cp 40

880 106 0
                                    

Perth berjalan seorang diri di sebuah taman tertutup sekolah itu. Taman itu tidak banyak dikunjungi oleh pelajar kerana kawasannya yang jauh ke belakang sekolah dan sunyi. Walaupun sunyi tapi taman ini sangat cantik dengan tumbuhan yang ditaman oleh pelajar dan perkerja sekolah ini.

Lelaki itu selalu datang ke sini sekiranya dia ingin masa bersendiri kerana dia tahu orang lain tidak akan mencarinya dan pergi ke tempat itu. Malah ada juga pelajar sekolah itu tidak tahu akan kewujudan taman tertutup tersebut.

Perth berjalan di dalam taman itu sambil ditemani dengan bunyi burung yang bersiul indah. Tumbuhan hijau yang ada di taman ini menenangkan hatinya. Ditambah lagi dengan angin sepoi-sepoi bahasa yang meniup.

Dia berhenti berjalan di sebuah pokok yang besar tumbuh di tengah taman itu. Tangannya menyentuh pokok itu seperti dia ingin menegur pokok itu. Senyuman hadir di mulut lelaki itu.

Dia ingat lagi dimana pertama kali dia menjejakkan kaki di sekolah ini, pokok inilah tenpat paling selalu di menyandar ketika dia stress. Dia tidak ada kawan dan hanya pokok itu menjadi kawannya. Walaupun pokok itu tidak boleh bercakap tapi dia amat menyayangi pokok itu sebagai tumbuhan kegemarannya.

Dia memusingkan badannya lalu dia menyandar di batang pokok itu. Matanya dipejam untuk merasai keselesaan di taman ini. Sungguh selesa sehinggakan dia tidak mahu pergi dari situ.

Dalam dia menikmati waktu ladangnya itu, tiba-tiba dia terdengar bunyi seseorang menanggis. Matanya terbuka dan cuba mencari arah bunyi itu.

Perth memusingkan badannya lalu mengadap ke arah sebuah air pancut taman itu yang berada tidak jauh dari pokok dia berdiri.

Dia melihat seorang perempuan dengan rambut paras bahu duduk di bangku berdekatan dengan air pancut itu. Perempuan itu membelakangi dia jadi perempuan itu tidak tahu kehadiran Perth di situ.

Lelaki itu menajamkan matanya untuk melihat gerangan perempuan itu. Setelah beberapa saat, akhirnya dia mengenali gerangan perempuan yang menangis itu.

Perempuan itu adalah Caroline. Rakan sekelasnya pada sesi petang.

Perth mengenali perempuan itu kerana hanya dialah pelajar perempuan kelasnya yang tidak berminat dengan dirinya. Hal itu membuatkan Perth tertarik pada Carol. Bagi Perth, Carol itu lain dari perempuan lain. Apatah lagi apabila dia boleh rapat dengan kakaknya, Claire.

Dia masih lagi ingat dimana dia pernah menolong perempuan itu lari dari pembulinya. Pada waktu itu, dia baru sahaja selesai mengemas makmal sains dan mahu keluar namun semua itu terbatal apabila dia mendengar orang berlari.

Orang itu adalah Carol dan para pembulian. Dia tanpa banyak berfikir terus menarik Carol masuk ke dalan makmal sains untuk mengelak diri Carol bertemu dengan pembulinya.

Sebenarnya dia sendiri tidak tahu kenapa dia mahu menolong budak itu. Dia hanya dapat merasakan bahawa dia mesti menolong Carol.

Perth membuka langkah kaki berjalan menuju je arah budak perempuan itu. Carol langsung tidak menyedari kehadiran Perth dibelakangnya.

"Nah! Lap air mata kau tu," Carol terlejut apabila dia mendengar suara Perth dari arah belakangnya.

Dia menoleh ke belakang dan menyedari Perth sedang berdiri sambil menghulurkan sapu tangan kepadanya.

"Eh! Tak apa," Carol menolak.

Perth tidak suka dengan jawapan seperti itu. Dia berjalan ke hadapan perempuan itu lalu mengambil tangan Carol. Sapu tangan tadi diletakkan di atas tangan budak itu. Carol pula hanya melihat sahaja perlakuan Perth tersebut.

"Aku kata ambil, ambil jer," Kata Perth memaksa budak itu.

Carol diam dan hanya mengambil benda itu. Setelah Perth melihat budak itu terpaksa mengambil sapu tangan tadi, dia terus duduk di bangku itu bersama dengan Carol.

"Kau kenapa menanggis?" Soal perth.

Carol memandang tanah taman itu. Matanya masih lagi basah dengan air mata. Dia masih lagi sedih dengan kejadian semalam. Dia telah mengecewakan satu-satunya orang dia fikirkan kawan.

"Sa-saya dah buat orang yang saya percaya, kecewa pada saya," jawabnya dengan nada yang masih menanggis.

"Kenapa kau buat dia kecewa?"

"Saya tak ada niat nak buat dia kecewa tapi saya terpaksa. Saya buat semua itu demi selamatkan diri saya."

Perth diam mendengar jawapan budak itu. Dia tidak ada beza dengan seoarang yang pentingkan diri sendiri.

"Dalam dunia ni tak ada benda yang kita buat tidak ada niat. Semua benda kita buat memang sudah ada niat sejak awal. Dan kau, memang sudah ada niat untuk kecewa orang tu dari awal. Cuma kau tak tahu benda yang kau buat tu salah."

"Tapi sa-"

"Tak ada beza dengan orang pentingkan diri sendiri. Kau pentingkan diri kau sampai kau lupa jasa baik orang tu sudah banyak tolong kau," tambah Perth.

Carol terdiam dengan katanya itu. Semuanya benar. Dia adalah orang yang pentingkan diri sendiri sehingga lupa jasa baik Claire pada dirinya.

Jadi sejak awal, dia memang sudah ada niat untuk gagalkan Claire. Hanya dia sahaja takut untuk membenarkan perkara itu.

Matanya mula berair semula. Dia mahu meminta maaf tapi Claire tidak mahu berjumpa dengan dia lagi. Dia tahu kesalahan dia sekarang.

Perth memandang ke arah budak perempuan di tepinya kini. Budak itu sekarang tengah menanggis teresak-esak. Rasa bersalah mula timbul d in hati Perth.

Dia mungkin sudah mengatakan ayat tadi terlalu kasar. Dia tidak ada niat pun hendak membuat budak itu menanggis.

Nampaknya terpaksa dia cara jalan supaya budak itu berhenti menanggis.

"Tapi kalau kau sudah sedar semua itu, kau boleh minta maaf pada orang itu," ujar Perth lagi.

"Macam mana kalau orang tu tak nak jumpa kita lagi? Saya dah tak dapat nak minta maaf."

"Kalau dia tak nak jumpa kita, kita pergi jumpa dia. Tak kan dia kata dia tak nak jumpa kau lagi, kau terus putus harapan."

Carol terdiam mendengar ayat itu. Ayat tersebut memang terus menusuk hatinya. Betul kata Perth, dia tidak boleh putus harapan seperti itu sahaja.

"Tapi macam mana pula kalau dia tak nak maafkan saya?" Soal Carol lagi.

"Kalau itu urusan kamu berdua. Kau cubalah tunjukkan pada dia yang kau memang betul-betul nak minta maaf."

Carol mengangkat mukanya melihat ke arah Perth. Mata mereka berdua bertentang namun apabila Perth perasan bahawa mereka bertentangan dia terus mengalihkan pandangannya.

Bagi Catol itulah kali pertama dia melihat Perth dengan jarak yang sungguh dekat. Selama ini dia hanya melihat lelaki itu dari jarak yang agak jauh.

Mata hazel lelaki itu sungguh indah. Memang patutlah dia digilai ramai pelajar perempuan sekolah ini.

"Kalau sudah tidak ada apa-apa, aku nak pergi dulu. Kelas kau pun dah nak mula, jangan lupa masuk kelas kau," pesan Perth lalu berdiri meninggalkan gadis itu di taman tersebut.

Carol tersenyum kecil melihat Perth meninggalkan dirinya itu. Dia amat berterima kasih pada Perth kerana memberinya nasihat itu. Kalau dia tiada mesti dia masih keliru akan hatinya kini.

Carol mengelap air matanya menggunakan sapu tangan yang diberikan oleh Perth tadi. Kemudian dia berdiri dan terus membuka langkah meninggalkan tempat itu.

Sekarang dia ada satu lagi misi iaitu meminta maaf pada Claire atas semua kesalahannya.

Sekarang dia ada satu lagi misi iaitu meminta maaf pada Claire atas semua kesalahannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Tears of Melody [✔️]Where stories live. Discover now