cp 49

867 102 3
                                    

Aku berlari menuju kembalu ke arah pintu masuk dewan. Setelah mendapat panggilan dari Karl tadi, aku dengan senang hatinya berlari menuju ke sana.

Sesampai di sana, aku melihat 2 orang melambaikan tanganya kearah aku. Aku tersenyum lalu berlari kembali ke arah sana.

"Mummy, daddy." Aku memeluk 2 orang itu.

Tak sangka aku boleh bertemu mereka berdua disini. Aku fikirkan aku tidak akan dapat bertemu mereka kerana selepas orkestra mereka akan pergi ke tempat lain.

Aku sangat gembira dapat bertemu dengan mereka lagi sebelum cuti semesta. Tidak perlu aku tunggu lama untuk bertemu mereka.

"Macam mana orkestra tadi? Best tak?" Soal ibu angkat ku.

Aku melepaskan pelukan lalu mengangguk tersenyum ke arahnya.

"Mummy langsung tak beritahu Claire pasal orkestra ni. Nasib Claire datang. Kalau tak terlepas Claire nak tengok orkestra mummy," adu aku.

Wanita dihadapan aku tersenyum lalu mengusap lembut kepala aku. Nampak sangat dia sudah merancang semua itu.

"Sorrylah. Ni semua plan daddy kamu tu. Nak sangat suprise kan kamu," kata yang ditujukan kepada lelaki sebelahnya.

Aku memandang wajah ayah angkat aku itu. Matanya tidak memandang aku seperti cuba melarikan diri dari aku. Pandai lelaki itu buat kejutan ni.

"Daddy rupanya. Patutlah hari tu bila tanya pasal World Tour, daddy tak nak jawab," aku mengungkit kisah lalu.

Lelaki itu tersenyum malu dihadapan sambil mengosok belakang lehernya. Aku pula hanya tersenyum redha dengan sikap ayah angkat aku ni.

"Kau datang sini guna apa tadi?" Soal Karl yang dari tadi mendiamkan diri.

"Kereta, kenapa?"

"Malam ni, mummy dan daddy ajak kita berdua makan. Aku tak dapat ambil kau, so kau pergi sendiri ya," ujar Karl.

Aku terkejut dengan kata Karl itu. Kepala aku terus menoleh ke arah pasangan dihadapan.

"Betul ke mummy dan daddy nak ajak makan ni?"

Mereka berdua tersenyum lalu mengangguk. Aku seperti tidak percaya semua itu. Akhirnya aku ada masa untuk bersama mereka sebelum World Tour mereka bermula lagi.

"Pukul 7 malam ni. Jangan lupa tau. Nanti daddy share location," ayah angkat aku berkata.

Aku menunjukkan isyarat 'ok' kepada mereka berdua sambil tersenyum.

"Kami bertiga ada kerja sikit lepas ni. Malam nanti jangan lupa ya," sekali lagi ibu ku mengingatkan aku.

Aku mengangguk erti faham. Sebelum mereka berdua pergi meninggalkanku aku mencium pipi ibu bapa angkat aku itu. Sama seperti bagaimana Carles buat tadi.

Selepas itu, barulah mereka pergi meninggalkanku dengan lambaian. Aku melambai mereka lalu pergi kembali ke arah kereta aku.

Enjin kereta dihidupkan dan terus aku pandu menuju ke restoran dimana Rechel dan Ian setuju menjamu selera tadi.

Sesampai sahaja di sana, aku terus masuk dan mencari kelibat Rechel. Mata aku dikecilkan untuk mencari tempat duduk mereka berdua dan akhir aku menemuinya.

Aku berjalan menuju ke satu meja berdekatan dengan tingkap restoran itu. Baru sahaja aku mahu menegur mereka tiba-tiba kata aku terhenti bila lihat ada seorang lagi ahli bertambah.

Dia melambai tangan sambil tersenyum ke arah aku. Aku mengendahkannya dan duduk di samping Rechel.

"Tak nak tegur aku lagi ke?" Soal Saint iaitu ahli tambahan tadi.

Tears of Melody [✔️]Where stories live. Discover now