twenty

38 3 0
                                    

hwangminhwa

pengebumian soonyoung telah pun selesai namun aku masih lagi berada di sini melihat gambar soonyoung yang tersenyum riang .

" dari awal lagi soonyoung cuba selamatkan kau . " tiba tiba wonwoo menghampiri aku bersama dengan jun dan jihoon .

aku hanya mampu menunduk . tak mampu untuk memandang mereka . aku malu . aku bersalah . semua perasaan menghuni aku .

" kau tau tak betapa soonyoung sayangkan kau ? dia sanggup buat apa saja untuk kau . awal awal lagi dia dah risaukan kau sebab kau kata kau suka kat seungyeon . dia dah cuba halang kau tapi tengok apa dia dapat ? cacian dari kau . kau maki hamun dia . cakap dia apa ? kawan paling toxic ! " kata wonwoo .

dia ingin menyambung lagi namun jihoon menahannya untuk terus downkan aku .

" polis bagitahu yang seungyeon menghidap penyakit mental dan dia tak dapat nak kawal diri dari bersetubuh . dia jugak mengambil dadah . "  terang jihoon .

" kau ingat tak yang seorang pelajar perempuan hilang tu ? sebenarnya soonyoung pernah cerita kat kami yang dia pernah nampak seungyeon culik budak tu . and keadaan budak perempuan tu — "

" lebih kurang macam kau semalam . " wonwoo menyambung pernyataan jun .

" kenapa soonyoung tak pernah cerita kat aku ? kenapa korang tak pernah cerita kat aku ? " tanyaku dengan suara agak menggeletar .

" sebab soonyoung tak nak jauh dengan kau . dia takut kalau dia bagitahu kau , kau akan — kau akan layan dia macam kau layan dia sebelum ni lah . kau maki hamun dia , sebab tu dia tak nak bagitahu kau " balas jihoon .

" ouh lagi satu .. hoshi yang dekat line app kau tu . " kata jun . aku terus mengangkat muka . memang muka aku sembab habis . dari semalam aku tak berhenti menangis .

" hoshi tu soonyoung . dia belajar guna line app dengan aku sebab dia nak message dengan kau . " sambung jun .

lagi sebak aku dibuatnya .

kenapa aku tak pernah nak perasan semua tu ? emoji harimau .. soonyoung suka sangat harimau .. kawan jenis apa aku ni ...

" nah , phone soonyoung . kau tengoklah . " wonwoo menghulurkan phone soonyoung padaku .

aku buka je , dan lockscreen miliknya membuatkan aku menangis lagi kuat .

lockscreen dia gambar kami berdua baru sahaja masuk preschool . manakala homescreen , gambar kami semua .

aku terus menghulurkan semula phone itu pada wonwoo .

" kau tak payah salahkan diri kau ok ? walaupun ni semua salah kau . " kata jun untuk menenangkan ku

namun jun mendapat ketukan di kepalanya dari jihoon .

" apa kau ni " bisik jihoon . jun terus memegang tengkoknya .

" dahlah jom balik . " ajak wonwoo .

soonyoung-ah ,
thankyou for everything . kau adalah kawan yang paling baik yang pernah aku jumpa . kalau lah aku dapat jumpa kau lagi , aku akan sayangkan kau macam kau sayangkan aku and aku akan minta maaf pada kau . teruk aku maki kau . aku tahu , aku adalah kawan yang paling tak berguna . aku ego .
maafkan aku soonyoung ..


end
june 12 , 2020

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 11, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

[ C ] 10 : 10 • ksyWhere stories live. Discover now