah ! Macam tu sekali dia buat kat kau ! Takpe Airin. Jangan takut. Aku ada. Jom aku bawa pergi kondo aku. Kau tinggal dengan aku." kataku simpati.

Airin hanya mengangguk setuju. Dia perlukan ketenangan. Siapa je yang tak takut jikalau ada seseorang ingin membunuhnya.

END AINA POV

Aina menghantar Tengku Azrina ke rumah dan terus memandu ke arah kondonya yang tidak jauh dari situ.

"Airin ! Kau janganlah menangis. Nanti aku pun sedih." pujuk Aina lalu menyapu air mata Airin.

Airin hanya tersenyum bagi menggembirakan hati Aina.

Hambar? Sorry. Teruskan support. Vote,comment and share.😘😘
Sorry typo.😔

Maid Kau❤MAK AKU??Where stories live. Discover now