cp 26

874 103 0
                                    

Perth berlari keluar dari bilik ketua pelajar tadi menuju ke sebuah taman mini yang berdekatan dengan bangunan pelajar jurusan violin.

Tadi dia sudah berjalan di dalam bangunan itu tapi tidak menjumpai orang yang dia ingin jumpa. Kemudian dia berfikir ingin mencari orang tersebut di kawasan ini.

Mata dia liar mencari sosok orang yang ada di taman mini ini. Dan akhirnya dia menangkap sosok itu yang berdekatan dengan satu air pancut di tengah taman itu.

Dia dengan segara berjalan menuju ke sana dan berhenti tepat dihadapan seorang perempuan yang sedang membaca buku di sana.

"Benda ni, kau yang bagi kan," ujar Perth melihat ke arah Claire.

Claire tersenyum melihat ke Perth yang kelihatan marah sambil menunjukkan kertas kecil ditangannya. Dia langsung tidak menjawab ujaran Perth tadi.

"Kenapa kau buat semua tu? Aku tak minta pun."

"Kakak buat semua tu, sebab kakak nak," balasnya.

Perth memandang geram ke arah kakaknya itu. Panas sungguh hatinya kini akibat perempuan dihadapannya.

"Satu je aku nak beritahu kau, kau tak perlu nak buat macam tu. Aku boleh jaga diri aku sendiri. Kau jangan nak sebuk nak urus hidup aku."

Senyuman yang terukir dibibir Claire menghilang. Buku yang terbuka ditanganya tadi ditutup. Kemudian di berdiri tepat dihadapan Perth yang sedikit tinggi darinya.

"Perth, kakak tak sebuk nak urus hidup kamu. Kakak buat semua itu sebab kakak tahu kamu memang tak jaga kesihatan dalam waktu macam ni. Tak kan kamu nak paksa diri sampai kamu rebah. Kamu tahu kan macam mana kalau mama tahu semua tu nanti."

"Ya, aku tahu dan sebab tu aku paksa diri aku. Aku tak ada apa-apa dekat dunia ni nak disayangi. Ada keluarga tapi macam tak ada. Kalau aku tak buat semua ni siapa nak tanggung muka keluarga tu? Kau! Kau sendiri lari dari keluarga tu dan tinggalkan aku. Dan sekarang kau nak nasihat aku. Cermin dulu diri kau tu," jerkah marah Perth.

Muka lelaki tu kelihatan sungguh merah menahan marahnya. Manakala Claire pula hanya bersabar dihina seperti itu.

Dia tahu dirinya memang patut dihina oleh adiknya sendiri kerana kejadian masa lalu. Tapi semua itu bukan salah dia, malah kalau difikirkan keluarga itu yang salah bukan dia.

"Perth, kakak tahu kamu benci akak. Tapi kamu kena tahu satu perkara," tajam mata dia adik beradik itu bertemu.

Sorang dipandang dengan marah Manakala sorang lagi dipandang dengan penuh rasa risau di hati.

"kakak sayang kamu. Kakak tak nak kamu sakit hanya sebab semua benda ni. Kamu dah besar, kamu sendiri tahu macam mana nak jaga diri sendiri. Tolong jangan abaikan diri kamu hanya sebab piano sahaja. Kakak mohon," kata Claire lalu membuka langkah pergi dari situ.

Perth terdiam diam disitu. Jiwanya kini bercampur aduk dengan perasan marah dan geram. Dia paling tidak suka dianggap lemah sebegitu oleh orang lain apatah lagi orang yang paling dia benci.

Kertas kecil ditangannya tadi digenggam kuat sehingga ronyok. Kemudian dia baling kertas itu ke tanah dengan kuat kerana geramnya itu.

Kini dihatinya memang sangat benci akan perempuan tadi. Dan mungkin juga semua itu menjadi dendam dihatinya.

.
.
.
.
.

Aku memandu kereta aku membelah jalan raya ini. Otak aku sebuk memikirkan tentang pergaduhan aku dengan Perth tadi. Aku tidak sangka juga dia akan marah sampai sebegitu.

Memang sudah hilang adik lelaki aku yang comel dan penurut dahulu.

Kalau dulu dia seorang yang berhati lembut tapi sekarang nak berlembut dengan aku pun sudah susah. Dan alasan dia menjadi sebegitu adalah aku.

Agak kalau dulu aku tidak menerima kemalangan itu mesti aku Perth masih boleh berlembut malah masih menganggap aku sebagai kakaknya. Tapi kenyataan tidak.

Aku mengeluh di dalam kereta itu sehinggakan aku tidak perasan bahawa aku sudah sampai di rumah aku. Enjin kereta aku matikan lalu aku mengambil beg sekolah dan beg violin di kerusi penumpang sebelah aku.

Rantai kunci arnab yabg diberikan oleh Carles tergantung di kunci beg violin aku. Tersenyum aku melihat rantai kunci itu. Teringat pula dengan budak itu. Agaknya apalah yang sedang dia buat sekarang.

Aku keluar dari kereta itu dan terus berjalan masuk ke sebuah arpartmen mewah di hadapab aku. Butang lif ditekan lalu aku masuk ke dalamnya. Sesampai sahaja ditinggkat rumah aku, aku terus keluar dan pergi ke arah hujung tingkat ini dimana rumah aku dan Karl berada.

Password aku tekan di bawah tombol pintu itu dan serta merta pintu terbuka. Tanpa berlengah masa aku masuk ke dalam rumah tersebut. Kasut ditanggalkan lalu aku membuka langkah ke arah ruang tamu rumah itu.

Sedikit hairan aku apabila melihat Karl sudah ada dirumah pada waktu ini. Biasanya malam dia akan balik tapi hari ni awal pula. Siap dengan muka serius dia pula tu. Mesti ada benda jadi ni.

"Awal kau balik?" Ujar aku kepada Karl yang duduk mengadap laptopnya itu.

"Claire, kau datang sini jap," arah Karl.

Aku tanpa banyak soal terus berjalan menuju ke arah Karl itu. Aku duduk disebelahnya dan melihat laptop itu.

"Kau tahu ke pasal budak ni?" Dia menunjukkan satu gambar pelajar perempuan di dalam laptopnya.

Aku menggelengkan kepala aku. Tidak pernah pula nampak budak tu.

"Siapa dia?"

"Dia ni bekas pelajar kelas kau tapi dia sudah kena buang 2 bulan lepas atas sebab yang tak pasti pun," jawab Karl.

Sebab tak pasti. Apa maksud Karl?

Boleh ke sekolah tu buang pelajar macam tu je. Bukan mesti minta keputusan pihak atasan ke.

"Sebab tak pasti macam mana kau maksudkan?"

"Kalau tengok dari data ni perempuan ni kena buang dadi sekolah atas sebab kehadiran tapi bila aku tengok data kehadiran dia okay je. Tak ada teruk sangat."

Aku mengetap bibir ku memikirkan hal itu. Memang pelik, macam ada sesuatu di sebalik kes ini.

"Karl pengetua ada kuasa ke untuk buang pelajar?" Karl mula memandang ke arah aku dengan muka yang pelik.

"Biasanya tak ada. Tapi kalau dengan perintah pihak atasan mungkin dapat."

Aku menangguk faham. Nampaknya dalam kes ini pengetua dan pihak atasan seperti ada sesuatu yang tak kena.

Kesian pula aku dengan pelajar ni. Tak sempat habis belajar terus jadi mangsa kejadian sekolah tu. Memang laknat betul sekolah tu. Kalaulah sekolah utama tahu mesti dah lama sekolah tu kena tutup.

Tapi masalahnya sekolah utama tak tahu dan bagaimana pula sekolah utama tak tahu apa-apa pasal sekolah yang prestasi seteruk tu. Belajar tapi macam tak belajar je.

"Karl boleh tak aku nak minta tolong kau cari maklumat sorang ni."

"Siapa?"

"Eva Federline. Classmate aku," jawab aku.

Aku dapat merasakan semua ini terjadi atas sebab perempuan tak guna tu. Kalau dulu dia boleh kata dia boleh keluarkan aku dari sekolah ni maksudnya dia munhkin pernah buang orang lain sebelum aku.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Tears of Melody [✔️]Where stories live. Discover now